Tuesday, 28 December 2010

NAK PAKAI BAJU APA LEPAS NI?

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini tinggal lagi hanya beberapa hari menjelang tahun 2011. Kebetulan kita juga telah pun menyambut Maal Hijrah 1432H baru-baru ini. Musim persekolahan bakal bermula tetapi bagi para lepasan SPM sudah tiada lagi istilah "uniform sekolah yang tak ikut fesyen, bunyi loceng yang memekakkan telinga, warden yang garang dan homework yang bertimbun!" Ah, masa berlalu dengan pantas sekali!!
Tak dapat dinafikan, sebagai salah seorang yang juga menanti saat yang mendebarkan; pengumuman keputusan SPM, saya juga merasakan degup jantung yang semakin kencang dek kerana memikirkan ke manakah saya selepas ini. Tapi bukan itu yang dibincangkan di sini. Pokoknya ialah ke manakah KITA selepas ini???
Kepada sahabat-sahabat, sekadar nasihat untuk diri sendiri dan sahabat semua, cuba renungkan bersama persoalan ini...
1) APA AGAKNYA KEPUTUSAN SPM AKU YANG BAKAL MENJADI TITIK TOLAK PERMULAAN YANG BARU?
2) ADA KAWAN-KAWAN AKU YANG DAH NAK FLY KE LUAR NEGARA, AKU NI? KE MANA?
3) BIDANG APA YANG AKU NAK CEBURI LEPAS NI? SESUAI TAK AGAKNYA DENGAN KEPUTUSAN DAN MINAT AKU?
4) APA YANG AKU NAK BUAT SEPANJANG CUTI NI? KURSUS VS. LEPAK ? KE AKU NAK KERJA UNTUK TAMBAH DUIT POKET?
5) ADAKAH APA YANG AKU BUAT NI AKAN DAPAT BANTU PROSPEK KERJAYA MASA DEPAN AKU?
6) DAH CUKUP KE ILMU AGAMA SEBELUM NAK FLY NIH? KANG BALIK TAK PASAL-PASAL JADI MAT SALLEH TAPI TAK SOLEH PUN! =p
7) APA NAK BUAT NI..RASA DOWN JE TGK KAWAN-KAWAN LAIN DAH CONFIRM DIORANG SCORE SPM..TAPI AKU??? hmm.. =\
Ok, sahabat semua, walau apapun jawapan kita pada persoalan di atas, kita mesti kuatkan semangat untuk terus berjuang! SPM sudah berlalu, menangis air mata darah sekalipun kita tak mampu nak ubah apa-apa melainkan istiqamah berdoa kepada ALLAH moga dikurniakan keputusan cemerlang.
Masa yang ada harus digunakan sebaik-baiknya untuk menampal segala kecacatan masa lalu. Jadi sekadar ingin berkongsi pandangan, apa kata kalau kita gunakan masa yang ada ini untuk menambah skil baru (seperti, skil komputer, public speaking, memasak, menjahit, dll.) atau boleh juga digunakan untuk memperdalam pengetahuan sedia ada (seperti menghadiri tazkirah, mentadabbur Al-Quran, mengkaji berkenaan kerjaya masa depan tentang kelulusan yang diperlukan, kemahiran dan cabaran-cabarannya).
Ini bukan kata-kata kosong kerana ada pepatah Arab menyebut, "Air yang tenang akan mudah menjadi keruh sama seperti pemuda yang banyak masa lapang akan mudah terlibat dengan keburukan."
Oleh itu, kita mesti mengambil ini sebagai suatu cabaran. Biarkan masa lampau itu berlalu kerana kita takkan mampu mengubahnya tetapi laluilah saat ini dengan penuh bermakna kerana ia penentu siapa kita pada masa depan. Anda pilih..
CEMERLANG atau...
BIASA-BIASA SAJE atau...
GAGAL!
Jadi, daripada kita duk melepak tak tentu hala, bercouple sesuka hati macam dunia ana yang punya, atau qada' tidur 24 jam LEBIH BAIK lah kita ganti dengan sesuatu yang dapat menjamin masa depan. Kerana waktu muda hanya sekali, gunakan sebaik-baiknya sementara kudrat ini masih "hebbaat!" supaya tak menyesal di kala 'senja' menjenguk kita.
Ingin saya kongsi di sini, kata-kata yang begitu menyuntik semangat saya selama ini...
"IF YOU WANT TO BE AN ENGINEER, DON'T JUST BE AN ENGINEER AMONG THOUSANDS OF ENGINEERS BUT BE THE BEST ENGINEERS IN MALAYSIA,
IF YOU WANT TO BE A DOCTOR, DON'T JUST BE A DOCTOR AMONG THOUSANDS OF DOCTORS, BUT BE THE BEST DOCTOR IN ASIA. WHATEVER YOU WANT TO BE, BE THE BEST ONE!" - Prof. Dr. Lokman Saim (Malaysian pioneer doctor in ENT)
"OPPORTUNITY COMES KNOCKING AT OUR DOOR ONLY ONCE, IF YOU DON'T GRAB IT, YOU'LL LOSE IT! "- Tuan Hj. Yussoff b. Hassan (Principal of MRSM Bentong TAR)
"Anda bakal tetap sama 10 tahun akan datang melainkan apa yang anda BACA dan siapa yang anda TEMUI." - Sarjana Barat
"Gantunglah azammu setinggi bintang di langit akan tetapi rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan" - Mutiara Kata
Sekian, semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu ini. InsyaAllah.
Wassalam.

