Tuesday 27 September 2011

Anak Palestin Yang Merdeka

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, selesai sudah satu paper yang agak mencabar hypothalamus aku. PHYSICS.

Dulu tak berapa nak kamceng sangat dengan Physics ni tapi sejak sampai sini, rasa macam dah jatuh cinta pula mungkin sebab Allah dah buka pintu hati ni..Bak kata Tasha, teman seperjuangan, "Haa..dah nampak dah cahayaNya tu." Hehe..

Eh, tapi bukan itu yang aku nak cerita kat post kali ni. Cuma bila teringat Physics aku rasa macam ada connection dengan senjata moden hari ini. Dan bila fikir lagi, teknologi senjata ini ada kaitan dengan saudara aku di Palestin sana. Ya, saudara kita, saudara se-Islam.

Sesiapa yang ada baca akhbar baru-baru ni tentu tahu kan tentang petisyen permohonan Presiden Mahmoud Abbas, Presiden Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara berdaulat. Apabila terbaca berita ini, terasa diri ini kecil sekali... Apa yang kita dah sumbang untuk saudara kita kat sana? Kita kata kita sayangkan mereka, tetapi apa buktinya???

Doa tanpa usaha takkan ke mana. Usaha apakah yang kita sudah lakukan untuk bantu mereka? Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana mengabaikan saudara kami di Palestin.


NEW YORK 26 Sept. - Permohonan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara mula dibahaskan oleh Majlis Keselamatan PBB hari ini, tetapi dijangka menghadapi cabaran getir bagi memperoleh sembilan undi yang masih diperlukan untuk kelulusan.




Tanpa undi minimum tersebut dalam badan yang terdiri daripada 15 anggota itu, Amerika Syarikat (AS) akan terlepas daripada keperluan untuk menggunakan kuasa vetonya bagi menyekat permohonan Palestin.



Ketika perbincangan formal bermula, diplomat berkata, Palestin hanya dapat memastikan enam undi sokongan dalam Majlis Keselamatan iaitu daripada China, Rusia, Brazil, Lebanon, India dan Afrika Selatan.



Tiga negara anggota bukan tetap, Gabon, Nigeria dan Bosnia belum mendedahkan sama ada mereka akan mengundi untuk menyokong keanggotaan Palestin.



"Jika pengundian diadakan hari ini, Palestin tidak akan mendapat cukup undi yang diperlukan dan AS tidak perlu menggunakan kuasa vetonya," kata seorang diplomat Barat.



Lazimnya Majlis Keselamatan tidak mengambil masa melebihi 35 hari untuk mengkaji dan menilai permohonan bagi menganggotai PBB.



Pada Julai lalu, permohonan Sudan Selatan, negara anggota PBB ke-193 dan terbaru menyertai badan dunia itu, diluluskan dalam masa beberapa hari sebelum dibawa ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA) untuk pengesahan. - Reuters





Ini adalah berita terkini tentang Palestin. Mereka masih dalam penantian. Mungkin sekali pandang, kita merasa simpati pada anak-anak itu lantaran menyangka mereka bukanlah anak merdeka seperti kita. Tetapi sungguh kita yang sepatutnya sedar diri bahawa atas dasar apa kemerdekaan yang kita cuba takrifkan? Mungkin ya, Malaysia ini sudah merdeka. Tetapi anak-anaknya, sudah merdeka kah? Aku lihat hari ini, ramai anak muda yang semakin hanyut dengan fantasi cinta mereka. Apa engkau fikir engkau takkan dipertanggungjawabkan atas kebebasan Palestin itu?!

Cukuplah engkau tertipu dengan fatamorgana dunia. American Idol, Justin fever, K-Pop, apa lagi yang kau gila-gilakan? Majlis ilmu kau tinggalkan, orang 'alim kau jauhi dan yang lebih KEJAM dari itu adalah apabila engkau memekakkan telingamu apabila terdengar seruan azan dengan memasang headphones sambil mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Engkau juga memekakkan telingamu dan membuat tidak peduli dengan jeritan anak Palestin itu. Manusia jenis apakah itu???


Astaghfirullah. Ya Allah, kurniakanlah kami hidayah taufiqMu dan teguhkanlah iman kami di jalanMu.

Oleh itu, mari kita sama-sama menggembleng tenaga dengan kudrat yang ada agar nasib saudara kita di sana terbela. Jika tidak punya kekuatan fizikal sekalipun, kita masih punya kehebatan intelektual untuk disumbangkan bagi melahirkan mujahid-mujahid Islam yang sejati. Allahuakbar!
Let's stimulate our neurons!



P.S: Mohon doakan kecemerlangan saya dalam peperiksaan akhir semester ini. Ada lagi 3 kertas yang menanti. ;) Barakallahufik.

~QueeNischK~
"My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

Monday 26 September 2011

Bukankah Aku Saudaramu?

Bacalah dengan nama Tuhanmu…

Apa khabar ikhwan dan akhowat semua? Bagaimana iman?

