Friday 14 October 2011

Kaca Mata Kehidupan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, rasa sungguh bertuah kerana diri yang kerdil ini dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan orang-orang yang hebat-hebat. Baru-baru ini saya berpeluang bertentang mata dengan seorang personaliti Muslimah yang terkenal sebagai pakar perunding mata Asia Tenggara dan pada masa yang sama juga seorang yang sering melontarkan kata-kata inspirasi melalui Ikim.fm   Siapa lagi kalau bukan Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad !

Jelas pada wajahnya terpancar sifat keibuannya. 
Dalam majlis ilmu yang ibarat taman syurga itu, beliau banyak menekankan tentang kecemerlangan ummah menerusi kuasa minda. Input yang saya peroleh amat banyak tetapi hari ini saya cuma ingin fokus kepada beberapa point sahaja. 

Andaikan anda sedang menonton drama. Dalam babak tersebut terdapat seorang perempuan yang sangat mementingkan kecantikan fizikalnya. Seperti biasa setiap pagi sebelum keluar rumah, dia akan bersolek di hadapan cermin. Suatu hari, ketika dia sudah pun bersiap-siap untuk keluar, dia pun pergi memperlihatkan dirinya di hadapan cermin untuk memastikan soleknya sudah cukup sempurna. Cun lah katakan!

Tetapi alangkah sakitnya hati perempuan itu apabila mendapati wajahnya tak secantik selalu. Terdapat jerawat di dahi dan tudungnya senget. Lalu dengan berangnya, dia pun memecahkan cermin itu!

APAKAH PENDAPAT ANDA TENTANG TINDAKAN PEREMPUAN ITU?

Hah, saya yakin anda akan menyebut "Apa ke 'kurang cerdiknya' perempuan ni?"

Apa yang saya cuba nak kongsikan di sini sebenarnya ialah yang penting dalam hidup ini bukanlah APA yang kita lihat tetapi jauh lebih penting dari itu adalah BAGAIMANA kita melihat ?

Sekiranya perempuan itu seorang yang 'kaca mata' kehidupannya tidak cacat, tentulah dia akan dapat melihat wajahnya itu sebagai wajah yang cantik dan patut disyukuri. Malah sekiranya dia tidak berpuas hati sekalipun dengan wajahnya yang bertudung senget itu, dia tidaklah sampai memecahkan cermin kerana dia tahu dan faham bahawa yang sebenarnya dia hanya perlu membetulkan lipatan tudungnya dan melihat di cermin semula dengan kaca mata yang positif.

Apa yang dilihatnya itu adalah refleksi dirinya sendiri. Dia tidak sepatutnya memecahkan cermin, menyalahkan keadaan dan memarahi orang lain. Tetapi tindakan sebagai Muslimah yang bijak ialah dia memperbetulkan dirinya sendiri, memperelokkan luaran dan dalamannya. 

Lihat! Bukankah apa yang ada di sekeliling kita ada refleksi kepada siapa diri kita? Jadi, sebagai Muslim yang bijak kita tak perlu marah kerana kita faham bahawa jika kita inginkan persekitaran yang menyenangkan, cermin diri dahulu, dan cantikkan. Audit diri kita, hidup pasti bahagia. InsyaAllah.

Renung-renungkan dan selamat beramal ! :)



~QueeNischK~ 
"My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

No comments:

Post a Comment