P/S: Tajuk tu sengaja saya letakkan 'Nak Pakai Baju Apa Lepas Ni?' supaya kita sama-sama berfikir adakah selepas puas kita pakai uniform sekolah, lepas ni kita akan mampu pula menyarung jubah graduasi di universiti terkemuka? atau kot putih doktor? atau kot hitam seorang ahli korporat? atau baju selekeh yang sama kita pakai setiap hari??? TAPI INGAT, mungkin juga kita akan menyarung kain putih si kain kafan dalam beberapa detik lagi!!! Sudahkah kita bersedia???

Monday, 27 December 2010

Hadiah Krismas!

Salam muhibbah.
Maaf, tak update post berhari-hari. Perlu menguruskan beberapa urusan penting yang agak menyukarkan untuk saya update blog di sini.
Sebagai hadiah untuk pembaca budiman, terimalah dari saya karya seni yang tak seberapa ini. Semoga kita sentiasa berusaha untuk mencari ruang dan masa untuk bermuhasabah. Hidup ini sesungguhnya penuh dosa dan nista belaka.


HIDUP SATU PENCARIAN
Dalam pencarian yang penuh kekeliruan,
Aku bertanya pada diriku sendiri,
Adakah ini nikmat atau ujian?
Aku buntu,
Di persimpangan maut ini yang manakah yang akan menuju,
Ke destinasi bernama "Redha Illahi".
Lamaku terhenti dan bermonolog sendiri...
Kanankah atau kiri?
Nun sana saujana memukau hati,
Tapi aku gentar andai itu hanya fatamorgana duniawi.
Langkah demi langkah ku orak,
Bermacam rupa yang ku temui; seputih merpati mahupun sehitam gagak,
Lalu ku berhenti sejenak,
Kata Hassan Al-Basri ku fikir dalam-dalam,
"Berfikir sesaat itu lebih baik dari solat sunat sehari semalam".
Adakah aku pasti dengan jalan yang ku pilih ini?
Oh ILLAHI,
Bimbinglah hambaMu yang jahil ini,
Sungguh tidak sama antara yang buta dengan yang celik,
Sungguh tidak sama andai cinta kudusMu bisa kumilik.
Wassalam.
Nukilan,
QueeNischK

Tuesday, 21 December 2010

Monolog Di Tengah Pencarian

Bismillahirrahmanirrahiim.

Hidup ini suatu perjalanan yang amat panjang. Perhitungannya juga seringkali merumitkan kotak fikiran ini. Kadangkala aku terfikir apakah erti hidupku sebagai seorang Muslim? Sedangkan segalanya di sekelilingku, jiwaku, jasadku semuanya lebih dipengaruhi budaya kuning Barat, budaya si Yahudi Jahannam itu!

Aku???

Tak ubah seperti seorang 'hunter' dalam pertandingan 'treasure hunt' yang tiada penghujungnya. Mencari apa? Aku pun tak pasti...yang pasti cuma dewasa ini, jiwa ini semakin suka memberontak, dipinta untuk diisi..Aku rasa seolah-olah duniaku terlalu sepi walau hakikatnya aku berada di tengah-tengah ramai orang, ramai kawan dan ramai teman berhibur.
LONELINESS WITHIN THE CROWD. Sesuatu yang tidak mampu aku nafikan lagi!

Maka apakah yang aku cari? Cinta? Harta? atau nama? Ahhh... lupakan segalanya! Aku bingung!
Puas ku cari merata tempat, dan puas ku temui segala jauhari, tetapi HAMPA sahaja jawapannya.

Suatu hari, aku bermimpi...
MIMPI NGERI. aku mimpi segala keaibanku terbongkar! Ahh...TOLONG!!!
Jiwaku terasa sempit! Dadaku sesak..sukarnya untuk bernafas..Degupan jantung mampu ku rasai satu per satu..Aku..aku...erk!
Nafasku tersekat di kerongkong. Hanya air mata yang mampu mentafsir segalanya.
APAKAH INI?! BALA kah???
Ergh...TOLONG AKU!!!
Hanya satu yang terlintas di fikiranku..
..
...
MATI...MATI...MATI...
Baru sekarang lidah ini lentur untuk menyebut nama-Nya.
ALLAH..ALLAH..ALLAH!!!