Coretan ini tidak lebih dari sekadar perkongsian yang diharapkan dapat “memaknakan” ukhuwah dalam jiwa kalian. Ketika diuji Allah dengan kesusahan, di sini, ana mula nampak sinarNya. Mungkin inilah yang dikatakan “Blessing in disguise” iaitu rahmat di sebalik kesusahan.

Kos hidup di sini tidak jauh bezanya seperti di Lembah Klang. Bajet makanan sahaja sehari boleh menjangkau RM 15 sehari walau bergelar pelajar. Itu baru masuk bab makan belum bab bayar duit kelas dan lain-lain yuran dan keperluan. Jadi, kalau tak sanggup mengikat perut, memang berhutanglah jawabnya. Tetapi di sini ana lihat ia sebagai satu rahmat kerana ana belajar untuk lebih menghargai nikmat Allah dan lebih menjaga kesucian hati. Ana teringat pesan Imam Syafie’, katanya tentang rahsia kebijaksanaan beliau ialah, “Pertama, kurangkan makan dengan banyak berpuasa. Kedua, kurangkan tidur dengan banyak qiamulail. Ketiga, kurangkan bercakap dengan banyakkan zikrullah.” Jadi, ini sebenarnya satu peluang untuk ana menjaga pemakanan. InsyaAllah.
  
Namun, ada masa keperluan begitu mendesak menyebabkan ana harus membuat kerja-kerja sampingan bagi menambah duit poket. Malulah rasanya kalau asyik nak meminta pada orang. Namun, Allah uji lagi dengan ujian tidak cukup wang untuk makan. Mahu tak mahu, beberapa hari ana hanya makan oat dibancuh air masak sebagai mengalas perut. Bayangkan, siangnya pula harus memerah otak untuk persediaan peperiksaan akhir semester. Sememangnya bila tiba waktu petang, ana akan rasa begitu lapar dan letih sekali. Untuk melupakan rasa lapar itu, ana akan tidur sebentar.

Maha suci Allah, pertolonganNya sangatlah dekat. Sahabat baik ana hantar SMS bertanya khabar. Ana terus terang sahaja yang ana tak dapat SMS selalu kerana ana sedang ada masalah duit. Sebaik sahaja ana kongsikan masalah itu, dia yang begitu mulia hatinya telah membantu ana. Pada asalnya, ana tidak izinkan kerana dia sendiri juga sedang memerlukan duit itu. Ana sangat sayangkan dia dan tidak sekali-kali mahu menyusahkannya. Dan niat ana bercerita itu hanya untuk meringankan bebanan perasaan bukan kerana ingin meminta simpati. Rasa terharu yang tak dapat dibayangkan. Walaupun hubungan ini jauh terpisah oleh faktor geografi tetapi Allah telah membuktikan pada ana keindahan ukhwah fillah ini. Subhanallah!

Bukan itu sahaja, seorang lagi sahabat ana di sini juga melakukan hal yang sama. Ana meminta tolong dia jualkan sandwich ana kerana ana sangat pemalu dalam bab-bab mempromosi barang ni. Tetapi lain jadinya, dia membeli semua sandwich ana, lalu dibayarnya dengan harga yang lebih. Ana tak tahu nak kata apa melainkan syukur kepada Allah yang tak terhingga kerana menemukan ana dengan ramai orang yang hebat-hebat peribadinya di sini. Alhamdulillah.

Tetapi biarlah identiti mereka dirahsiakan atas dasar privasi. Cuma di sini, ana dapat belajar bahawa kuasa contoh itu luar biasa hebatnya kerana sedikit sebanyak adakalanya ana terikut-ikut dengan sifat yang ditonjolkan oleh sahabat ana itu. Benarlah, “Actions speak louder than words.” Ana begitu tersentuh dengan jalinan ukhwah ini. Dan melalui pembacaan ana dalam Fanzuru tulisan Hilal Asyraf, ada disebut, “Setinggi-tinggi ukhwah ialah ithar (melebihkan saudara melebihi kepentingan diri), dan serendah-rendah ukhwah ialah berlapang dada.”

Sebenarnya di saat ana menukilkan entry ini, ana ada terasa hati dengan salah seorang sahabat ana. Tetapi apabila direnungkan semula diri ini, mengapa mesti kita mengharap balasan daripada sahabat kita yang juga manusia biasa seperti kita? Bukankah ukhwah ini terbentuk atas dasar keimanan? Jika benarlah begitu, cukuplah redha Allah untuk kita, biarpun insan yang bergelar “sahabat” itu tidak menghargai kehadiran kita dalam hidupnya. Yang penting tanggungjawab kita kepada Allah untuk menjaga hubungan sesama manusia. Cukuplah Allah sebaik-baik Pemberi. ;-)

Bukankah aku saudaramu?

