Bismillah arRahman arRahiim...
Sengaja ingin beralih angin, rasa bosan asyik menggunakan widget yang sama. Dan sengaja untuk mengambil nafas baru setelah bertahun lamanya menggunakan Blogger.com, saya dengan rasminya telah bertukar link blog menggunakan Wordpress.com
Blog saya yang terbaru boleh dijenguk selalu melalui link http://tintatabib.wordpress.com
Dan Facebook Page: http://www.facebook.com/BlogTintaTabib
Walau bagaimanapun, saya tetap akan membiarkan blog yang lama ini tanpa deactivate dengan harapan ia akan memberi manfaat yang berterusan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. InsyaAllah.
Wallahua'lam. :)
-ADMIN-
~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."
For indeed, it is not eyes that are blinded, but blinded are the hearts which are within the breasts. [22:46]
Thursday, 12 April 2012
Monday, 20 February 2012
Di Sini Aku Bermula...
Bismillah arRahman arRahiim...
"Fuh!" Hati mengucap panjang...mujur Allah jaga, kalau tak lama dah terbujur kaku di situ sebelum sempat mengenal erti La ila haillallah yang sebenar-benarnya. Kereta sports yang meluncur laju tadi dengan gaya zig zag nya telah jauh meninggalkan aku sekeluarga terkebelakang.
Beberapa minit kemudian, kereta kami membelok ke kiri menghala ke satu lorong kecil yang di tepinya terpacak papan tanda "MARA JUNIOR SCIENCE COLLEGE OF BENTONG". Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju.
*******
Hari ini, aku berdiri di hadapan sebuah pintu gerbang yang sangat besar tertera "WELCOME TO ROYAL COLLEGE OF SURGEON IRELAND" Allah rasa bagai baru semalam aku mengenal apa erti hidupku sebagai muslim. Rasa macam baru semalam aku bersama dalam 'circle' itu dengan tarbiyah hebat daripada seorang murabbi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Fitri yang juga merupakan penasihat persatuan. Jasa yang sentiasa ku sanjung tinggi. Cikgu yang begitu banyak mendidik kami tanpa kenal erti putus asa. Dedikasi dan kredibilitinya yang tinggi begitu 'inspiring' buat seorang budak 'mentah' yang terasa jiwanya kosong tanpa tarbiyah.
Dalam circle itu, aku belajar apa itu BERJUANG. Aku belajar apa beza antara Islam dan islam. Aku belajar membezakan antara keutamaan dan keperluan. Matlamat dan alat. Berkorban dan terkorban untuk Islam. Cinta dan cita-cita. Aku dididik untuk sentiasa bersedia kerana seorang dai'e itu harus sentiasa bersedia untuk berkorban apa sahaja demi agama tercinta. Aku dididik untuk bekerja dengan terancang dan tersusun. Dididik untuk menjadi seorang dai'e dan kakak yang 'caring' kepada adik-adiknya. Belajar untuk sentiasa menjaga ukhwah walau hati sering terluka kerananya. Belajar untuk sabar dalam menggapai impian. Belajar untuk sampaikan dakwah dengan kasih sayang. Belajar untuk tegas dalam membuat keputusan.
Aku dididik untuk sentiasa menjaga hati agar titik hitam tak menjadi hijab dalam aku menyebarkan keindahan Islam. Paling penting, aku dididik untuk sentiasa bersedia dididik menjadi DAI'E YANG TERDIDIK dengan fikrah Islamiyyah seperti Imam Hassan alBanna.
![]() |
| Imam Hassan alBanna - Pengasas Ikhwanul Muslimin |
Allahu, itulah anugerahMu yang terindah dalam hidupku. Bertemu dengan yang 'hilang'. Rasa jiwa terisi.
Saat ini, aku begitu merindui tarbiyah itu. Walau ia pahit, menyakitkan. Sabar itu kunci utamanya. Tetapi kini tarbiyah itulah yang sentiasa aku dambakan. Aku rindu untuk mengutip butir-butir mutiara yang keluar dari bibir insan mulia bernama guru, murabbi, pendidik ummah ini.
Aku kan terus melangkah bersama saudara se-islam, sahabat sefikrah. Mendaki puncak destinasi bernama "Redha Illahi". Islam ini pasti kan gemilang kembali! Ayuh, sahabat! Teruskan berjuang walau di manapun kalian berada. Allah bersama kita. ALLAHU AKBAR!!!
Rehat seorang muslim hanya di syurgaNya nanti...
P.S:-
Entry ini adalah inspirasi yang saya dapat selepas menghadiri modul "Ini Sejarah Kita" yang menceritakan tentang jatuh bangun khilafah Islamiyyah. Penulisan ini adalah adunan pengalaman saya dan impian yang sedang usaha direalisasikan. Moga ia menyuntik semangat sahabat sefikrah untuk teruskan 'berjalan di jalan yang penuh duri ini dan tanpa karpet merah' walau 'kaki berdarah'. InsyaAllah. :)
~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."
Thursday, 16 February 2012
Apa Khabar Tiang Agama? Dah Kukuh?
Bismillah arRahman arRahiim...
Adakalanya kita terlalu sibuk membicarakan tentang hal itu dan ini, budak-budak sekarang kata "bajet bagus". Dan ada masa pula kita salah faham dengan maksud tugas seorang dai'e lalu terus-menerus menyepikan diri atas alasan aku tak layak menjalankan tugas dai'e ini kerana aku banyak dosa. Patut ke kita fikir begitu sedangkan kalau nak tunggu sampai diri itu sempurna macam Nabi atau para sahabat, itu umpama tunggu kucing bertanduk! Ingat, syaitan sentiasa menggunakan kelicikan tipu helahnya agar kita tinggalkan tugas dai'e menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Suka sekali saya nak 'quote' kata seorang teman di facebook, katanya berbunyi lebih kurang begini, "Pakai kopiah belum tentu baik akhlaknya, pandai bercakap belum tentu 'alim orangnya. Apa khabar tiang agama? Dah kukuh belum?"
Hmm...Ramai orang malah saya juga, adakalanya suka ambil mudah soal solat 5 waktu. Katanya, "Benda tu aku dah belajar dari darjah 1 lagi." Tapi cubalah fikir dan tanya iman, umur sekarang dah berapa? Adakah patut seseorang yang dah berumur 20 tahun tetapi solatnya masih seperti budak berumur 7 tahun? Solat lewat, wuduk tak sempurna, dan paling kerap dosa yang umat zaman ini lakukan ialah MELALAIKAN SOLAT SUBUH!
BANGUNLAH WAHAI SYABAB! Sampai bila kita mahu terus di zon selesa? Merasakan amal tu sudah sempurna asal terlaksana sahaja? Aku juga menyeru diri aku dan keluargaku, dan sahabat-sahabat yang aku kasihi, peliharalah solat pada awal waktu. Sempurnakanlah wuduk. Khusyukkanlah hati umpama ini adalah solat terakhirmu sebelum bertemu Illahi. Sungguh, aku tak tahu bila ajalku akan menjemput aku!