“Bagi Allah adalah segenap apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Jika kamu semua memperlihatkan apa-apa yang ada di dalam hatimu atau kamu semua menyembunyikannya, niscaya Allah akan memperhitungkan itu semua pada dirimu. Maka dari itu Allah mengampuni orang yang dikehendaki dan menyiksa orang yang dikehendaki pula. Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
(Q.S. Al-Baqarah:284)


"Woi! Bangun! Tak reti-reti nak pergi sembahyang Maghrib ke?" suatu suara menerjah.
Erk. Aku tersedar. "Membuta pulak dia senja-senja ni!"

Bingkas aku bangun. Terasa wudhuk kali ini menambah kegigilanku.
Ya Allah, aku tak faham apakah erti ini semua? Masuk hari ini sudah lebih 3 kali aku bermimpikan yang sama. Aku takut Ya ALLAH. Jangan kau matikan aku dalam kufur.
Aku bertaubat kepadaMu, ya Ghaffur. Untuk sekian kalinya, air mata ini diseka. Mata dan hidung mula terasa panas dan sembab kerana sudah berhari-hari aku begini.

"Ya ALLAH jika ini petunjuk daripadaMu. Aku pohon keampunanMu. Jangan biarkan aku hanyut lagi ya ALLAH dalam kehinaan ini..jangan biarkan aku termasuk dalam golongan orang yang engkau murkai. Ya ALLAH, Ya Ghafur Rahim, terimalah taubat hambaMu yang kerdil dan hina ini."

Dalam solat itu aku temui ketenangan. Dalam Al-Quran, aku temui pengisi jiwa yang kekosongan. Panduan hidup bagi orang yang beriman.

Rasulullah Shallaallohu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقّهْهُ فِى الدّيْنِ
"Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan, maka difaqihkan (diberi pendalaman) ia tentang ilmu agama."
[HR Bukhari, Muslim: 3/175]


Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Dari hati untuk hati yang sedang mencari-cari sinar hakiki.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita.Amin.

Dengan ini, saya dedikasikan lagu Thank You Allah - Maher Zain untuk pembaca sekalian dan orang-orang yang telah banyak membimbing saya selama ini. InsyaAllah.





Saturday, 18 December 2010

Let's Turn 180 Degree !

Bismillahirrahmanirrahim.

This is just the very least that we can do for our ummah. I hope by watching this video, it'll really touch our heart. And to make us realize that Allah's love is the greatest thing we have ever own in our precious life. So, to me and to my brothers & sisters, what else we want?? Now is the moment! Moment for us to turn over a new leaf..to turn 180 degree!

May Allah guide us and protect us from being astray.
Watch it through your inner side..there's a lot to be learnt. InsyaAllah.


Friday, 17 December 2010

If not You, then WHO? If not Now, then WHEN?

By the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful.

Today, we've seen most of our youngsters left the responsibility of preaching, doing good deeds and against the evil doings because they have lose their guts to stand for the truth. They keep finding reason so that they can let go the burden as khalifah.


But unfortunately, we must realize that no matter what, it's our duty to invite people to the right way. Although some people may say that they're not qualified enough or they're not who come from good background, but this should not be the cause for us to stay away from duty of dakwah (preaching).



Remember, no one is perfect. If you were saying that you've too much sins so that you cannot invite people to Islam as Ad-Deen, then, you were trying to say that no one is good enough to encourage people towards the truth of Islam. Because only Prophet Muhammad (pbuh) is the only one who has no sins. Then, just imagine... if not you..if not us...then who will continue Rasulullah mission??? WHO??



So, as the only people who are close to teenagers, by hook or by crook we have to gain wide range of knowledge, polish our communication skills and try harder to become a good role model to teens. It's so unfavourable to admit that sometimes we talk too much rather than doing. Sometimes we ignore the needs of our teens which they want to be cared and given attention. We were too busy of nagging here and there..finding their faults..but don't we realise why not we just be someone who close to them? who will lend ears for them? who will keep being patient with them? and WHY NOT we just be a good role model to them??



ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORDS.


Though no one can avoid doing mistakes but still there's the hope to be a better one.

Just be better. And when we talk to them..talk from our inner side. Heart to heart. Walk the talk. It really touches. Trust me!



"If you want to be listened, listen to others first,

If you want to be loved, love people unconditionally,

If you want to deliver a message, be the message,

then you can be a BETTER person."



InsyaAllah. May Allah guide us to the right path. Amin.

Thursday, 16 December 2010

Freemason vs. Islam



Bismillahirrahmanirrahiim.
SAMBUNGAN TAJUK TENTANG FREEMASON & ILLUMINATI...