Jika benar, tariklah saudaramu dari jurang neraka. Dan ayuhlah bersama-sama kita berpimpinan tangan ke syurgaNya… Janji Allah itu Maha Benar. Orang-orang yang bersahabat ikhlas keranaNya dijanjikan naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah. Semoga kita termasuk daripada golongan yang dijanjikan itu. InsyaAllah.

(Sisterhood Circle – All the best in your coming exam!)
Ukhwah fillah ‘abadan ‘abada!


P.S: Sahabat, semoga Allah memberkati dan melipat gandakan rezeki anti. Jadilah seindah namamu. Anti memang layak dengan nama itu. :) Syukran.





~QueeNischK~ 
"My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, 
Make me strong."

Wednesday 21 September 2011

Ini Bukan Pengakhiran Kita

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Post ini dicoretkan untuk membakar semula semangat sahabat-sahabat di luar sana. Semangat yang kian malap. Dan untuk diri saya sendiri juga. Dan khasnya untuk sahabat yang memberi inspirasi. Yang memberi kekuatan untuk saya terus menulis dan untuk sahabatku yang sedang diuji imannya. Semoga Allah bersamamu...bersama kita semua. Amiin.

Setiap kali kita terjatuh, ingatlah Allah tetap ada bersama kita. Walaupun mungkin insan yang digelar "kawan" telah jauh berlari meninggalkan kita, malah ada pula yang menghina kerana mereka baru sedar bahawa kita juga manusia biasa, tak sesempurna yang diharapkan.

Ketika kelemahan dan kejelekan kita jelas terpampang, satu demi satu hinaan dan tohmahan terkena pada batang hidung sendiri seolah-olah dunia ini kita seorang diri...Tapi ingat sahabatku, ini bukan pengakhiran kita! Teruskan perjuangan kerana kau puteri mujahidah! Dan kau, ya akhi, bakal pengganti tempat Sultan Muhammad Al-Fateh !

Aku juga sedang diuji imanku dengan amanah yang berat yang perlu aku pikul, dan aku tahu kau juga begitu. Tetapi kita mesti kuat kerana Allah pasti bersama orang-orang yang sabar. Sahabatku, ayat aku mungkin tak seindah kata-kata Romeo kepada Juliet, tetapi cukuplah aku mengingatkan diriku dan KAMU tentang ayat-ayat cinta Allah yang Maha Indah...

"Do not grieve and get disheartened, for you will have the upper hand if you are the believers!"

"Janganlah engkau berasa lemah dan jangan pula bersedih hati, sebab engkaulah yang paling tinggi darjatnya sekiranya engkau beriman!"
[Surah Ali Imran 3:139]


Sahabatku, aku yakin kau mampu hadapinya dengan tabah! Kerana Allah tidak akan sekali-kali membebani hambanya melebihi kemampuan hambanya itu. 

Sahabatku, aku yakin kau akan menjadi bintang yang bergemerlapan, permata Islam yang bersinar! Aku tak mampu membantumu tetapi kau mintalah pertolongan Allah kerana Dia Maha Kaya, dan Dia-lah sebaik-baik penolong.

Ya akhi wa ukht, masih ingatkah kau tentang kisah Al-Fateh pemimpin muda yang hebat itu? Yang menguasai Constantinople ketika usianya baru belasan tahun. 

Ketika peperangan membebaskan Constantinople itu telah memakan masa lebih 50 hari, beliau sendiri pun sudah semakin penat dan berputus asa. Tetapi gurunya, Syeikh Aq Syamsuddin yang sudah tua masih begitu kental semangatnya dan tidak putus-putus berdoa kepada Allah. Apabila Al-Fateh datang ingin bertemu Syeikh untuk meminta pendapat sama ada mahu meneruskan misi atau berundur, Al-Fateh terkejut mendapati Syeikh Aq Syamsuddin itu jauh lebih kental semangatnya berbanding dirinya sendiri. Syeikh Aq Syamsuddin sedang sujud di atas tanah, serbannya jatuh ke atas lantai dan janggutnya yang putih basah dengan air mata. Sultan Muhammad Al-Fateh mendengar Syeikh Aq Syamsuddin berdoa kepada Allah, "Ya Allah, Engkau penentu takdir dan kami hanya pelaksana takdir. Engkau takdirkan kemenangan membebaskan Constantinople di tangan Sultan Muhammad bin Murad (Al-Fateh)."

Doa munajat itu membakar semangat Sultan Muhammad al-Fateh dengan dahsyat. Pada saat itu, Sultan Muhammad al-Fateh melihat kemenangan semakin hampir selagi tentera Islam tidak berputus asa. Bermula dari saat itu diadakan perbincangan dengan pakar strategi perang Usmaniah. Idea pemindahan kapal diusulkan dan kemudian dilaksanakan dengan jayanya.

Sahabatku yang dikasihi, tidakkah engkau berasa yakin dengan pertolongan Allah???

"If Allah helps you, then there is none who can overcome you. If He forsakes you, then who else is there other than Him who can help you? Therefore, in Allah let the believers put their trust."

