Monday 20 February 2012

Di Sini Aku Bermula...

Bismillah arRahman arRahiim...

"Fuh!" Hati mengucap panjang...mujur Allah jaga, kalau tak lama dah terbujur kaku di situ sebelum sempat mengenal erti La ila haillallah yang sebenar-benarnya. Kereta sports yang meluncur laju tadi dengan gaya zig zag nya telah jauh meninggalkan aku sekeluarga terkebelakang. 
Beberapa minit kemudian, kereta kami membelok ke kiri menghala ke satu lorong kecil yang di tepinya terpacak papan tanda "MARA JUNIOR SCIENCE COLLEGE OF BENTONG". Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju. 

*******

Hari ini, aku berdiri di hadapan sebuah pintu gerbang yang sangat besar tertera "WELCOME TO ROYAL COLLEGE OF SURGEON IRELAND" Allah rasa bagai baru semalam aku mengenal apa erti hidupku sebagai muslim. Rasa macam baru semalam aku bersama dalam 'circle' itu dengan tarbiyah hebat daripada seorang murabbi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Fitri yang juga merupakan penasihat persatuan. Jasa yang sentiasa ku sanjung tinggi. Cikgu yang begitu banyak mendidik kami tanpa kenal erti putus asa. Dedikasi dan kredibilitinya yang tinggi begitu 'inspiring' buat seorang budak 'mentah' yang terasa jiwanya kosong tanpa tarbiyah.

Dalam circle itu, aku belajar apa itu BERJUANG. Aku belajar apa beza antara Islam dan islam. Aku belajar membezakan antara keutamaan dan keperluan. Matlamat dan alat. Berkorban dan terkorban untuk Islam. Cinta dan cita-cita. Aku dididik untuk sentiasa bersedia kerana seorang dai'e itu harus sentiasa bersedia untuk berkorban apa sahaja demi agama tercinta. Aku dididik untuk bekerja dengan terancang dan tersusun. Dididik untuk menjadi seorang dai'e dan kakak yang 'caring' kepada adik-adiknya. Belajar untuk sentiasa menjaga ukhwah walau hati sering terluka kerananya. Belajar untuk sabar dalam menggapai impian. Belajar untuk sampaikan dakwah dengan kasih sayang. Belajar untuk tegas dalam membuat keputusan. 

Aku dididik untuk sentiasa menjaga hati agar titik hitam tak menjadi hijab dalam aku menyebarkan keindahan Islam. Paling penting, aku dididik untuk sentiasa bersedia dididik menjadi DAI'E YANG TERDIDIK dengan fikrah Islamiyyah seperti Imam Hassan alBanna.

Imam Hassan alBanna - Pengasas Ikhwanul Muslimin

Allahu, itulah anugerahMu yang terindah dalam hidupku. Bertemu dengan yang 'hilang'. Rasa jiwa terisi.

Saat ini, aku begitu merindui tarbiyah itu. Walau ia pahit, menyakitkan. Sabar itu kunci utamanya. Tetapi kini tarbiyah itulah yang sentiasa aku dambakan. Aku rindu untuk mengutip butir-butir mutiara yang keluar dari bibir insan mulia bernama guru, murabbi, pendidik ummah ini. 

Hari ini, sekali lagi aku merasainya dengan kehadiran murabbiah yang hebat itu. Mengembalikan semula semangat juang yang kian pudar. Siapa sangka bumi yang ku pijak ini, bumi penjajah... Di sini aku bermula. Langkah baru seorang dai'e yang terDIDIK dan cinta untuk menDIDIK. Akulah 'Puteri Mujahidah'. Gelaran yang pernah diberi oleh murabbi. Gelaran yang pernah membakar semangatku untuk teruskan melangkah di medan ini.

Aku kan terus melangkah bersama saudara se-islam, sahabat sefikrah. Mendaki puncak destinasi bernama "Redha Illahi". Islam ini pasti kan gemilang kembali! Ayuh, sahabat! Teruskan berjuang walau di manapun kalian berada. Allah bersama kita. ALLAHU AKBAR!!!