Saya yakin bahawa majoriti kita pernah melihat atau meniru simbol tangan ini...



Saya yakin majoriti antara kita pernah melihat atau meniru 'hand sign' ini.
Simbol ini telah diterima secara universal membawa maksud sebagai I Love You sejak ia diperkenalkan oleh Hellen Keller, seorang pengasas bahasa isyarat.

Namun para penyelidik konspirasi telah menyimpulkan bahawa isyarat ini adalah adaptasi daripada isyarat berunsur kesyaitanan. Kesimpulan ini berdasarkan kenyataannya dalam bukunya Light in My Darkness. Helen menyebut bahawa beliau amat mengagumi Emanuel Swedenborg.

Ahli sejarah mengakui bahawa Emanuel ialah ahli akademik dari Sweden yang sangat fanatik dengan perkara-perkara mistik, tahyul dan kesyaitanan. Simbol ini sering ditonjolkan oleh penyanyi heavy metal dan rock dari Barat.

Amat menyedihkan apabila simbol tangan ini turut ditiru secara membabi buta oleh golongan artis dan remaja di Malaysia. Kadangkala kita tidak sedar unsur ini meresap ke dalam diri secara perlahan-lahan melalui filem-filem Barat yang ditayangkan. Buktinya??




Sedarkah kita selama ini??? Anak-anak kita saban hari disuapkan dengan hiburan Barat yang akhirnya menjadi sebati dalam hidup mereka? Kitalah yang sering melaungkan Islam sebagai cara hidup tetapi malang sekali kita jugalah yang mengagung-agungkan gaya Barat tanpa kita sedari.





Ini pula simbol OK. Bagi golongan Freemason ia bermaksud alat kelamin perempuan. Dalam pertubuhan Illuminati, ia bermaksud The Divine King @ Antichrist @ Dajjal. Simbol ini biasa dilakukan oleh golongan berpengaruh. Contohnya, Bill Clinton dan George W. Bush pernah dilihat membuat gaya ini ketika berpidato. Mereka ini adalah antara golongan yang terlibat dengan gerakan Freemason, Illuminati, Skull & Bones dan Council on Foreign Relation.

Hakikatnya, simbol tersirat ini membawa maksud yang sangat berbahaya kepada orang-orang Islam.





Ini pula simbol 'peace' yang sering dibuat oleh masyarakat seluruh dunia. Tanpa kita sedari simbol ini sebenarnya bermaksud kejayaan untuk syaitan. Ianya sering diperlihatkan oleh Winston Churchill tanpa mengira masa dan tempat. Ini sangat menimbulkan kesangsian terhadap ramai penyelidik. Mereka mengesyaki bahawa Churchill melakukannya atas tujuan yang sangat-sangat rahsia dan sulit.

Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan setiap gerak-geri yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Barat agar tidak secara taklid buta menirunya. Sedangkan mereka dengan senang hati mentertawakan kita kerana kita telah tertipu dengan mudahnya dek helah mereka yang berselindung di sebalik aktiviti kebajikan, kemanusiaan dan simbol komunikasi awam.

Semoga ALLAH membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya dan memberi kemenangan kepada kita. Amin.
InsyaAllah.

Berjumpa lagi dalam post seterusnya mengenai topik yang lebih menarik. Sebarang komen dan cadangan amatlah dihargai.

Wassalam.

Membongkar Gerakan Rahsia Yahudi!


"Kadang-kadang orang Islam berkata, tipu daya musuh sangat hebat tetapi apa yang patut kita ingat ialah tipu daya itu bukannya muncul pada hari ini atau kelmarin, ia telah pun muncul sejak 14 kurun yang lampau yakni semenjak agama Islam diturunkan."
-Sayyid Muhammad Qutb

Assalamualaikum kepada saudara-saudaraku yang tercinta. Apa yang ingin dibincangkan di ruangan ini pada hari ini ialah berkenaan helah & tipu daya Yahudi ke atas kita. Ini bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Dengan kehendak ALLAH jugalah pembongkaran ini bisa dilaksanakan.

Pernahkan saudara
saudari mendengar tentang organisasi Freemason? Illuminati?

Pernahkah saudara saudari tertanya-tanya dari manakah datangnya
simbol 'peace'?

Tahukah saudari apakah muslihat di sebalik matawang Dollar?

Tahukah saudari tentang muslihat terancang di sebalik
peristiwa 11 September 2001 ?


Hari ini mari kita sama-sama membongkar kezaliman Yahudi jahannam itu! Kerana sampai bilakah mesti kita biarkan anak-anak Palestin menangis kerana kejahilan kita sendiri??
Moga dengan ilmu yang secebis ini dapat membantu membuka mata hati kita semua sebagai saudara se-Islam dan tanggungjawab kita...