"Apabila Allah menolong kamu, tidak ada yang dapat mengalahkan kamu. Apabila Allah membiarkan kamu dengan tidak memberikan pertolongan, maka siapakah yang dapat menolong kamu selain Allah? Kepada Allah sahaja orang-orang beriman bertawakal."
[Surah Ali Imran 3:160]


Adakah kau lupa kita pernah berjaya? 
Mengapa tidak kita ulanginya sekali lagi bersama-sama?


Sahabatku, kentalkan semangatmu! Mari kita bersama-sama dalam perjuangan ini. Aku ingin bersamamu hingga ke Jannatul Firdaus! Aku ingin mencintaimu kerana Allah. Jika kita benar-benar cintakan Rasulullah, mari kita pikul beban dakwah ini bersama...kita adalah mata rantai perjuangan Rasulullah.

Jangan jadikan kelemahan kita penyebab fitnah kepada dakwah yang kita bawa! Sungguh Islam itu indah!

Tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh, kerana ilmu itulah kunci segalanya. Dengan ilmu kita akan berjaya! InsyaAllah.

Ya akhi, aku ingin melihatmu menjadi al-Fateh alaf 22 !

Ya ukht, aku ingin melihatmu menjadi permata Islam yang bersinar!

Sahabatku, marilah bersamaku teruskan perjuangan ini! Allah pasti membantu kita. Betulkan niat, teruskan usaha walau kegelapan terus menyelubungi seolah-olah tiada lagi jalan keluar. Yakinlah, Allah bersamamu, bersama kita.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around

You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah (3x)
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can`t repent
And that it's way too late
Your`re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

[Insya Allah - Maher Zain]


All the best, sahabat! Please pray for my success too. Currently, I'm preparing for my next papers (Physics, Biology, Chemistry and Pre-Calculus) as final exam is already started. This is just a scratch of my thoughts in written form in order to motivate people around me and those who read this. I do appreciate it very much. (^_^)

InsyaAllah, ini bukan pengakhiran kita. This is not the end of the world. Allah will help us but we have to be patient and have faith in Him. Keep on striving for excellence!




Rujukan: 
Muhammad Syaari Abdul Rahman, "Kuasa Kepimpinan al-Fateh", PTS Millenia Sdn. Bhd. (2011)



~QueeNischK~ 
"My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

Saturday 17 September 2011

Medical Breakthrough: Could Cockroaches Save Your Life?

In the name of Allah, the Lord of this Universe.

In today's post, I would like to share something that is quite funny to be mentioned yet, it is an unusual FACT! :-D   If you have a phobia on cockroaches, you MUST READ this!

Could cockroaches save your life?

Yes, according to a team of researchers from the University of Nottingham in the UK. Powerful antibiotic properties in the brains of cockroaches and locusts are able to kill more than 90% of bacteria - intruders that are often deadly to humans, including methicillin-resistant Staphlococcus (MRSA) and pathogenic Escherichia coli - without harming human cells.

These findings, which were presented last year at a meeting in Nottingham of the Society for General Microbiology, could lead to novel treatments for multi-drug-resistant bacteria infections.

*Current Status: Available to the public in 5 to 10 years.





** P/S: Instead of its peculiar fact, as a Muslim we should do some research on this, whether it is allowed (halal) or not. So, in answering to this question, I have to take some time to go through the book of medical Islamic law (Fikah Perubatan by Dr. Harmy Mohd Yusoff - PTS Millenia). And read a lot more books to gain detail information regarding this matter. If you know the answer, your help will be much appreciated. 

May Allah guide us.



Adapted from: Reader's Digest (August 2011)



~QueeNischK~ 
"My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

Friday 16 September 2011

Latest Discovery: HUMAN CAN LIVE WITHOUT OXYGEN?

In the name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful.

Salam Jumu'ah mubarakah! Blessings on Friday. ^_^
How's imaan, my brothers and sisters?

Do you know that atmosphere is made up of about 78% of nitrogen and 21% of oxygen? And the remaining of 1% belongs to other types of gases? Do you know that the oxygen we breathe in is used up in cellular respiration to produce energy? YES! I bet you knew it already, right?

However, the latest discovery has found that oxygen is not such important to human. Huh?  :O 

"If people say that love is important, I think oxygen is more important." - Anonymous

Well, oxygen is the 'one' that keep human live on. Without oxygen we may die. 

Just imagine, 
if we have to pay for every breath we take..
and every month, we will get a bill 
for the amount of oxygen we used. 
Surely, even Carlos Slim Helu (the world's billionaire) 
cannot pay for it...
Huhu~  :-D

So, to whom we should praise upon? Don't we think that we are too small and helpless to be praised by people around us? We're too weak to be proud of...Pity for ourselves as we rarely realize that we have been fooled by the shaitan!

"Does not man see that We have created him from a sperm? Yet, he stands up as an open adversary.

He starts making comparisons for Us and forgets his own creation. He says: "Who will give life to bones that have been decomposed?