Yakinlah, andai kita selesaikan urusan kita dengan Allah, Allah pasti akan bantu kita selesaikan urusan dengan manusia. Yakinlah kerana yakin = iman. Audit diri setiap hari, jika ada urusan kita yang begitu banyak halangannya, begitu sukar dilaksanakan, sering tertangguh dan sering mendapat hasil yang mengecewakan, auditlah diri sendiri. Tentu ada dosa yang kita buat pada Illahi. Melewat-lewatkan solat adalah melewat-lewatkan kejayaan yang Allah ingin hadiahkan kepada kita. Mungkinkah selama ini, solatku masih belum sempurna dan tidak diterima Illahi???
"Allahu rabbi...Allahu. Kami mohon keampunanMu yang sangat luas dan rahmatMu yang tak terkira banyaknya. Sesungguhnya tiada daya mahupun kekuatan melainkan kekuatan daripadaMu. Kurniakanlah kami iman yang sebenar-benarnya, dan janganlah kau biarkan kami tentukan nasib kami sendiri walau dengan kadar sekelipan mata. Ya Allah, Ya Ghafur arRahiim."
Kepada sahabat maya yang sedang membaca post ini, ber-blog, ber-facebook bagai, dah solat ke belum??
Sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.
Kepada sahabat maya yang sedang membaca post ini, ber-blog, ber-facebook bagai, dah solat ke belum??
Sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.
~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."
Tuesday, 24 January 2012
Pautlah Dahan Yang Kukuh, Kau Takkan Jatuh
Segala puji-pujian bagi Allah sekalian alam...
Jam 01:23 am,
Tit..tit..You've got 1 message. [From: Sahabat]
"Assalam. sy lupa nak bgthu. sy ada simpan lagi semua surat2 awk dulu. bila baca balik semua tadi rasa semangat ja. mulai saat ni sy nak jadi lebih baik utk Allah. byk kata2 awk dlm surat tu yg bagi motivasi. mnusia lalai lupa jika x diingatkan. rasa macam best ja kita main tulis surat..hehe..kenangan manis. all da best. berpegang dan berserah diri kpd Allah ibarat berpaut pada dahan yg kukuh. ini kata2 awk dlm salah satu surat."
Allah, rindunya pada sahabatku yang seorang ni. Mesej yang dihantar pagi-pagi buta ini membuka kembali lembaran lamaku, kenangan manis ukhwah fillah bersamanya. Allah, aku rindu padanya...Kebetulan mesej yang dihantar sangat sesuai pada waktunya.
Semalam aku bersama seorang sahabat melawat tempat program di Seri Menanti. Punyalah bersesak-sesak di dalam bas. Bermandi peluh menapak ke Istana Lama Seri Menanti pula akibat tersesat beberapa kilometer. Pengalaman yang tak mungkin aku lupa. Suka, duka, kelakar, geram dan marah pun ada. Macam-macam yang aku rasa. Tarbiyah Allah mungkin. Aku sabarkan hati dengan mengingatkan diri, kalau bukan kerana pemandu teksi itu seorang Muslim, pasti sudah aku 'hamuk' dia dan minta balik duit aku dan sahabatku yang telah 'di-pau' sewenang-wenangnya. Tatkala api kemarahan itu mula menyala, aku teringat kata seorang professor dalam satu seminar yang kami hadiri bersama; katanya, "Kalau kita nampak pencuci tandas atau cleaner, jangan kita kedekut nak bantu dia walau hanya dengan membayar servis lebih sedikit seringgit, dua. Mungkin dia lebih memerlukan." Kata cikgu pula, "Tolong orang, Allah tolong kita."
Saat itu, marah pun tiada gunanya kerana itu sahaja satu-satunya teksi yang dapat kami tahan di tengah jalan yang berhutan itu. Aku fikir mungkin dia dalam kesusahan, sebab itu dia mengambil caj 'aniaya' terlampau itu. Pesan ayah, "Jangan gaduh dengan orang kurang akal nanti kau pun sama jadi kurang berakal." Ahh..biarlah...ada urusan yang lebih penting untuk difikirkan.
Kami berdua akhirnya, hanya menggantungkan pengharapan kami kepada Allah. Semoga urusan kami dengan pihak kampungstay itu berjalan lancar dan program ini berjaya mencapai objektifnya. InsyaAllah.
Ketika ingin pulang, tiba-tiba Puan Sarimah (pemilik kampungstay) yang baik hati menawarkan untuk menghantar kami sehingga ke kampus. Aduhai, ikutkan hati memang segan. Tapi badan pun dah lembik semacam, perut dah berkeroncong. Kami pun terima tawaran itu dengan penuh rasa terima kasih. Sesampainya di kampus, kami menghulurkan 2 keping not RM 10 kepada anak kecil pakcik (suami Pn. Sarimah) yang menghantar kami itu. Menyedari hal demikian, pakcik itu beria-ria menolak pemberian itu. Rasa bersalah pula, kerana kami tidak berniat pun untuk dilayan seperti VIP hari ini. Dihantar tanpa bayaran. Sudahlah tu, siap bekalkan kami dengan buah-buahan segar yang baru dipetik dari dusun. MasyaAllah.
Malunya ya Allah...Sedikitnya aku memberi, sedikitnya aku bersyukur. Tetapi acap kali nikmat Allah itu bagai hujan yang turun. Tak terhitung. Sujud syukur pada Illahi. Mungkin inilah yang ingin Dia didik kami...tentang erti keindahan tawakal kepadaNya.
Jangan sesekali bergantung harap pada manusia yang juga makhluk Allah yang lemah. Tapi bergantunglah hanya kepada Allah kerana "Berpegang dan berserah diri kepada Allah ibarat berpaut pada dahan yang kukuh." Kau pasti takkan jatuh. Allahu akbar. Allah Maha Besar.
Tarbiyah Allah buat aku dan sahabat tercinta. Tarbiyah - tanda kasih sayangNya. :')
Alhamdulillahi rabbal 'alamin.
Semoga misi perjuangan baginda SAW ini dapat kami teruskan dengan jayanya. Melahirkan mujahid Islam yang terbilang! Amiin.
~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."
Friday, 20 January 2012
Ajaib Macam Lampu Aladdin
Bismillah arRahman arRahiim...
Alhamdulillah, nadi masih berdenyut, jantung masih berdetak, lidah masih lembut untuk menutur kalimah "La ila haillallah". Fuh, memang minggu ini minggu yang mencabar iman dan akal. Kalau bukan Allah yang beri kekuatan, tentu insan lemah macam kita ni dah tertumbang kat tengah jalan. Bersyukurlah, Allah masih izinkan kita menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah SAW.
