Tuesday 13 September 2011

Kalau Dah Sengkek, Tak Payah Sibuk Nak Buat Baik!

Segala pujian bagi Allah SWT pemilik agung alam semesta ini.

Di ruangan yang serba ringkas ini, saya cuma ingin berkongsi sesuatu yang saya baru pelajari daripada seorang sahabat saya dan juga melalui buku-buku yang saya baca. Tetapi apa yang lebih penting daripada itu bukanlah perkongsian ini, yang penting ialah coretan ini akan sentiasa menjadi peringatan yang menusuk bagi saya agar berubah menjadi muslimah yang lebih baik.

Ithar itu ialah melebihkan kepentingan saudara melebihi kepentingan diri. Sifat para sahabat yang satu ini memang sukar sekali untuk kita contohi melainkan telah kita tanamkan keyakinan yang mendalam bahawa pemberian dan balasan baik daripada Allah itu lebih bernilai daripada segala-galanya.

Mungkin ramai akan berkata, "Buat apa aku nak sibuk-sibuk tolong dia, diri sendiri pun tengah sengkek." Tetapi bagi para sahabat, mereka benar-benar mencintai saudara mereka seperti mana mereka mencintai diri mereka sendiri. Sehingga Allah telah memuliakan kisah mereka di dalam Al-Quran.

Seperti mana yang tersebut di dalam Al-Quran, kecintaan kaum Ansar kepada Muhajirin sehingga ada yang sanggup ingin menceraikan isteri mereka untuk dikahwinkan dengan saudara daripada kaum Muhajirin. Namun, Allah telah melarangnya lalu menggantikan dengan memuliakan kaum Ansar di dalam ayat al-Quran. Ada juga dalam kalangan Ansar yang sanggup membahagikan sebahagian harta mereka untuk saudara angkat masing-masing yang teridiri daripada Muhajirin. Lihatlah betapa indahnya nilai ukhwah yang dididik dalam Islam hingga mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk saudara mereka walaupun bukan daripada darah daging mereka sendiri.

Kesan daripada sifat ithar yang begitu mulia ini, akhirnya kaum Muhajirin dan Ansar berjaya membentuk sebuah negara yang makmur dan maju; Madinah al-Munawarah. Tiada lagi perbalahan antara puak yang sering berlaku seperti sebelumnya.

Sungguh, jika engkau benar-benar mencintai saudaramu kerana Allah, mari kita sama-sama menyemai sifat ithar dalam diri. Ingatlah, cinta manusia itu BUKAN matlamat kita, tetapi ia cuma sebagai wasilah untuk kita menggapai cinta yang Agung itu! Biarkan mereka tidak menghargai apa yang kita beri dan korbankan untuk mereka, asalkan cinta Allah itu menjadi milik kita.

Percayalah, "Barangsiapa yang memberi pinjaman yang baik kepada Allah, nescaya Dia akan membalasnya dengan pinjaman yang berlipat kali ganda beserta pahala."
[Surah al-Hadid 57:11]


Who is it that would loan Allah a goodly loan so He will multiply it for him and he will have a noble reward?  - [57:11]


Saudaraku, aku juga mencintaimu kerana Allah.




~QueeNischK~
"My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

No comments:

Post a Comment