Tell them: He Who has created them for the first time, will give them life again, He is well-versed in every kind of creation." 
[Surah Yaasiin 36 : 77-79]

So, ask yourselves! To whom you should praise upon???
Say, "ALLAHU RABBI. Alhamdulillah." All praises are due to Allah. ^_^

"To Allah belongs the sovereignty of the heavens and the earth and all that is therein, He has power over everything."
[Surah Al-Maidah 5:120]


So, if people think that oxygen is more important than love; don't we think that Allah's love is a kind of 'oxygen' too???

May Allah forgive us and have mercy on us. Amiin. 
Wallahua'lam.




~QueeNischK~ 
"My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

Thursday 15 September 2011

I BELIEVE, DO YOU?

In the name of Allah the Most Merciful and the Most Compassionate.

Recently, I've been touched by the mercy of Allah. He helped me a lot in this challenging life. However, I can't share it here as it seems too personal to be shared. But this trial has strengthen my belief in Him. I strongly believe Allah will help us if we help our brothers and sisters and help to spread the message from Rasulullah SAW. Perhaps the latest song by Maher Zain feat. Irfan Makki can describe perfectly and beautifully how I feel...

Hope you guys will love it too! ^_^

"YOU CAN GET ALMOST EVERYTHING YOU WANT IF YOU HELP ENOUGH OTHER PEOPLE TO GET WHAT THEY WANT."  
-Zig Ziglar (Top American Motivator)-



I BELIEVE


When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you


He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him


You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day


Chorus:
I believe
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?


'Cos I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
An never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings


You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day


Chorus


If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through


I believe, I believe, I believe, I believe
And now I feel my heart is at peace


Chorus


I believe, I believe, I believe, I believe.


Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki


Enjoy the lyrics & melody!  ;)



~QueeNischK~ 
"My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, 
Make me strong."

Wednesday 14 September 2011

SHARE, IF YOU REALLY CARE

Segala pujian hanya untuk Allah yang Maha Agung.

Saya cuma ingin berkongsi sesuatu yang saya baru pelajari. Malam tadi, dengan izin Allah, hati saya tergerak untuk ke Pusat Islam walaupun jam dah menunjukkan pukul 10.20 pm (selepas jamuan raya Kolej Seri Menanti 4)...Entah kenapa, kalau sehari tak menjejak kaki ke situ bertemu dengan orang-orang yang kata-katanya penuh hikmah, pasti hati ini akan merasa kosong!

Tak sangka pula, rupa-rupanya memang Allah nak saya berada kat situ. Bila tiba, rupa-rupanya ada perjumpaan penting PPI (Persatuan Pembangunan Insaniah). Dan rupa-rupanya mereka semua memang sedang menunggu kehadiran saya. Saya yang tak tahu sebab bateri H/P lemah dari pagi tak dicaj caj..hehe, jadi tak dapat baca mesej yang dihantar oleh Naib Presiden kami.

Terasa indahnya Islam dan ukhwah fillah itu apabila berkumpul dengan mereka yang sefikrah. Apabila mendengar perkongsian pengalaman mereka memikul tugas dakwah, terasa diri ini begitu kecil dan banyak sekali yang dipelajari. Antaranya, dalam kita berusaha untuk menggapai matlamat ada perkara yang sering kita terlepas pandang hingga boleh menyebabkan kurangnya keberkatan dalam usaha kita. Iaitu penjagaan adab Islam.

Mungkin kerana ketiadaan penjagaan adab inilah adakalanya usaha-usaha dakwah yang kita jalankan seringkali tak berjaya menyentuh hati mad'u kita. 

Tiba-tiba saya teringat pula, pesan seorang sahabat saya semasa bertemu di Pertandingan Taekwon-Do MRSM Se-Malaysia dulu, dia tanya saya, "Dakwah itu apa?"

Saya kata,"Dakwah itu mengajak kepada makruf dan mencegah yang mungkar." Lalu sahabat ini pun berkata,"Dakwah bukan itu sahaja malah lebih. Dakwah yang sebenarnya ialah menyentuh hati."

Sampai laa ni (bak kata orang Penang), saya masih ingat kata-kata beliau. Back to the main point.

Penjagaan adab ketika menjalankan tugas dakwah. Ini tersangat lah penting. Terutamanya hal-hal berkaitan menjaga pandangan antara muslimin dan muslimat. Boleh jadi, kerana silap yang satu inilah, program-program yang kita laksanakan tak dapat mencapai objektifnya. Di situ hilang keberkatan daripada Allah. Kalau bukan Allah yang tolong, siapa lagi yang nak tolong kita sentuh hati mad'u kita?

InsyaAllah, selepas ini, semoga kita sama-sama lebih menjaga adab yang satu ini terutamanya ketika mengadakan perjumpaan. Kalau di sini, kakak-kakak kami biasanya berbincang hal-hal persatuan sesama muslimat sahaja. Hanya Majlis Tertinggi (Muslimat) yang akan bertemu dengan Majlis Tertinggi (Muslimin) untuk sebarang perbincangan lanjut. Dan itu pun, setelah bersepakat, mereka mengubah cara kebiasaan kepada mengadakannya di sebalik tabir. Dan jika ingin menghantar sesuatu barang, hanya dengan meninggalkan barang tersebut di tempat tertentu. Cuba elakkan seboleh-bolehnya untuk tidak berjumpa dengan muslimin.

