Wednesday 14 September 2011

SHARE, IF YOU REALLY CARE

Segala pujian hanya untuk Allah yang Maha Agung.

Saya cuma ingin berkongsi sesuatu yang saya baru pelajari. Malam tadi, dengan izin Allah, hati saya tergerak untuk ke Pusat Islam walaupun jam dah menunjukkan pukul 10.20 pm (selepas jamuan raya Kolej Seri Menanti 4)...Entah kenapa, kalau sehari tak menjejak kaki ke situ bertemu dengan orang-orang yang kata-katanya penuh hikmah, pasti hati ini akan merasa kosong!

Tak sangka pula, rupa-rupanya memang Allah nak saya berada kat situ. Bila tiba, rupa-rupanya ada perjumpaan penting PPI (Persatuan Pembangunan Insaniah). Dan rupa-rupanya mereka semua memang sedang menunggu kehadiran saya. Saya yang tak tahu sebab bateri H/P lemah dari pagi tak dicaj caj..hehe, jadi tak dapat baca mesej yang dihantar oleh Naib Presiden kami.

Terasa indahnya Islam dan ukhwah fillah itu apabila berkumpul dengan mereka yang sefikrah. Apabila mendengar perkongsian pengalaman mereka memikul tugas dakwah, terasa diri ini begitu kecil dan banyak sekali yang dipelajari. Antaranya, dalam kita berusaha untuk menggapai matlamat ada perkara yang sering kita terlepas pandang hingga boleh menyebabkan kurangnya keberkatan dalam usaha kita. Iaitu penjagaan adab Islam.

Mungkin kerana ketiadaan penjagaan adab inilah adakalanya usaha-usaha dakwah yang kita jalankan seringkali tak berjaya menyentuh hati mad'u kita. 

Tiba-tiba saya teringat pula, pesan seorang sahabat saya semasa bertemu di Pertandingan Taekwon-Do MRSM Se-Malaysia dulu, dia tanya saya, "Dakwah itu apa?"

Saya kata,"Dakwah itu mengajak kepada makruf dan mencegah yang mungkar." Lalu sahabat ini pun berkata,"Dakwah bukan itu sahaja malah lebih. Dakwah yang sebenarnya ialah menyentuh hati."

Sampai laa ni (bak kata orang Penang), saya masih ingat kata-kata beliau. Back to the main point.

Penjagaan adab ketika menjalankan tugas dakwah. Ini tersangat lah penting. Terutamanya hal-hal berkaitan menjaga pandangan antara muslimin dan muslimat. Boleh jadi, kerana silap yang satu inilah, program-program yang kita laksanakan tak dapat mencapai objektifnya. Di situ hilang keberkatan daripada Allah. Kalau bukan Allah yang tolong, siapa lagi yang nak tolong kita sentuh hati mad'u kita?

InsyaAllah, selepas ini, semoga kita sama-sama lebih menjaga adab yang satu ini terutamanya ketika mengadakan perjumpaan. Kalau di sini, kakak-kakak kami biasanya berbincang hal-hal persatuan sesama muslimat sahaja. Hanya Majlis Tertinggi (Muslimat) yang akan bertemu dengan Majlis Tertinggi (Muslimin) untuk sebarang perbincangan lanjut. Dan itu pun, setelah bersepakat, mereka mengubah cara kebiasaan kepada mengadakannya di sebalik tabir. Dan jika ingin menghantar sesuatu barang, hanya dengan meninggalkan barang tersebut di tempat tertentu. Cuba elakkan seboleh-bolehnya untuk tidak berjumpa dengan muslimin.

InsyaAllah, semoga Allah sentiasa membimbing kita dalam perjalanan panjang ini. Kata seorang murabbi saya semasa di MJSC dulu, "Jalan dakwah, kita tak dibentangkan dengan karpet merah sebaliknya jalan kita dipenuhi dengan duri-duri yang tajam."

Kepada sahabat seperjuangan, walau perit jalan yang dilalui ingatlah kita ini ibarat mata rantai daripada rantai perjuangan Rasulullah. Kita bukanlah sesiapa dan Rasulullah tidak perlukan kita pun sebenarnya untuk sebarkan keindahan Islam kerana kalau kita tak mahu menjadi mata rantai ini sekalipun, berjuta lagi mujahid di luar sana yang lebih hebat akan berjuang untuk Islam. Tapi tidakkah kita merasa rugi???

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 
[Surah Muhammad 47:7]


Kongsikanlah ilmu yang kau ada, sahabatku jika kau benar-benar mengasihi saudaramu.
"Share, if you really care."
Wallahua'lam.



~QueeNischK~ 
"My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

No comments:

Post a Comment