Rehat seorang muslim hanya di syurgaNya nanti...




P.S:-
Entry ini adalah inspirasi yang saya dapat selepas menghadiri modul "Ini Sejarah Kita" yang menceritakan tentang jatuh bangun khilafah Islamiyyah. Penulisan ini adalah adunan pengalaman saya dan impian yang sedang usaha direalisasikan. Moga ia  menyuntik semangat sahabat sefikrah untuk teruskan 'berjalan di jalan yang penuh duri ini dan tanpa karpet merah' walau 'kaki berdarah'. InsyaAllah. :)








~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

Thursday 16 February 2012

Apa Khabar Tiang Agama? Dah Kukuh?

Bismillah arRahman arRahiim...

Adakalanya kita terlalu sibuk membicarakan tentang hal itu dan ini, budak-budak sekarang kata "bajet bagus". Dan ada masa pula kita salah faham dengan maksud tugas seorang dai'e lalu terus-menerus menyepikan diri atas alasan aku tak layak menjalankan tugas dai'e ini kerana aku banyak dosa. Patut ke kita fikir begitu sedangkan kalau nak tunggu sampai diri itu sempurna macam Nabi atau para sahabat, itu umpama tunggu kucing bertanduk! Ingat, syaitan sentiasa menggunakan kelicikan tipu helahnya agar kita tinggalkan tugas dai'e menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Suka sekali saya nak 'quote' kata seorang teman di facebook, katanya berbunyi lebih kurang begini, "Pakai kopiah belum tentu baik akhlaknya, pandai bercakap belum tentu 'alim orangnya. Apa khabar tiang agama? Dah kukuh belum?"


Hmm...Ramai orang malah saya juga, adakalanya suka ambil mudah soal solat 5 waktu. Katanya, "Benda tu aku dah belajar dari darjah 1 lagi." Tapi cubalah fikir dan tanya iman, umur sekarang dah berapa? Adakah patut seseorang yang dah berumur 20 tahun tetapi solatnya masih seperti budak berumur 7 tahun? Solat lewat, wuduk tak sempurna, dan paling kerap dosa yang umat zaman ini lakukan ialah MELALAIKAN SOLAT SUBUH!

BANGUNLAH WAHAI SYABAB! Sampai bila kita mahu terus di zon selesa? Merasakan amal tu sudah sempurna asal terlaksana sahaja? Aku juga menyeru diri aku dan keluargaku, dan sahabat-sahabat yang aku kasihi, peliharalah solat pada awal waktu. Sempurnakanlah wuduk. Khusyukkanlah hati umpama ini adalah solat terakhirmu sebelum bertemu Illahi. Sungguh, aku tak tahu bila ajalku akan menjemput aku!

Yakinlah, andai kita selesaikan urusan kita dengan Allah, Allah pasti akan bantu kita selesaikan urusan dengan manusia. Yakinlah kerana yakin = iman. Audit diri setiap hari, jika ada urusan kita yang begitu banyak halangannya, begitu sukar dilaksanakan, sering tertangguh dan sering mendapat hasil yang mengecewakan, auditlah diri sendiri. Tentu ada dosa yang kita buat pada Illahi. Melewat-lewatkan solat adalah melewat-lewatkan kejayaan yang Allah ingin hadiahkan kepada kita. Mungkinkah selama ini, solatku masih belum sempurna dan tidak diterima Illahi???

"Allahu rabbi...Allahu. Kami mohon keampunanMu yang sangat luas dan rahmatMu yang tak terkira banyaknya. Sesungguhnya tiada daya mahupun kekuatan melainkan kekuatan daripadaMu. Kurniakanlah kami iman yang sebenar-benarnya, dan janganlah kau biarkan kami tentukan nasib kami sendiri walau dengan kadar sekelipan mata. Ya Allah, Ya Ghafur arRahiim."

Kepada sahabat maya yang sedang membaca post ini, ber-blog, ber-facebook bagai, dah solat ke belum??


Sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.






~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."