InsyaAllah, semoga Allah sentiasa membimbing kita dalam perjalanan panjang ini. Kata seorang murabbi saya semasa di MJSC dulu, "Jalan dakwah, kita tak dibentangkan dengan karpet merah sebaliknya jalan kita dipenuhi dengan duri-duri yang tajam."

Kepada sahabat seperjuangan, walau perit jalan yang dilalui ingatlah kita ini ibarat mata rantai daripada rantai perjuangan Rasulullah. Kita bukanlah sesiapa dan Rasulullah tidak perlukan kita pun sebenarnya untuk sebarkan keindahan Islam kerana kalau kita tak mahu menjadi mata rantai ini sekalipun, berjuta lagi mujahid di luar sana yang lebih hebat akan berjuang untuk Islam. Tapi tidakkah kita merasa rugi???

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 
[Surah Muhammad 47:7]


Kongsikanlah ilmu yang kau ada, sahabatku jika kau benar-benar mengasihi saudaramu.
"Share, if you really care."
Wallahua'lam.



~QueeNischK~ 
"My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

Tuesday 13 September 2011

Kalau Dah Sengkek, Tak Payah Sibuk Nak Buat Baik!

Segala pujian bagi Allah SWT pemilik agung alam semesta ini.

Di ruangan yang serba ringkas ini, saya cuma ingin berkongsi sesuatu yang saya baru pelajari daripada seorang sahabat saya dan juga melalui buku-buku yang saya baca. Tetapi apa yang lebih penting daripada itu bukanlah perkongsian ini, yang penting ialah coretan ini akan sentiasa menjadi peringatan yang menusuk bagi saya agar berubah menjadi muslimah yang lebih baik.

Ithar itu ialah melebihkan kepentingan saudara melebihi kepentingan diri. Sifat para sahabat yang satu ini memang sukar sekali untuk kita contohi melainkan telah kita tanamkan keyakinan yang mendalam bahawa pemberian dan balasan baik daripada Allah itu lebih bernilai daripada segala-galanya.

Mungkin ramai akan berkata, "Buat apa aku nak sibuk-sibuk tolong dia, diri sendiri pun tengah sengkek." Tetapi bagi para sahabat, mereka benar-benar mencintai saudara mereka seperti mana mereka mencintai diri mereka sendiri. Sehingga Allah telah memuliakan kisah mereka di dalam Al-Quran.

Seperti mana yang tersebut di dalam Al-Quran, kecintaan kaum Ansar kepada Muhajirin sehingga ada yang sanggup ingin menceraikan isteri mereka untuk dikahwinkan dengan saudara daripada kaum Muhajirin. Namun, Allah telah melarangnya lalu menggantikan dengan memuliakan kaum Ansar di dalam ayat al-Quran. Ada juga dalam kalangan Ansar yang sanggup membahagikan sebahagian harta mereka untuk saudara angkat masing-masing yang teridiri daripada Muhajirin. Lihatlah betapa indahnya nilai ukhwah yang dididik dalam Islam hingga mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk saudara mereka walaupun bukan daripada darah daging mereka sendiri.

Kesan daripada sifat ithar yang begitu mulia ini, akhirnya kaum Muhajirin dan Ansar berjaya membentuk sebuah negara yang makmur dan maju; Madinah al-Munawarah. Tiada lagi perbalahan antara puak yang sering berlaku seperti sebelumnya.

Sungguh, jika engkau benar-benar mencintai saudaramu kerana Allah, mari kita sama-sama menyemai sifat ithar dalam diri. Ingatlah, cinta manusia itu BUKAN matlamat kita, tetapi ia cuma sebagai wasilah untuk kita menggapai cinta yang Agung itu! Biarkan mereka tidak menghargai apa yang kita beri dan korbankan untuk mereka, asalkan cinta Allah itu menjadi milik kita.

Percayalah, "Barangsiapa yang memberi pinjaman yang baik kepada Allah, nescaya Dia akan membalasnya dengan pinjaman yang berlipat kali ganda beserta pahala."
[Surah al-Hadid 57:11]


Who is it that would loan Allah a goodly loan so He will multiply it for him and he will have a noble reward?  - [57:11]


Saudaraku, aku juga mencintaimu kerana Allah.




~QueeNischK~
"My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

Friday 9 September 2011

10 Nasihat As-syahid Imam Hassan Al-Banna

Salam alayk, brothers and sisters! 
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya. Saya mendapat info ini melalui kumpulan usrah saya sepanjang di UiTM yang diketuai oleh pensyarah CTU kelas saya, Ustazah Wan Kamariah binti Leman.


