Tuesday 16 February 2010

Bukit Itu Keindahan atau Malapetaka??

Assalamualaikum, saudara-saudari sekalian. Apa kbr semua? Harap semuanya baik2 alhamdulillah. Hari ini mungkin merupakan hari bahagia bg sesetengah drpd kita..atau juga hari yg menyedihkan bg sesetengah drpd kita. Mungkin bahagia itu datangnya krn dinaikkan pangkat, dianugerahkan cahaya mata atau juga rezeki yg tak disangka2.

Tapi sayang, adakalanya kita semua tak sedar kebahagiaan itu juga dtg bersama bebanan yg bakal dipikul. Jika dilihat dgn mata kasar, mungkin kita kan tersenyum bahagia. Tapi bila dilihat dgn mata hati..nescaya mata ini kan berat menahan air mata..kerana manusia sering alpa..kebahagiaan yg berlipat ganda itu juga seiring dgn tanggungjawab dan amanah yg bakal dipikul & yg plg penting bakal DISOAL di akhirat kelak.

Hari ini saya terpanggil utk berkongsi ilmu yg saya ada walaupun mungkin ada insan lain yg lebih alim ttg hal ni berbanding saya. Namun, satu ayat Quran sudah cukup m'insafkan saya. Dlm Surah Adz-Dza'ariyat, (maaf, sy t'lupa ayat berapa.Sekiranya sy silap betulkan saya), Allah telah m'jelaskan,"Berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu berguna bagi org2 yg b'iman."

Amanah dan tanggungjawab ini merupakan sesuatu yg WAJIB kita tunaikan. Sebagai org Islam, kita punya amanah terhadap diri sendiri & masyarakat. Amanah terhadap diri sendiri ialah dalam menunaikan perintah kewajipan terhadap Allah. Amanah terhadap msykt ialah m'bantu ssbuah msykt itu bangun dari kepompong kemunduran!

Bahkan jika dikecilkan skopnya, menuntut ilmu itu juga satu amanah kerana dgn ILMU itulah suatu hari nanti seseorang itu mampu membela nasib umatnya! Maka seharusnya kita sedar & insaf, sbg khalifah di atas muka bumi ini, kita adalah pemimpin ke atas diri sendiri sama ada ingin m'bawa diri ini ke lembah neraka ataupun ke taman-taman syurga yg mana di bwhnya mengalir sungai-sungai.

Ingatlah wahai saudaraku, aku berpesan kpd diriku & kamu semua, sbg pemimpin kita cuma ada 2 pilihan yg diberikan Allah. Yakni pemimpin itu sebelah kakinya berada di syurga dan sebelah lagi berada di NERAKA! Seandainya kita masih alpa dgn amanah ini..ingatkan diri ini,

"Wahai diriku, engkau hanya layak m'abaikan segala amanah yg diberi jika engkau mampu bertahan dgn api yg ada di dunia ini. Seandainya api yg plg kecil pun mampu melecurkan kulitmu, maka jgn kau bermimpi utk bersenang-lenang di atas muka bumi ini."

Wahai hati-hati manusia!!
Ingat! Amanah itu umpama bukit. Hanya ada 2 kemungkinan pada bukit itu. Iaitu sama ada ia akan menjadi pemandangan yg indah buatmu atau bencana yg bakal menghempapmu!

Oleh itu, marilah kita semua..satukan hati, kukuhkan iman, teguhkan tekad, kita TERUSKAN PERJUANGAN!!! Jadilah mujahidin yg berani menegakkan kebenaran! Dan hendaklah kita semua sabar dlm melaksanakan pekerjaan.

Salam ukhuwah & salam bermujahadah!

P.S:
Kpd pembaca yg dirahmati Allah, saya dgn rendah diri mohon doa dr kalian agar diberi kejayaan yg cemerlang dlm peperiksaan & juga kejohanan taekwon-do yg saya sertai tak lama lagi.

Terima kasih. Semoga ALLAH merahmati kalian.