Subjek perbincangan ini terlalu 'complicated'. Maka ia perlu dibincangkan secara sistematik dan teliti supaya mudah difahami.


1) APA ITU FREEMASON?









Freemason ialah satu pertubuhan rahsia Yahudi yang telah wujud sejak 1000 tahun yang lalu. Matlamat penubuhannya ialah untuk menjatuhkan umat Islam secara terancang. Mereka sangat komited kerana pendeta-pendeta Yahudi terdahulu telah dapat meramal tentang kebangkitan Islam pada akhir zaman. Tempat pertama ia bertapak dipercayai di London.

Ahli Freemason di seluruh dunia dianggarkan seramai 5 juta orang. 2 juta orang berada di Amerika.

'G' dalam logo Freemason dipercayai merujuk kepada Great Pyramid iaitu lambang simbol gerakan rahsia Yahudi terbesar di dunia iaitu ILLUMINATI. Secara ringkasnya, elemen-elemen yang terdapat pada logo merujuk kepada ketekunan, kebijaksanaan dan kepatuhan ahli dalam mencapai misi yang ditetapkan oleh Grand Master dalam Freemason.

Freemason juga terdapat di Malaysia. Kehadirannya bermula sejak kedatangan Stamford Raffles di Singapura. Antara lodge-lodge yang dibuka di Semenanjung Malaysia ialah :-

1. Klang, Selangor.
2. Jalan Abu Bakar, Johor Bahru.
3. Jalan Utama, Georgetown.
4. Lodge Fidelity, Kuala Lumpur.

dan banyak lagi. (Sila lihat laman web Freemason Malaysia: http://www.dglea.org

Freemason dengan mudah bertapak di seluruh dunia kerana peranannya yang berselindungkan aktiviti kebajikan.

Freemason dan Illuminati adalah organisasi yang berasingan tetapi mempunyai misi yang sama.
Semoga Allah mengizinkan saya untuk terus mencoret di sini pada post seterusnya berkaitan Illuminati. Insya-Allah, kita sama-sama sebarkan supaya umat Islam tidak terus ditipu oleh Yahudi Jahannam itu!!!

Oleh itu, kita perlu sama-sama menyahut seruan Allah dalam wahyuNya yang pertama, Surah Al-'Alaq:1, yang bermaksud; "Bacalah. Bacalah dengan nama TuhanMu..."
Begitu penting sekali untuk kita MEMBACA agar usaha kita BERJAYA!


ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!



Monday, 13 December 2010

Unknown Epidemic

Bismillahirrahmanirrahiim.
Alhamdulillah, my heart is still beating to allow me to continue my writing here. It's my pleasure to share almost anything that I've learnt through my life with you.


Do you know what's the most infectious epidemic among today's teenagers? Or maybe, to be more precise, it's referred to us? It's not out of norm to see our peers are gambling around, coupling or even ignoring the orders by The Almighty Allah such as prayer and hijab.

TODAY'S WORLD EPIDEMIC...among Muslim teenagers...
- Bad relationship with Allah
- Has phobia towards other than Allah
- Lack of Islamic knowledge
- Lack of patience
- Hedonisme
- etc.

However, today I'd prefer to stress on the bold subject only. Why?
Because I believe everything starts from knowledge. Well, knowledge is the eye of mind, right?

Prophet Muhammad (pbuh) had also said that, "If you wanted to success in the world, you should have KNOWLEDGE, if you wanted to success in the world hereafter, you should have KNOWLEDGE, and even if you wanted to success in both world and the world hereafter, you should also have KNOWLEDGE!"

See, this is our weakness that we can't deny. Most of our teenagers are lack of knowledge or perhaps their knowledge is not wide enough to enable them to be outstanding Muslims. I'm not only talking about myself and you BUT I'm talking about US! Our Muslim brothers and sisters...

You know what?! Mosche Dayan, ex-President of Israel LAKNATULLAH had uttered with pleasure about OUR weaknesses!!! He said, "Do you know how we (Israel) can conquer the Middle East (i.e country which its majority is Muslims) with ease?? It's just simply because MUSLIMS DON'T LIKE READING! and they're TOO LAZY to do some research about their own Muslim scholars. Just imagine, we had unintentionally disclosed our secrets about chemical weapons, our soldiers and the preparation..but they; the Muslims still don't know a word about it just simply because THEY DON'T READ!" This had been quoted from Mosche Dayan while he was in Washington.

Plus, our teenagers sometimes are too addicted to entertainment produced by the Westerners.
In Islam, there's no prohibition in enjoying some entertainment but there must be the limit. Islam is flexible and universal. Allah Himself had created us with the interest towards beauty and entertainment. But remember, our Creator knows us best. So, He had made us to follow the syari'at (Islamic rules) for our benefits. See, how beautiful Islam is? and how much love He had shown to us through Al-Qur'an that although humans are always stubborn but He still want keep us out of the lies behind the world beauty & richness.