10 NASIHAT HASSAN AL-BANNA

   1.       Bersegeralah untuk pergi sembahyang apabila kamu mendengar seruan azan, walau dalam apa jua keadaan pun.

   2.       Bacalah Al-Quran, pelajari isinya, dengar pesanannya, selalu mengingati Alloh dan jangan membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

   3.       Berusahalah untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab fushah (baku), sesungguhnya ia sebahagian dari syiar Islam.

   4.       Jangan banyak bertengkar dalam perkara yang tidak berfaedah, sesungguhnya seseorang itu tidak akan mendatangkan kebaikan (melainkan Allah).

   5.       Jangan banyak ketawa, sesungguhnya hati yang mempunyai hubungan dengan Allah selalu tenang dan tenteram.

   6.       Jangan banyak bersenda gurau, sesungguhnya orang yang bermujahadah itu tidak kenal kecuali dengan bersungguh-sungguh.

   7.       Jangan tinggikan suaramu melebihi had bagi pendengar, sesungguhnya perbuatan itu amatlah buruk dan keji.

   8.       Jauhkan dari mengumpat dan menyakiti hati orang lain dan jangan bercakap kecuali dengan perkataan yang baik.

   9.      Perkenalkan dirimu kepada saudaramu apabila berjumpa sesungguhnya asas dak\\’ah kita ialah berkenalan dan kasih sayang.

  10.       Kewajipan (kerja-kerja jemaah) lebih banyak daripada waktu, maka tolonglah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Dan jika kamu mampunyai kerja maka percepatkanlah untuk menunaikannya (jangan melengah-lengahkan kerja).


P/S: Doakan saya dipermudahkan urusan dan cemerlang CGPA 4.00 untuk final exam yang semakin hampir ni ya. Jadi, mohon maaf kalau dalam masa terdekat ini saya mungkin tidak dapat kerap update post. My fight will begin on 19th September 2011. InsyaAllah. TQ. :)

~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

Tuesday 6 September 2011

MUDAHKAN URUSAN ORANG, ALLAH MUDAHKAN URUSAN KAMU.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Pagi tadi, tiba-tiba saya mendapat ilham yang saya rasa bagus untuk dikongsi bersama. Ketika kelas Chemistry tadi, pensyarah ajarkan tajuk terakhir dalam silibus. Agak panjang tajuk yang akhir ni, dan kami agak tergesa-gesa untuk menghabiskan silibus memandangkan minggu depan dah 'study week'. Dan lagi 2 minggu, saya dan sahabat di sini akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Doakan kejayaan kami ya.

Sepanjang kelas, seperti biasa, saya memang suka buat 'mind map' sebagai nota sampingan. Agaknya sebab dah terbiasa dengan cara belajar semasa di MJSC dulu. Jadi, habis sahaja kelas seperti biasa, pensyarah akan berikan 1 salinan nota slideshow kepada 'class rep'. Dan seperti biasa, saya akan jadi tukang fotostat kerana saya AJK Akademik kelas.

Tetapi sejak kebelakangan ni, kami di sini semakin sibuk untuk persediaan final exam. Sepatutnya saya tak terlibat pun dengan fotostat nota Chemistry ni, sebab saya AJK Physics. Tapi, bila 'class rep' dah bagi nota tu kat saya minta fotostat, takkanlah nak menolak pula kan? Kasihan pula lihat, dia pun sibuk uruskan jadual kelas kami dan lain-lain. Tapi hati ni memanglah terasa berat.

Tiba-tiba, saya teringat pesan seorang guru yang sangat saya hormati, Cikgu Zabidin namanya. Semasa saya di MJSC, dia selalu berpesan kepada kami ketika perhimpunan, "Mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita." Hati ni terasa sejuk semula. Dan kata-kata itu membuatkan saya berjaya pujuk diri sendiri untuk tolong mereka yang berkenaan fotostat kan nota dan latihan tutorial yang bertimbun-timbun ini. Walaupun diri sendiri pun sibuk, tapi saya yakin janji Allah itu pasti!

Tambah pula, diceritakan satu kisah benar yang berlaku pada seorang hamba Allah ini. Suatu hari, Zara, diminta untuk menjadi sukarelawan untuk pertandingan debat MRSM Se-Malaysia. Ketika itu, sepatutnya pelajar lain bercuti tetapi Zara terpaksa menjalankan tugasnya sebagai sukarelawan kerana maktabnya terpilih sebagai tuan rumah pada tahun itu.

Pada mulanya, Zara tak berpuas hati dan ingin balik ke rumah. Tetapi hasratnya telah dihalang ayahnya. Ayahnya, menasihatkan supaya dia turut serta membantu program maktabnya atas alasan tidakkah dia berasa malu ketika dirinya dalam kesusahan, dia telah merayu untuk belajar di MRSM. Namun setelah cita-citanya tercapai, takkan sedikit pun dia tidak mahu sumbangkan kepada yayasan yang telah banyak membantu itu? "Tidakkah kamu berasa malu?", kata ayahnya.

