Tuesday 27 September 2011

Anak Palestin Yang Merdeka

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, selesai sudah satu paper yang agak mencabar hypothalamus aku. PHYSICS.

Dulu tak berapa nak kamceng sangat dengan Physics ni tapi sejak sampai sini, rasa macam dah jatuh cinta pula mungkin sebab Allah dah buka pintu hati ni..Bak kata Tasha, teman seperjuangan, "Haa..dah nampak dah cahayaNya tu." Hehe..

Eh, tapi bukan itu yang aku nak cerita kat post kali ni. Cuma bila teringat Physics aku rasa macam ada connection dengan senjata moden hari ini. Dan bila fikir lagi, teknologi senjata ini ada kaitan dengan saudara aku di Palestin sana. Ya, saudara kita, saudara se-Islam.

Sesiapa yang ada baca akhbar baru-baru ni tentu tahu kan tentang petisyen permohonan Presiden Mahmoud Abbas, Presiden Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara berdaulat. Apabila terbaca berita ini, terasa diri ini kecil sekali... Apa yang kita dah sumbang untuk saudara kita kat sana? Kita kata kita sayangkan mereka, tetapi apa buktinya???

Doa tanpa usaha takkan ke mana. Usaha apakah yang kita sudah lakukan untuk bantu mereka? Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana mengabaikan saudara kami di Palestin.


NEW YORK 26 Sept. - Permohonan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara mula dibahaskan oleh Majlis Keselamatan PBB hari ini, tetapi dijangka menghadapi cabaran getir bagi memperoleh sembilan undi yang masih diperlukan untuk kelulusan.




Tanpa undi minimum tersebut dalam badan yang terdiri daripada 15 anggota itu, Amerika Syarikat (AS) akan terlepas daripada keperluan untuk menggunakan kuasa vetonya bagi menyekat permohonan Palestin.



Ketika perbincangan formal bermula, diplomat berkata, Palestin hanya dapat memastikan enam undi sokongan dalam Majlis Keselamatan iaitu daripada China, Rusia, Brazil, Lebanon, India dan Afrika Selatan.



Tiga negara anggota bukan tetap, Gabon, Nigeria dan Bosnia belum mendedahkan sama ada mereka akan mengundi untuk menyokong keanggotaan Palestin.



"Jika pengundian diadakan hari ini, Palestin tidak akan mendapat cukup undi yang diperlukan dan AS tidak perlu menggunakan kuasa vetonya," kata seorang diplomat Barat.



Lazimnya Majlis Keselamatan tidak mengambil masa melebihi 35 hari untuk mengkaji dan menilai permohonan bagi menganggotai PBB.



Pada Julai lalu, permohonan Sudan Selatan, negara anggota PBB ke-193 dan terbaru menyertai badan dunia itu, diluluskan dalam masa beberapa hari sebelum dibawa ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA) untuk pengesahan. - Reuters





Ini adalah berita terkini tentang Palestin. Mereka masih dalam penantian. Mungkin sekali pandang, kita merasa simpati pada anak-anak itu lantaran menyangka mereka bukanlah anak merdeka seperti kita. Tetapi sungguh kita yang sepatutnya sedar diri bahawa atas dasar apa kemerdekaan yang kita cuba takrifkan? Mungkin ya, Malaysia ini sudah merdeka. Tetapi anak-anaknya, sudah merdeka kah? Aku lihat hari ini, ramai anak muda yang semakin hanyut dengan fantasi cinta mereka. Apa engkau fikir engkau takkan dipertanggungjawabkan atas kebebasan Palestin itu?!

Cukuplah engkau tertipu dengan fatamorgana dunia. American Idol, Justin fever, K-Pop, apa lagi yang kau gila-gilakan? Majlis ilmu kau tinggalkan, orang 'alim kau jauhi dan yang lebih KEJAM dari itu adalah apabila engkau memekakkan telingamu apabila terdengar seruan azan dengan memasang headphones sambil mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Engkau juga memekakkan telingamu dan membuat tidak peduli dengan jeritan anak Palestin itu. Manusia jenis apakah itu???


Astaghfirullah. Ya Allah, kurniakanlah kami hidayah taufiqMu dan teguhkanlah iman kami di jalanMu.

Oleh itu, mari kita sama-sama menggembleng tenaga dengan kudrat yang ada agar nasib saudara kita di sana terbela. Jika tidak punya kekuatan fizikal sekalipun, kita masih punya kehebatan intelektual untuk disumbangkan bagi melahirkan mujahid-mujahid Islam yang sejati. Allahuakbar!
Let's stimulate our neurons!



P.S: Mohon doakan kecemerlangan saya dalam peperiksaan akhir semester ini. Ada lagi 3 kertas yang menanti. ;) Barakallahufik.

~QueeNischK~
"My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

No comments:

Post a Comment