So, to myself and to my brothers and sisters, this is the right moment for us to turn over a new leaf since it's never too late to learn. Allah is All-Knowings and He is the Most Forgiving. Allah had promised to whom finding Him by 'walking', He'll come closer to the person by 'running'.

ALLAH IS WHEREVER YOU ARE.

May Allah protect us from iblis syaitan & his companions. Allah bless.
Wassalam.


Reference:
Fityatun Amanu Birabbihim (Mendidik Remaja Muslim Menjadi Orang Beriman & Bertaqwa) by Dr. ABDULLAH AIDH AL-QARNI

Saturday, 18 September 2010

Deep In My Heart

Assalamualaikum wbt. How are you, my lovely readers? Thank you for keeping read my blog. I would like to apologize for not updating my blog within a long period for some reasons. For information, this year I'm going to sit for a very important exam in Malaysia which is Certificate of Malaysian Higher Secondary Education (SPM). So, I'm as busy as the bees. However, I managed to prepare a special gift for my readers during last Ramadhan. Before that, I hope it's not too late for me to wish Happy Eid to all of you.

Here is something to share. I hope you'll like it and do give me your feedback. =)

O' ALLAH

i was so far from u,
neither be grateful nor to thank you,
how ignorant was i,
don't even know u've been always by my side,
while the rest came and passed me by,
whenever i was in need, they will hide,
out of my sight,
but i chose them instead of YOU.
now, i realize..
i'm not able to count or even pay the price,
for your favors are here and there,
it's everywhere..
the air i breath in,
the blood in my vein,
it's YOURS. Lord of Cosmos.
the one who is so close,
to those who are in lost.


O' Allah! YOU brought me home while i was blind,
i thank you with every breath i take,
all i have to do is just open my eyes,
see such perfect wonders, see the signs of YOU,
i just can't keep hiding from the truth,
so helpless i am,
so helpless we are.


O' Allah! Take us away from being astray,
guide us to the right way,
keep us close to YOU,
until the end of time.


Thank you Allah for bringing us home,
After a long way being astray,
Yes! Your Light is everywhere anyway,
For those who pray and pray...


Alhamdulillah, all praises to ALLAH,
From now onwards, our life is just for ALLAH.



Thank You.


Originally written by,
NURHAFIZAH IBRAHIM
BenTAR MJSC
4th Ramadhan 1431H - 14th Aug. 2010


To all my Muslim brothers and sisters, I'm begging for your prayers for my coming examination. And also do not forget to include in your doa' for our Muslim brothers & sisters in the war-thorn countries. Insya-Allah. Amiin.
Till here, see you in my next post! =)

Friday, 18 June 2010

Tunjukkan Saya Di Mana ALLAH?

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
"Orang selalu kata Allah itu di mana-mana sahaja kita berada. Allah itu Maha Kuasa, Allah itu ini dan itu dan macam-macam lagi. Orang suruh saya sembah Allah tapi cuba tunjuk bukti Allah itu wujud?? Saya takkan sembah Tuhan yg saya tak nampak!"
Astaghfirullahal 'azim. Bergelojak iman di dada tatkala ditanya 'soalan maut' itu!
Sahabat semua...soalan itu benar-benar menyedarkan saya bhw kita sebagai umat Islam mestilah sentiasa siap sedia dgn pelbagai ancaman anasir luar yang ingin menggugat iman dan akidah kita. Lengkapkanlah diri dengan ilmu pelbagai bidang agar pemikiran ini lebih terbuka dan fleksibel untuk menjawab soalan-soalan 'maut' spt di atas.
Islam mengajar kita untuk sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah agar bertambah keimanan di dada. Namun, cara yg betul mestilah diteliti agar tidak terpesong dari jalan kebenaran. Dalil naqli dan aqli perlu dikaji selalu supaya apabila 'diserang' sebegini kita mampu mematahkan 'serangan' t'sebut.
Kewujudan ALLAH telah dibuktikan melalui Surah Al-Ikhlas. Sesungguhnya Allah itu Esa. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan kepada Dialah semua makhluk bergantung harap dan bukan Dia yg b'gantung kpd makhluk. Buktinya??
  1. Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Sedangkan berhala Latta & Uzza mempunyai anak-anak berhala dan mereka pula 'dijadikan' (diukir/dicipta) oleh makhluk (manusia). Scr logiknya, Tuhan sepatutnya bersifat Esa (tunggal) dan Maha Berkuasa kerana Tuhan itu disembah kerana keagungan & kekuasaanNya maka tidak perlulah ada pewaris.