Lalu dia pun menurut nasihat ayahnya dalam keadaan separuh hati. Hatinya mula mempersoalkan, benarkah kalau kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita? Ya, memang adakalanya balasan itu takkan dapat serta merta atau mungkin juga kita takkan perasan pun yang Allah dah bantu kita.

Tapi sungguh janji Allah itu Maha Benar!

Semasa minggu debat itu berlangsung, Zara telah dikurniakan oleh Allah sesuatu yang sangat berharga baginya yang selama ini dia mencari-cari. Yang amat berharga itu ialah, dengan izin Allah, Zara telah ditemukan dengan seorang sahabat baru yang sangat baik hati. Daripadanya Zara telah belajar banyak ilmu baru terutamanya tentang erti hidup sebagai hamba Illahi. Seandainya, Zara keraskan hati dan tak ikut nasihat ayahnya, pastilah Zara takkan berpeluang bertemu dengan sahabat yang sehebat itu. Akhirnya, setelah beberapa lama berkenal, dia menjadi sahabat baik Zara ketika susah dan senang. Zara sangat bersyukur.

Sahabatku di luar sana, ketahuilah, sahabat sejati itu amat sukar dicari. Mungkin satu dalam sejuta. Jadi jika kau temui, maka hargailah. Sahabat itu umpama pohon tempat berteduh, meski dibaling dengan batu, ia akan membalas dengan buah-buahan yang manis. Itulah anugerah Allah yang tak ternilai.

Dan ketahuilah saudaraku, antara 7 golongan yang dijanjikan naungan Allah pada hari Kiamat nanti ialah dua orang saudara yang bertemu dan berpisah kerana Allah.

Semoga cerita ini, akan bangkitkan motivasi kita untuk bantu orang di sekeliling kita. Biarlah tidak dipandang pada mata manusia, asalkan Allah 'memandang' kita. Pandangan Allah lebih utama.

Salam ukhwah, salam mujahadah! :-)


~QueeNischK~
"My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

P/S: Maaf, saya belum berkesempatan nak draf post berkaitan teori sains seperti yang dijanjikan dalam post sebelum ini. InsyaAllah, selepas selesai final exam, saya akan usahakannya. Syukran.

Thursday 1 September 2011

3 THINGS THAT YOU MUST KNOW BEFORE YOU DIE !

Bismillah rahman rahiim...

Sometimes in life, we tend to pretend like we're Mr. Know-It-All. Instead, the intelligence that has been given to us is just a little piece of Allah's knowledge. It is USELESS to keep on learning all sorts of things but yet never know with a deep understanding who's the Master of this Universe!

A Muslim scholar had once said, "Knowledge is something that the more you learn, the more you know who's your God." Alhamdulillah, by the grace of Allah, one day while in the class, learning Physics, I was shown by Allah the beauty of Islam through Physics.

Therefore, I think it's a MUST for me to share it with my lovely brothers and sisters. But don't be surprised as  I'm going to tell you about Newton's Law and teach you, one by one...But this is not a Physics tutorial, this is just a share of knowledge between us.

1# Newton's First Law : An object at rest stays at rest and an object in motion stays in motion at the same velocity UNLESS acted upon by an external force.

Here, I've learnt that if we want to change our condition of life, if we want to be a better person, more successful and become a better caliph of Allah; we should put effort on it. Without efforts, our lives would never change. Same goes to the object, without external force, the object would keep at the same state of motion.


"...Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves..." - (Surah Ar-Ra'd; 13:11)


2# Newton's Second Law : Acceleration of an object is directly proportional to the net force and inversely proportional to mass of the object.

Look, here we can see that if we want to accelerate ourselves towards excellence, we should double our efforts for it. Because when the net force increases, the acceleration increases. So, it means when we put extra effort on something, we're actually going extra miles, and we're becoming extraordinary people. So, what are you waiting for?? Let's start working hard now! ;)

And after that don't forget to ask for Allah's help as to Allah belongs all that is the heavens and in the earth.



And whoever fears Allah - He will make for him a way out. And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah - then He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent." -(Surah At-Talaq; 65: 2-3)


3# Newton's Third Law : It states that every force, there is an equal and opposite force acting upon it. For example; If you push on a wall, it will push back on you as hard as you are pushing on it.

Here, we have learnt an important lesson about life. "What you give, you get back." That is why we must give out the best so that the best will come back to us. 

So now, we have a strong reason why we must treat people nicely even though they're not treating us the same way back. It's just because life is a cycle where you reap what you sow. Perhaps you will not get the expected result today, but you will get the result when you are already old. Allah will reward you with many folds. 

Your children will treat you just like how you treated others especially your parents. Therefore, give the world the best, and the best will come back to you. InsyaAllah. :)

So, what about if we watch this meaningful video below?! ;)




Wanna know what's my next theory of science??? 
Keep on following my blog! Thank you for spending your time here, relishing my 'masterpiece'. ^_^




~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."