Menguruskan banyak perkara dalam satu masa memang benar-benar memerlukan KESABARAN yang tinggi dan KECEKALAN jiwa. Mungkin kita bukan orang yang 'SUPER-skilled' atau 'multi-skilled' tetapi itu bukanlah alasan untuk menidakkan amanah yang diberi. Teringat pula nasihat seorang akhwat dalam halaqah semalam, "Amanah itu jangan dicari, tapi kalau orang beri hendaklah disimpan (dijaga) sebaik-baiknya." Ouch! menusuk betul rasanya. Alhamdulillah, masih ada sahabat yang saling mengingatkan diri yang mudah lupa ini. Maklumlah nama pun 'insan' kan?
Alhamdulillah, tiba-tiba je hari ni dapat berita yang super ajaib macam lampu aladdin ajaibnya. Huhu... Allah lembutkan hati pihak kedua itu untuk setuju dengan bajet kami yang tersedia. Nak buat program, tapi kalau bajet tak cukup pun payah juga. Pening kepala fikir nak buat lagu manaa... Ahh, sudah...menangis lagi lah aku malam-malam buta mencari idea dan bermunajat kepadaNya.
Allahu akbar, tak tau lah macam mana terkejutnya bila dapat tahu berita gembira ni pagi tadi. Mula-mula rasa macam impossible je. Tapi..."No, no, no.. Nothing is impossible!" Kan Allah ada?!
Cuba tengok dan renungkan ayat Surah Ali-Imran : 160. InsyaAllah, kita akan terkesan dengan kata-kata inspirasi si Dia yang Maha Hebat itu! Allah, all I need is just YOU. :')
![]() |
| "If Allah should aid you, no one can overcome you; but if He should forsake you, who is there that can aid you after Him? And upon Allah let the believers rely." |
Tersentuh dengan tulisan dalam laman web Imam Suhaib [click here], katanya, "It’s never easy to stand when the storm hits. And that’s exactly the point. By sending the wind, He brings us to our knees: the perfect position to pray." Ya Allah, I can't live if living is without you. I love you, Allah. Do you, readers?
Thank you, Allah.
Thank you, ya akhwat habibaty. Uhibbukana fillah. ^_^
~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."
Thursday, 12 January 2012
To Heal, You Must Believe.
Bismillah arRahman arRahiim.
Alhamdulillah, masih mampu tersenyum walau otak dah separa 'concentrated' dengan istilah-istilah pelik dan formula yang menegangkan segala neuron di kepala. Senyum aje lahh... Tak perlu kata apa-apa. Hadis Rasulullah yang begitu mengubat hati dijadikan 'healer' yang setia. "Barangsiapa yang memudahkan satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya satu jalan ke syurga." SENYUM lah hati... Kau sebenarnya sedang berlari menuju ke satu destinasi yang tak tergambar indahnya! ^_^
Bila badan mula terasa letih, jari pun apa lagi menekan kekunci telefon bimbit. Tuut..tuut...menanti si dia menyambut panggilanku. Ahh..ibu..Tabib hatiku. Mulalah 'banjir' kat tepi gagang tu, tetapi bercakap dengan insan setabah ibu, sehebat ayah, pasti akan menggegarkan semula semangat pemudaku! Ayuh, syabab! Kita gegarkan dunia!
![]() |
| Kadang-kadang Allah hilangkan mentari, lalu turunkan hujan petir dan kilat. Puas kita mencari ke mana hilangnya mentari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah! Subhanallah ! |
Haih..cita-cita menggunung nak jadi macam alFateh, perlulah kuat semangat macam dia juga. Haih..cita-cita mulia nak sehebat Imam Syafie', perlulah segigih macam dia. Haih..cita-cita tinggi nak jadi pakar macam Ibn Sina dan arRazi, apalagi, perlulah sanggup berkorban jiwa dan raga macam mereka! Haih...apalah yang aku duduk diam kat sini..Perlu bangun dan teruskan usaha!!!
19 tahun sahaja lagi masa yang tinggal untuk realisasikan cita-cita 'itu'. Kalau bukan kerana gambaran yang hebat dalam minda ni, nak tubuhkan Ibn Sina Islamic Foundation. Nak lahirkan ramai saintis hebat yang juga faqih agama..tentunya tak sekuat ini.
Mata dah makin kuyu..Tapi seruan jihad itu sedang memanggil-manggil aku. Dan KAU juga!
Bangkitlah, dan teruskan berlari menggapai cita-cita!!! ALLAHU AKBAR!
To heal, you must believe. "Hasbunallah wa ni'mal wakil." Cukuplah Allah bagi kita sebagai penolong. :) SENYUM, tak perlu kata apa-apa.
Sama-sama kita doakan kejayaan kita dunia akhirat.
~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."
Saturday, 7 January 2012
Bila Allah Tolong Kita...
Bismillah arRahman arRahiim...
Apa khabar ikhwah dan akhwat? Apa khabar iman di dada? Semoga setiap hela nafas dan kerlipan mata digunakan sebaiknya untuk mendapatkan redha Allah. Kalau tak, kembalilah muhasabah diri. Maut semakin menghampiri setiap saat.
Alhamdulillah, ana masih mampu bernafas sebagai hamba Allah yang mengucap syahadah. Nikmat paling besar yang kita ada. Akhir-akhir ini memang diri agak sibuk dengan pelbagai tugasan akademik dan persatuan. Kadang-kadang tu memang terasa macam tak cukup nafas dibuatnya, asyik berkejar ke sana ke mari. Lepas siap satu tugasan, perlu siapkan yang satu lagi. Tak mungkin ana dapat lalui semua ini melainkan daripada kekuatan yang Allah berikan. Alhamdulillah.
Walaupun pada mulanya, terasa berat dan mencabar, tetapi dengan pertolongan Allah semuanya terasa indah. Pengurusan masa itu adalah perkara pokoknya. Kalau tak pandai urus masa, alamatnya ketinggalanlah dalam pelajaran dan persatuan pula akan bergerak 'lembab'. Hmm..tapi nak kata diri ni pandai urus masa..haha..takdelah sangat. Cuma daripada tarbiah Allah kepada ana selama ini, ana banyak mempelajari hakikat solat yang sebenarnya. Mulakanlah dengan memperbaiki solat, insyaAllah yang lain akan turut berubah. Kena faham apa itu solat yang sebenarnya..hakikat dan penghayatan. Pada solat itu, terdapat banyak hikmah yang tersirat.
Paling ketara ialah tentang KETEPATAN MASA dan SISTEMATIK. Bukankah solat itu diwajibkan ke atas orang yang beriman pada waktu-waktu yang telah ditetapkan? Dan solat itu juga perlu dilakukan dengan tertib, barulah sah solatnya. Jadi di sini, bila dipraktikkan memang banyak membantu ana menguruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi. Bukanlah ana ini seorang faqih agama, tapi sekadar berkongsi cerita untuk dijadikan ibrah.