2. Allah tidak bergantung kpd makhlukNya malah Dialah pemberi rezeki kpd makhlukNya. Berbeza dgn berhala, mereka 'diberi makan' oleh manusia dgn hidangan buah-buahan BUKAN mereka yg memberi makan dan melindungi manusia. Bukankah Tuhan itu sepatutnya bersifat Maha Kaya & Maha Berdiri Sendiri?? Mengapa mesti manusia yg 'menjamu' mereka sedangkan berhala-berhala itu tidak mampu memberi apa-apa manfaat / mudarat kepada manusia?

Ini membuktikan dalil naqli dalam Al-Quran tersebut ternyata logik dek akal dan benar pula!

Melihat Allah itu memerlukan keimanan yg sangat tinggi kerana melihatnya perlu melalui mata iman bukannya mata kasar. Jika diberi analogi, kita tidak mampu melihat dan mengira bulu mata kita sendiri kecuali dengan bantuan cermin sedangkan bulu mata itu adalah benda yg paling hampir dengan mata kita. Boleh tak kita kata kita takde bulu mata kerana kita tak nampak pun bulu mata kita. Pastinya tidak, bukan?! MENGAPA?

Sebabnya ialah samalah seperti bila ingin melihat Allah. "Sesungguhnya Allah itu di mana-mana sahaja kamu berada." (Surah Al-Hadid) Tetapi kita tak mampu lihat Dia secara terus melainkan apabila hati kita dipenuhi dengan benih iman maka kita akan sentiasa merasakan kewujudan dan kehadiranNya walaupun tidak dapat dibuktikan dgn mata kasar. Hanya orang-orang yg beriman sahaja akan diberi nikmat melihat 'wajah Allah' di Hari Kiamat kelak.

Iman itu ibarat bantuan cermin bagi kita melihat bulu mata tadi tu...Sekarang, dah terjawab ke persoalan di minda ini sama ada Allah itu benar-benar wujud atau tidak? Masakan alam semesta ini tercipta sendiri melainkan ada sesuatu yg Maha Agung di sebalik penciptaannya. Maka marilah kita sama mentadabbur alam demi meraih cintaNya.

Kita akan semakin mengenali ALLAH apabila kita semakin mengenali asal usul penciptaan kita sendiri. INGAT!

"AWAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH."

Akhir kalam, sesungguhnya ilmu yg sedikit hanyalah setitis drpd lautan ilmu milik ILLAHI. Semoga kita menjadi hambaNya yg sentiasa bersyukur dan berusaha mengejar cinta agungNya. Amiin.

Wassalam.

video

Tuesday, 15 June 2010

Engkau Adalah Mujahid Islam!

video

Assalamualaikum wbt. Apa khabar saudaraku semua? Apa khabar iman di dada? Moga sejahtera semuanya. Alhamdulillah, hari ini tatkala kita m'hirup hembusan bayu, ISLAM masih menjadi pegangan kita. Tatkala dunia sedang mengutuk kekejaman Israel di Gaza, kita masih lagi bernyawa. Tatkala saudara seagama kita 'menikmati' bunyi letupan dan bom dlm keheningan pagi, kita rakyat Malaysia masih berpeluang menikmati bunyi kicauan burung..

MAKA NIKMAT TUHAN-MU YG MANA LAGI YG INGIN KAMU DUSTAKAN???

(Surah Ar-Rahman)

Bersyukurlah kpd Allah kerana walau seberat manapun ujian yg menimpa kita pada hari ini..INGATLAH, ujian bagi saudara kita di sana jauh lebih berat lagi!

Apakah usaha kita utk bantu mereka?? Apakah daya kita utk perjuangkan hak mereka??

Ayuh, sahabat! Ayuh saudaraku! Kita bangkit berjihad meski hanya dgn JIHAD MENUNTUT ILMU!!! Kerana suatu hari nanti dengan ilmulah kita dapat melahirkan generasi yg celik IT, kreatif m'cipta teknologi & yg paling penting ialah SEMANGAT JIHAD YG TINGGI!

Dengan ilmu kita dapat cipta teknologi, dengan teknologi, kita pasti kuasai ekonomi, dan dengan ekonomi kita pasti menguasai dunia..ketika itu Islam pasti bergemerlapan kembali.

Jangan kita sekadar pandang dan mengatakan simpati. Sedangkan di hati ini tanyalah "ADAKAH AKU BENAR-BENAR MENGASIHI SAUDARAKU SPTMANA AKU MENGASIHI DIRIKU SENDIRI???" Ingat! Sabda baginda SAW, "Tidak sempurna iman sso itu sehingga dia mengasihi saudaranya sptmana dia mengasihi dirinya sendiri." Mukmin itu hidup bersaudara.

Jika benar kasih ukhwah islamiyyah ini tertanam dalam hati. Maka, BUKTIKAN!!!