Alhamdulillah, walaupun diuji dengan sesuatu yang tak dapat diceritakan kepada umum, entah bagaimana hati ini tetap berasa tenang. Apa yang membuatkan ana berasa begitu adalah kerana ana rasa dah banyak sangat Allah bagi kat kita ni anugerahNya. Jadi, apalah sangat kalau dia tarik satu sahaja daripada 99 anugerahNya? Tentu tak terasa kurang, kerana walau ditarik satu tapi digantiNya dengan seribu ganda kebaikan. Sebab tu, ana tenang aje, walaupun hakikatnya logik akal, apa yang ana lalui ini tentu akan merisaukan ramai orang. Sebab tu tak diceritakan kepada umum, sebab nak buat apa cerita kalau tak dapat nak diselesaikan pun? Serahkan saje kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai penolong kita.
Tetapi yang pasti, bila Allah tolong kita, takkan ada sesiapa yang akan dapat mengalahkan kita! Yakinlah pada Allah walau apapun yang terjadi. Teruskan berusaha, cari penyelesaian, dan tawakal kepada Allah. Bila Allah bagi ketenangan hati, itulah kekayaan yang sebenarnya. Tipu kalau kata ana tak takut langsung dengan ujian Allah yang satu ni. Tapi bila fikir tentang 1001 nikmat Allah yang lain yang masih ana kecapi sampai saat ini, rasanya kalau ana hilang yang satu ini pun, ana masih mampu tersenyum dengan gigi 'Colgate' nya..hehe.. :)
Semoga Allah mudahkan semua urusan kita. Senyumlah, kan Allah ada?! ^_^
~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."
Sunday, 1 January 2012
Twins of Faith : I'm Muslim and I'm Proud !
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.
"Baaang!! Woosshhh!!!"
Darah berpercikan. Jelas kelihatan usus yang bersepai keluar. Tiba-tiba suasana menjadi kucar-kacir dibanjiri darah mujahidin dan mereka yang tidak berdosa. Wanita diperkosa dan dibunuh tanpa belas ihsan. Awan biru bertukar kelabu, dipenuhi asap berkepul-kepul. Serangan hendap daripada pihak musuh terlaknat!
Di suatu pelusuk yang lain...
Muzik dimainkan tanpa henti. Lirik yang penuh seksual itu ibarat 'zikir' bagi anak-anak hedonisme itu. Sang lelaki dengan rokok di jari, ber-shisha, kononnya tanda 'macho'. Si perempuan pula dengan baju tak cukup kainnya, t-shirt sendat, jeans ber-legging dan tudung pendeknya, konon ayu lah sangat! Masing-masing terkinja-kinja mengikut rentak muzik anak iblis itu. Berpuluh-puluh kondom bersepah di jalanan. Manusia sudah bertukar menjadi binatang atau lebih sesat lagi! Istilah zina diganti dengan 'TER-lanjur' sedangkan yang melakukannya itu semuanya atas sedar dan punya akal bukan ter-ter lagi. Ter- hanya untuk ketidak sengajaan.
Engkau, di mana wahai Muslim dan Muslimah???
Aku di sini dengan bangga menyatakan I'm Muslim and I'm Proud!
![]() |
| I'm proud to be a Muslim. Do you? |
Kita hanya mulia dengan Islam. Tanpa Islam sebagai cara hidup kita, maka kita tak ubah seperti binatang malah lebih sesat lagi! Saudaraku fillah, aku dan kau umpama bulan yang memantulkan cahaya Islam. Tanpa cahaya itu, bulan tak berseri lagi.
Aku tak kata, "SALAH!" untuk meraikan tahun baru masihi ini, tetapi raikanlah dengan cara Islamik. Bukankah kau dan aku mengaku yang kita ni Islam? Atau Islam nya engkau hanya pada IC?
"YA, aku tahu tentunya menjadikan Islam sebagai cara hidup pada zaman globalisasi ini sangat sukar dan dipandang asing. Tetapi ingatlah Rasulullah SAW pernah bersabda, "Islam itu datang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing. Maka berbahagialah bagi mereka yang dianggap asing (kerana Islam)." (Hadith Muslim. no 145)
Sempena tahun 2012 ini, didoakan semoga kita dilimpahi rahmat dan keampunan Allah. Jangan jadi manusia aneh yang semangatnya hanya berkobar-kobar pada setiap 1 Januari tetapi mati separuh jalan. Ingatlah, setiap hari adalah lembaran baru buat seorang Muslim untuk sentiasa menyebut-nyebut nama Kekasih Agungnya tanpa jemu. Tanda syukur tak terhingga.
Auditlah diri tu...
Udara yang aku sedut hari ni udara siapa?
Mata yang mampu melihat ini milik siapa?
Jantung yang berdegup ini atas kuasa siapa?
Hidangan yang aku suap ke mulut ini, rezeki daripada siapa?
Bumi yang aku pijak ini, BUMI SIAPA???
Kalau bukan Allah, siapa lagi? Jadi kenapa masih diri menderhaka kepada Dia yang sentiasa memberi tanpa henti? Tak malu ke???
Janji dengan kawan sentiasa ditepati...bila janji dengan pasangan tak pernah tak dipenuhi, TETAPI janji dengan ALLAHU RABBI, kenapa kau masih abaikannya sampai saat ini??? Kenapa??? Bila mahu kau kotakan? Atau kau dah terlupa yang kau pernah berjanji dengan Dia?
"Bukankah lembu dipegang pada talinya dan manusia dipegang pada janjinya? Adakah kau lembu?" Maaf, kalau terasa. Peringatan untuk ana juga.
Dalam syarahan di Festival Twins of Faith tempoh hari, antara perkara yang amat dititikberatkan ialah hal menjadikan Islam sebagai cara hidup. Dan antara perkara yang perlu dipelihara sentiasa sebagai Muslim ialah ikatan ukhwah. Ukhwah fillah ini sangat utama untuk dijaga. Dan tiadalah cara lain untuk menjaga ukhwah melainkan dengan sentiasa berlapang dada memaafkan serta menjaga maruah sebagai Muslim itu sendiri.
*******************************************************************************
Sheikh Navaid Aziz ketika Twins of Faith, ada menceritakan tentang suatu kisah yang menyentuh hati. Diceritakan suatu hari ketika zaman khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW., ada terjadi suatu kes pembunuhan dilakukan oleh seorang budak lelaki. Budak itu dibawa ke muka pengadilan. Khalifah yang memerintah ketika itu sangat adil. Lalu setelah menjalankan soal siasat, budak itu disabitkan hukuman qisas. Ketika hukuman ingin dijalankan, budak lelaki itu merayu supaya diizinkan pulang sekejap beberapa hari bagi melangsaikan hutang-hutangnya terdahulu.
Memandangkan rumah budak lelaki itu jauh dan dikhuatiri budak lelaki itu melarikan diri, jadi khalifah pun memerintahkan supaya dicarikan penjamin. Ketika itu orang ramai sedang mengerumuni budak itu, namun tidak ada sesiapa pun yang sanggup untuk menjamin budak itu. Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan orang ramai, muncul seorang lelaki yang merelakan dirinya untuk menjadi penjamin budak itu. Dia sedar risikonya. Andai budak lelaki itu melarikan diri, dialah yang bakal dipertanggung jawabkan atas hukuman itu. Tetapi lelaki itu dengan beraninya tampil ke hadapan sebagai penjamin. Dia adalah Abu Dzar r.a.