Tuntutlah ilmu dgn b'sungguh-sungguh hanya kerana Allah. Agar suatu hari nanti akan muncul permata-permata Islam yg hebatnya sama seperti Umar Al-Khattab Reformis Islam, Salahuddin Ayyubi Penakluk Jerusalem dan Sultan Muhammad Al-Fatih yg turut pernah melakar sejarah menjadi pembela umat Islam di Palestin. Pejuang-pejuang seperti inilah yg ingin kita lahirkan agar kesucian Masjid Al-Aqsa itu akan terus terpelihara dan hak saudara kita berjaya kita kembalikan!

Maka, bangkitlah saudaraku! Bangkitlah sahabatku! Bangkit kita bersama ISLAM!!!

Sesungguhnya, Allah akan membantu hambaNya yg bergerak dlm saf yg teratur. (Surah As-Saff)

Bangkit ISLAM, BANGKIT!!! ALLAHUAKBAR! Jihad ilmu, jihad fi sabilillah!

Salam mujahadah.

Tuesday, 16 February 2010

Bukit Itu Keindahan atau Malapetaka??

Assalamualaikum, saudara-saudari sekalian. Apa kbr semua? Harap semuanya baik2 alhamdulillah. Hari ini mungkin merupakan hari bahagia bg sesetengah drpd kita..atau juga hari yg menyedihkan bg sesetengah drpd kita. Mungkin bahagia itu datangnya krn dinaikkan pangkat, dianugerahkan cahaya mata atau juga rezeki yg tak disangka2.

Tapi sayang, adakalanya kita semua tak sedar kebahagiaan itu juga dtg bersama bebanan yg bakal dipikul. Jika dilihat dgn mata kasar, mungkin kita kan tersenyum bahagia. Tapi bila dilihat dgn mata hati..nescaya mata ini kan berat menahan air mata..kerana manusia sering alpa..kebahagiaan yg berlipat ganda itu juga seiring dgn tanggungjawab dan amanah yg bakal dipikul & yg plg penting bakal DISOAL di akhirat kelak.

Hari ini saya terpanggil utk berkongsi ilmu yg saya ada walaupun mungkin ada insan lain yg lebih alim ttg hal ni berbanding saya. Namun, satu ayat Quran sudah cukup m'insafkan saya. Dlm Surah Adz-Dza'ariyat, (maaf, sy t'lupa ayat berapa.Sekiranya sy silap betulkan saya), Allah telah m'jelaskan,"Berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu berguna bagi org2 yg b'iman."

Amanah dan tanggungjawab ini merupakan sesuatu yg WAJIB kita tunaikan. Sebagai org Islam, kita punya amanah terhadap diri sendiri & masyarakat. Amanah terhadap diri sendiri ialah dalam menunaikan perintah kewajipan terhadap Allah. Amanah terhadap msykt ialah m'bantu ssbuah msykt itu bangun dari kepompong kemunduran!

Bahkan jika dikecilkan skopnya, menuntut ilmu itu juga satu amanah kerana dgn ILMU itulah suatu hari nanti seseorang itu mampu membela nasib umatnya! Maka seharusnya kita sedar & insaf, sbg khalifah di atas muka bumi ini, kita adalah pemimpin ke atas diri sendiri sama ada ingin m'bawa diri ini ke lembah neraka ataupun ke taman-taman syurga yg mana di bwhnya mengalir sungai-sungai.

Ingatlah wahai saudaraku, aku berpesan kpd diriku & kamu semua, sbg pemimpin kita cuma ada 2 pilihan yg diberikan Allah. Yakni pemimpin itu sebelah kakinya berada di syurga dan sebelah lagi berada di NERAKA! Seandainya kita masih alpa dgn amanah ini..ingatkan diri ini,

"Wahai diriku, engkau hanya layak m'abaikan segala amanah yg diberi jika engkau mampu bertahan dgn api yg ada di dunia ini. Seandainya api yg plg kecil pun mampu melecurkan kulitmu, maka jgn kau bermimpi utk bersenang-lenang di atas muka bumi ini."

Wahai hati-hati manusia!!
Ingat! Amanah itu umpama bukit. Hanya ada 2 kemungkinan pada bukit itu. Iaitu sama ada ia akan menjadi pemandangan yg indah buatmu atau bencana yg bakal menghempapmu!

Oleh itu, marilah kita semua..satukan hati, kukuhkan iman, teguhkan tekad, kita TERUSKAN PERJUANGAN!!! Jadilah mujahidin yg berani menegakkan kebenaran! Dan hendaklah kita semua sabar dlm melaksanakan pekerjaan.

Salam ukhuwah & salam bermujahadah!

P.S:
Kpd pembaca yg dirahmati Allah, saya dgn rendah diri mohon doa dr kalian agar diberi kejayaan yg cemerlang dlm peperiksaan & juga kejohanan taekwon-do yg saya sertai tak lama lagi.

Terima kasih. Semoga ALLAH merahmati kalian.