Setelah beberapa hari seperti yang dijanjikan, orang ramai pun berkumpul semula untuk melaksanakan hukuman qisas. Namun budak lelaki itu masih belum muncul-muncul. Orang ramai mula gelisah, adakah Abu Dzar bakal menjadi pengganti tempatnya? Ketika semua orang sedang tertanya-tanya, tiba-tiba muncul budak lelaki itu dalam keadaan yang letih seolah-olah daripada perjalanan jauh. Orang ramai pun lega apabila melihatnya tiba.
Khalifah yang berada di situ terus ingin menjalankan tugasnya. Namun, dia berasa pelik dengan tindakan budak itu lalu bertanya, "Wahai budak, kenapa kau tidak melepaskan diri kau sahaja sedangkan sudah diketahui bahawa kami tidak menghantar orang untuk mengekorimu? Kalau engkau melarikan diri, pasti engkau terselamat daripada hukuman ini dan tiada siapa yang dapat menemuimu."
Budak itu pun menjawab, "Benar, tetapi aku malu sekiranya nanti dalam sejarah Islam, ada tersebut orang Muslim itu memungkiri janji kerana kepentingan dirinya dan tidak menjaga harga dirinya sebagai Muslim." Ternyata tindakannya kembali untuk dihukum adalah atas dasar ingin menjaga maruah Islam.
Khalifah tak menyangka dengan jawapan yang diberikan. Setelah itu, khalifah ingin meneruskan hukuman qisas seperti yang ditetapkan. Tetapi tiba-tiba keluarga si mati menarik balik tuntutan mereka lalu berkata, "Wahai khalifah, kami memaafkan budak itu." sambil menunjuk kepada si pesalah.
Khalifah terkejut lalu bertanya, "Apakah yang menyebabkan kamu berkata sedemikian sedangkan dia telah membunuh saudaramu?"
Mereka menjawab, "Sebagai Muslim, kami malu sekiranya dalam sejarah nanti terdapat seorang Muslim yang tidak mahu memaafkan kesalahan saudaranya sesama Muslim."
Kemudian khalifah bertanya pula kepada si penjamin, "Wahai Abu Dzar, kamu pula kenapa menyanggupkan dirimu sebagai penjamin sedangkan kamu tahu akibatnya jika budak itu tidak kembali?"
Abu Dzar menjawab, "Sebagai Muslim, aku malu sekiranya nanti sejarah Islam mencatat dahulunya ada seorang Muslim yang sedang kesulitan dan meminta bantuan namun tidak ada seorang pun yang bersedia untuk meringankan bebannya."
**********************************************************************************
Kisah tersebut amat terkesan di hati saya kerana ia menonjolkan nilai-nilai yang sepatutnya ada dalam diri seorang Muslim yakni berbangga menjadi Muslim dan sanggup berkorban demi mempertahankan maruah sebagai Muslim.
Pesan seorang akhwat yang amat saya kasihi, "Kalau kita tak mampu nak jadi matahari yang menjadi sumber tenaga seluruh alam, jadilah bulan yang memantulkan cahaya Islam."
Semoga kisah yang dibawakan kali ini menjadi teladan yang berjaya dicontohi. Berbanggalah menjadi seorang Muslim! Kita hebat selagi Islam adalah cara hidup kita! InsyaAllah.
Sanah Jadidah! Selamat Tahun Baru! Jom kita perbaharui iman? ^_^
www.saifulislam.com
~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."
Tuesday, 27 December 2011
Kerana Dia Ibuku
Bismillah arRahman arRahiim...
Saje je nak berehat sekejap selepas buat assignment. Seronoknya bila belajar benda yang kita cinta, walau mencabar, hati tak pernah merungut. Kerana cinta pada ilmu itu. Ilmu Allah sebenarnya, kan?! :)
Tiba-tiba sedang otak ligat berfikir, dan hormon choline sedang sibuk bekerja dengan setia bersama neuron - neuron nya, Mama pun tanya, "Ok ke? Kot lah ada apa - apa yang jadi..." Hmm.. aku cuma senyum dan kata "Takde apa-apalah. Ok je." Dalam hati menggumam sendiri, "Obvious sangat ke lainnya aku ni? Mama ni macam tau-tau je. Tak boleh nak sorok betul lah." Haih...
Kalau kawan pun boleh nampak, ibu yang mengandungkan kau 7 bulan takkan tak perasan yang kau tu ada something tersimpan kat 'dalam tu' kan?! Haih..kerana dia ibuku..tentu dia lebih tahu tentang aku. Hmm..tapi takkan semua benda kita nak cerita. Kadang-kadang lebih baik simpan seorang. Online dengan Allah. Jauh lebih menenangkan hati. Agaknya sebab kejutan nerve impulse yang aku terima sejak akhir-akhir ni membuatkan muka sedikit berkerut. Hoho.. teringat pula kata-kata seorang panel dalam Twins of Faith hari tu. Lebih kurang macam ni lah bunyinya, "I wonder why Muslims frown a lot. I hope after this, when we meet each other we'll greet with SALAAM and SMILE."
********************************************************************************
Hmm..kan itu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ? Dalam satu riwayat ada disebutkan (boleh rujuk Kitab Hadis 40 dan Syarahnya) , Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat, "Mahukah kamu aku tunjukkan satu perkara yang jika kamu lakukannya kamu akan dapat menumbuhkan perasaan kasih sayang antara kamu?" Lalu sahabat pun berkata, "Apakah ia, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Sebarkanlah salam." ^_^
Dalam Twins of Faith, kami dididik dengan menjawab salam dengan bersemangat. Nasihat Sheikh Hussein Yee, "Jika orang memberi salam 'Assalamualaikum', jawablah 'Wa'alaikumussalam warahmatullah'. Jika dia berkata, 'Assalamualaikum warahmatullah', jawablah dengan lebih baik iaitu 'Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh'. Dan jika dia memberi salam 'Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh', jawablah dengan salam yang sama baiknya tetapi lebih kuat dan semangat daripada pemberi salam tadi.
Semoga dengan amalan sunnah yang kecil ini, dapat kita sebarkan kasih sayang sesama umat Islam. Sabda Nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Imam Bukhari & Muslim)
Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat yang banyak kepada sahabat pembaca yang ana kasihi kerana Allah. Wallahu 'alam. :)
P/S: Tentang post yang dijanjikan mengenai pengisian Twins of Faith itu, masih dalam proses. Mohon maaf ya, sebab perlukan sedikit masa untuk menghuraikannya dengan gaya tersendiri. Isinya terlalu banyak dan semuanya hebat-hebat belaka. :) InsyaAllah.
~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."
Monday, 26 December 2011
Twins of Faith : The Building Blocks
Bismillah arRahman arRahiim...
"Are you building a nation builder or a nation breaker???"
![]() |
| AsSaff 61 : 4 |
Indeed, Allah loves those who fight in His cause in a row as though they are a [single] structure joined firmly.
Ummah ini hanya akan berjaya dengan pertolongan Allah. Tetapi adakah Allah akan membantu umat yang lebih suka berpecah-belah? Pertolongan Allah hanya akan tiba apabila umat Islam ini bersatu umpama satu struktur yang kukuh. Satu binaan yang kukuh itu bermula dari seketul batu-bata yang ampuh. Dan ketahuilah batu-bata itu adalah diri kita, ya akhi wa ukht!
Pembinaan ummah bermula daripada pembinaan sebuah baitul muslim yang hebat! Jadi, kepada akhwat di luar sana carilah suami yang punya kriteria-kriteria yang akan kita kongsi bersama selepas ini. Dan kepada ikhwah bakal pemimpin Islam, carilah isteri yang layak dijadikan srikandi. Punya ciri-ciri seperti mana ciri seorang srikandi. ^_^
CRITERIA TO LOOK FOR IN A HUSBAND :-
1. Strong
Strong is not necessarily physical strength. The most important is strong of faith. Without the strength how can he become a leader of our family? How can a man who is hardly being responsible in his 5 times daily prayer, become a responsible leader of our family? If he is not fear of Allah, surely, he'll also never "fear" of you. Huhu...
Besides that, he should also a strong man in terms of intellect and financial. So that, as his wife, we will be more secured.
2. Trustworthy
Err..you understand it well. Should I describe it even more? :)
3. Background
How is his family background? Are they practising the true teachings of Islam? And one thing that we should take note is "Can I get along with my mother-in-law very well?" This question is very important to be answered because you will need his mother to win his heart and live happily as one big family. ^_^
4. Akhlaq (Attitude)
Akhlaq is much different if being compared to ethics. Akhlaq is a spontaneous behaviour that one will react when something occur. It is not related to what people think of you. Yet, it is about what Allah think who you are. So, test him to know his real attitude. (Hehe..) Knowing who are his close friends will help you a lot.
MATHEMATICS OF LOOKING FOR A GOOD WIFE:-
1. Beauty (Value = 0)
Beauty is quite important to attract men because man is physically attracted. A man will love a woman who he is attracted to. While a woman will be attracted to a man he loves. Men is physically attracted while women is emotionally attracted. But remember the value is 0.
2. Wealth (Value = 0)
Wealth is a bonus if you can find one. :)
3. Background (Value = 0)
A good background will help you adapt easily to her family. So, it is encouraged to find the one who has a good background, similar culture and same social status. Or else you might find it hard in the middle of marriage. But remember, the value is still 0.
4. Deen - Religion (Value = 1)
One who is religious should not be necessarily the one who is a student of Syari'ah or the one who learns Usuluddin. Because we have to realize that the one who takes religious subject as a core in her studies may not be as religious as we expected. So, to know who is the real her, you may ask her colleagues, close friends and her teachers. Or perhaps you may stalk her secretly on social websites which she is active. Remember, a good deen is number one!
So, now let's do the mathematics! :-p
If she has the deen and beauty, her value is...
1 + 0 = 10
If she has the deen, beauty and wealth,
1 + 0 + 0 = 100
If she has the deen, beauty, wealth and good background,
1 + 0 + 0 + 0 = 1000
But, if she has only beauty, wealth and good background. She's not practising the Islam as deen (way of life). Then, her value will be only,
0 + 0 + 0 = 000
NO VALUE at all! So, don't marry her, or else you will regret!
THREE Criteria You Should Find In A Friend :-
Because Rasulullah had advised us to find a good friend. One will be just like his / her best friends. If your best friend is the one who practises Islam as a way of life, then you will most probably to be like him / her and vice versa.
So,
1. If you see them, you will remember Allah.
2. They guide you to live life based on AlQur'an and Sunnah.
3. When they speak, they will strengthen your belief.
Always ask yourself,
"Are you building a nation builder or a nation breaker???"
My dear brothers and sisters, we should take this matter seriously because we are the building blocks and Allah will not help us until we are united as ONE strong structure under ONE FAITH.
Till here.
Jazakumullah khairan kathira. ^_^
Twins of Faith : I'm Muslim and I'm Proud (by Sheikh Navaid Aziz)
~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."
Twins of Faith : You Are The Best of Nations!
Bismillah arRahman arRahiim...
Sekali lagi jiwa ini meronta-ronta minta dihidangkan dengan makanan rohani. Memang hati bila tak diisi, emosi pun jadi tak stabil macam penulis blog ni. Huhu.. teringat pula lagu Maher Zain - InsyaAllah.
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way"
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way"
Alhamdulillah, 24 dan 25 Disember 2011, atas izin Allah, ana berjaya menjejakkan kaki ke Festival Islam terbesar dan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Twins of Faith - International Conference & Islamic Family Festival di Putrajaya International Convention Centre. With my adorable hero, beloved Papa, I really enjoyed the journey. Special credits to my sister in Islam, Zahidah binti Azman (my senior at UiTM) for helping me buying the tickets. Jazakillah khairan kathira. ^_^The first topic is 'You Are The Best of Nations' by Sheikh Yahya Ibrahim
![]() |
| Surah Ali-Imran 3:110 |
You are the best nation produced [as an example] for mankind. You enjoin what is right and forbid what is wrong and believe in Allah . If only the People of the Scripture had believed, it would have been better for them. Among them are believers, but most of them are defiantly disobedient.
Ringkasnya, pengisiannya lebih berkisar tentang kita (umat Islam) hanya akan menjadi mulia jika kita benar-benar beriman dengan apa yang diajarkan dalam Al-Quran yakni mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Di saat seseorang itu berpaling daripada kebenaran Al-Quran, maka Allah juga akan berpaling daripadanya. Cuba bayangkan, apa yang akan jadi andai Allah Tuhan kita benar-benar murka begitu sekali kepada kita? Na'uzubillah min zaalik.
Namun menjadi umat yang terbaik ini perlukan pelan tindakan yang bijak agar misi tercapai. Antaranya, kita hendaklah bergaul dengan orang yang baik akhlaknya, yang tinggi ilmunya. Tetapi pada era globalisasi yang penuh hipokrisi ini, mampukah insan macam kita bertemu dengan sahabat sehebat itu???
Ketahuilah, yang terbaik di kalangan kamu itu adalah apabila kamu melihatnya, kamu akan berasa malu untuk melakukan kejahatan (walau sekecil-kecil dosa sekalipun).
Dalam ayat tersebut, ada diterangkan tentang DUA perkara yang perlu kita laksanakan agar menjadi UMAT TERBAIK. Pertama, amal makruf. Kedua, nahi mungkar. Tetapi bagaimana kita ingin laksanakannya andai iman yang ada dalam dada lebih nipis dari kulit bawang?
"Nahi mungkar is not you do it in violence. BUT you SHOW them the right way. Then, they'll choose to do the right before they choose to do the wrong." - Sheikh Yahya Ibrahim
Tetapi lihatlah apa yang terjadi dalam masyarakat Islam hari ini? Kita lebih banyak 'menghukum' (judge) orang sebelum kita benar-benar selidik apa yang terjadi. Pantang lihat orang buat salah sikit, pantang lihat ada yang tak kena pada ketua kita, atau orang 'alim kat kawasan perumahan kita, dengan mudah kita 'menghukum'nya sesedap mulut kita.
"Kenapa ustaz tu jarang pergi solat jemaah?"
"Kenapa orang yang pakai tudung labuh tu nampak sombong sangat? Senyum pun susah?"
"Kamu ni nama je belajar kat Timur Tengah, takkan benda basic macam ni pun tak tau?"
Mungkin itu yang pernah terlontar dari bibir kita, atau pernah terlintas di hati kita. Astaghfirullahal 'aziim.
That is not the right way, my dear brothers and sisters. Cara itu hanya akan merosakkan nilai-nilai Islam yang indah dan melemahkan semangat mereka yang ingin berubah! Gunakanlah cara yang penuh kasih sayang dan hikmah. Jangan sekali-kali kita merasakan diri kita ini lebih baik daripada mereka. Boleh jadi di saat hati terlintas sebegitu, yang hina itu bukan dia tetapi kita kerana kita fikir seolah-olah kita sudah pasti tempat kita di syurga.
Bersabarlah dalam mendidik jiwa. Dan bersabarlah dalam bersabar. You can talk, but don't hurt (by your negative words).
When you're feeling down while trying to portray the good image of Islam,
always remember WHO YOU ARE?
YOU'RE THE BEST OF NATIONS!!!
Wabillahi taufiq wal hidayah.
Coming up next : Twins of Faith : The Building Blocks (by Sheikh Alaa ElSayed)
~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."
Saturday, 24 December 2011
Mujahadah Tahap Alkali
Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Minggu ini jadual sangat penuh sampai kadang-kadang tu rasa macam nak belah badan jadi dua supaya tugas akan lebih cepat dapat disiapkan. Akhirnya cuti yang ditunggu-tunggu untuk menguraikan segala neuron yang dah berserabut pun tiba. Senyum sampai ke telinga. :) Esok adalah hari penting untuk orang seperti penulis blog ini. Hamba yang sedang bermujahadah tahap alkali! Taman syurga di dunia - majlis ilmu di Muslim International Festival Twins of Faith di PICC.
Hmm... memang minggu ini minggu yang sangat menguji mental, fizikal dan IMAN terutamanya. Segalanya teruji dengan hebat. Speechless. Tetapi ada yang lebih hebat daripada itu, ALLAHU AKBAR. Namun wajah ini begitu sukar untuk mengukir senyuman dari hati. Mungkin ketara agaknya sehingga ramai sahabat yang kata lebih kurang beginilah bunyinya, "Kitorang nak tengok enti yang dulu balik. Yang suka usik kitorang dan yang ceria selalu." Huh? Tak cukup ceria ke muka ana ni? Hmm.. minta maaflah sahabat, kalau kesibukan ana menyebabkan ukhwah ini sedikit terabai. Salah ana sendiri. Aseef ya.
Ya, ana masih ingat kata-kata ana di status facebook, "Rasulullah yang sibuk tu pun masih sempat berbudi bahasa, kita ni siapa?" Oh, rasanya kali ni terkena pada batang hidung sendiri. Ya Allah ampunkanlah hambaMu yang fakir ini.
"Biar fakir di dunia, jangan fakir pahala. Biar kaya di dunia, jangan kaya dosa."
Memang mujahadah ini tersangat pahit kerana perlu meninggalkan segala perkara yang dicintai (tetapi melalaikan) demi mendapatkan cinta yang hakiki itu. Cinta Rabbul 'alamin. Kalau alkali tu pun masih boleh diukur dengan tahap maksimum pH 14, rasanya pahit mujahadah itu takkan mampu diukur dengan pH meter sekali pun.
Bertambah pahit apabila sahabat yang sentiasa 'mengingatkan' kita itu pergi... Terasa sangat kehilangan. Tetapi pesan seorang akhwat, "Kita ni selalu je harapkan sahabat selalu ada dengan kita supaya wujud bi'ah solehah dan kita akan jadi baik. Tapi Allah kan ada? Kenapa mesti kita bergantung pada manusia yang dirinya sendiri juga lemah? Kalau kita tak mampu nak cari suasana yang baik, kitalah yang CIPTAKAN suasana yang baik itu." Syukran ya ukht, atas peringatan itu. ^_^
![]() |
| "MUJAHADAH ITU PAHIT DAN SUKAR KERANA SYURGA ITU MANIS DAN MAHAL." |
Buku novel Matahari oleh Hilal Asyraf, hadiah seorang akhwat menjadi teman setia. Harap melaluinya akan kita temui sinar kekuatan yang dicari untuk teruskan mujahadah tahap alkali ini. Jazakillah khairan kathira, ya ukht!
Kadang-kadang apa yang kita sampaikan itu tak sampai pada hati mad'u bukan kerana dosa yang ada pada mad'u kita tapi mungkin kerana dosa yang ada pada hati kita yang menjadi hijabnya.
"Ya Allah, Ya Ghafur, Ya Rahiim, ampunkanlah dosa kami. Janganlah dosa kami menjadi hijab untuk kami menerima hidayah taufiqMu dan jangan pula dosa ini menjadi hijab untuk kami menyebarkan keindahan Islam itu. Hanya Engkau tempat kami memohon keampunan. Bersihkanlah hati kami dan sinarilah ia dengan cahaya Nur-Mu."
Contengan hati oleh hamba Allah yang fakir.
~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."
Sunday, 18 December 2011
Aku Sang Kerdil Yang Tak Sedar Diri Kerdil
Dengan nama Allah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat Islam dan moga-moga nikmat iman juga. Melihat mereka yang semakin jauh dari nilai Islam membuatkan hati ini bergetar. Gentar. Dunia tanpa sempadan membuatkan manusia semakin hilang nilai-nilai insaniah. Memegang taklif sebagai khalifah bukanlah mudah. "Entah chief iblis mana pulak 'diorang' nak hantar kat aku nak goda iman?!" Acap kali hati ini berbisik begitu. Terasa diri terlalu kerdil untuk menghadapi ujian iman ini.
Setiap kali aku 'terlena' lalu tersentak dengan 'balingan batu-batu kecil' daripada Illahi, setiap kali itu juga rasa syukur yang tak terhingga kerana hingga saat ini aku masih bernyawa untuk memohon taubat kepadaNya. Tidakkah kau berasa malu kepada yang Maha Pemberi? Tak terhitung anugerahNya kepada kita, tetapi sedarlah semua itu pinjaman belaka. APA YANG KITA ADA?
"APA YANG KITA ADA?"
Kita tak ada apa-apa. Semuanya datang dari Allah. Milik Allah. Kita cuma ada satu sahaja...
Apa dia?
"DOSA!"
Tetapi sayang, adakalanya dosa dan maksiat yang dilakukan itu sudah dianggap perkara biasa. Hingga hati langsung tidak bergetar. Lebih dahsyat apabila seseorang itu meninggalkan dosa tersebut, dia dianggap kolot, tak up-to-date dan macam-macam istilah lagi yang digunakan untuk menghina. Contoh dosa yang dianggap biasa??
*Membuka aurat.
*Couple
*Ber-SMS dengan bukan mahram (tanpa sebarang keperluan PENTING)
*Pakai tudung tapi berbaju jarang, berseluar sendat.
*Etc. (tengok cermin, auditlah diri...)
Pada yang dah sedia 'menjaga', terlalu sibuk dengan sikap 'judgemental' nya hingga langsung tidak memberi ruang untuk orang lain berubah sedikit demi sedikit.
TAHU siapa Tuhan tapi tak SEDAR hidup bertuhan!
TAHU bersentuhan dengan bukan mahram itu lebih jijik dari menyentuh babi, tapi tak SEDAR kejijikan dosa itu.
TAHU diri itu cuma hamba, tapi tak SEDAR kewajipannya sebagai hamba.
TAHU mati itu datang bila-bila, tapi tak pernah SEDAR untuk bersedia menghadapinya.
TAHU tak pernah sama dengan SEDAR. Semua orang TAHU. Perlu lagikah aku beritahu? (Nanti dikatanya membebel.)
Tapi belum tentu semua orang SEDAR, mungkinkah aku yang tak SEDAR.
Macam mana hidayah itu nak sampai kalau hati tu dah kuning berkarat, 'oxidised', kata budak Sains. Hidayah perlu dicari bukan ditunggu macam durian runtuh. Kalau kita mandi perlu disental dengan Dettol supaya hilang daki, hati juga perlu 'disental' dengan Kalamullah supaya cantik berseri-seri.
"La ilaha illallah" bukan sekadar pada lidah tapi pada hati yang sentiasa SEDAR bahawa "Aku hanyalah HAMBA DIA."
Segeralah bertaubat, saudaraku fillah! Aku sangat sedih melihat dirimu yang semakin jauh. Aku menasihati engkau bukan tanda aku yang terbaik, tetapi aku menasihati kerana kasihku kepada saudara fillah ku. Perbaikilah diri dan ajaklah kepada kebaikan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan mencintai hambaNya yang sering bertaubat.
“Apakah engkau tidak perhatikan orang yang telah menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Apakah engkau akan dapat menjadi pelindungnya. Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi.”
(Qs. Al Furqan: 43-44)
Mari kita kembali bersujud kepada yang Maha Esa...
Wallahu'alam.
~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."
Sunday, 27 November 2011
Spotlight EE-mAAn Sempena Hijrah
Segala pujian hanya kepada Allah SWT Tuhan sekalian alam.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah.
Hari ini genap 1433 tahun selepas peristiwa hijrah nabi SAW dan para sahabat ke Madinah. Dan selama itu juga Islam terus berkembang pesat ke seluruh pelusuk dunia. Cahayanya menyinari seluruh alam. Bersyukurlah kepada Allah yang menjadikan kita sebagai seorang Muslim. Salam Ma'al Hijrah buat sahabat pembaca yang dirahmati Allah. :) Apa khabar iman? Bagaimana dengan azammu sebelum ini, sudah tercapaikah? Dan bagaimana dengan azam tahun baru ini? Moga-moga jiwa ini masih kekal bersemangat waja seperti para syuhada di jalan Allah!
Adakalanya sifat mazmumah yang menebal dalam hati menyebabkan begitu sukar untuk diri ini berubah demi mencapai 'mardhatillah' (redha Allah). Maka sebelum meneruskan sesi introspeksi iman ini, mari kita beristighfar seketika...
Sempena awal Muharram yang diberkati Allah ini, tentu sahabat-sahabat ada memasang niat untuk berhijrah. Rasa ingin menjadi lebih baik itu sememangnya suatu fitrah. Fitrah hati yang Allah kurniakan kepada kita adalah merasa senang pada kebaikan dan benci kepada keburukan. Cuma adakalanya, diri yang alpa akan terleka dan membiarkan hatinya terus-menerus dikotori dan ternoda dengan dosa.
"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya,
maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,
sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu),
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya." - [Surah Asy-Syams : 7-10]
Tanpa hati yang suci bersih, sinar taufiqNya takkan dapat menembus kegelapan hati itu. Hati yang kotor umpama mangkuk yang tertelungkup dan hitam legap. Biar cahaya matahari memancak sekalipun, cahayanya takkan sekali-kali mampu menembusi mangkuk yang tertelungkup dan legap itu. Auditlah diri sendiri, mungkin tatkala membaca tulisan ini, kita sibuk menuding jari mengatakan sahabat kita yang kotor hatinya. Sedangkan yang mengatakan orang lain itu berhati kotor kemungkinan besar jauh lebih kotor dan berdaki hatinya.
Astaghfirullahal 'aziim. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini...
["Hati ibarat kubah masijd ataupun mangkuk yang terbalik, sedangkan 'miskat' (yang disebut dalam Al-Quran), ialah sinar dalam hati seseorang yang menerangi seluruh jiwanya. Jika setiap perbuatan kita berlandaskan hawa nafsu, mangkuk itu akan menjadi semakin kotor sehingga sinar tidak dapat meneranginya. Sebaliknya jika kita sentiasa mengendalikan nafsu, mangkuk itu seperti kaca yang memantulkan sinar dalam hati kita."]
- Dipetik daripada novel Demi Duha oleh Muhammad Makhdlori terbitan PTS Sdn. Bhd.
Selama ini sejauh mana kita benar-benar menjaga fitrah hati yang Allah kurniakan ini? Seringkali di lidah menyebut "Alhamdulillah, syukur kepada Allah." Tetapi adakah dikira kita ini bersyukur seandainya nikmat Islam dan iman yang ada dalam hati ini tidak dipelihara sebaik-baiknya? Tanyalah iman dalam hatimu...
Selama ini, berapa banyak nikmat yang Allah beri kepada kita? Mampukah kita menghitungnya? Tetapi berapa banyak kali pula kita sujud syukur kepadaNya dengan meruntuhkan segala keegoaan dalam hati? Sujudlah dengan hatimu, wahai hamba Illahi...
Selama ini berapa kali Allah bersabar dengan karenah kita yang tak reti-reti menurut perintahNya, malah kurang pula usaha untuk meninggalkan maksiat...berapa kali Allah bersabar dengan kita, lalu Dia menangguhkan hukuman azabNya ke atas kita? Tetapi hambaNya yang di bumi masih lagi tanpa henti menodai diri dengan kejijikan dosa dan maksiat! Ya Allah, ampunkan kami...
Selama ini, berapa kali bibir ini menuturkan kalimah "La ila ha illallah"...Namun yang ditutur langsung tidak menggetarkan jiwa. Meski bibir berkata, "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah." Tetapi yang nyata itu semua dusta belaka! Setiap hari bukan Allah yang menjadi Tuhannya...tetapi dia bertuhankan harta dan kekayaannya, pangkat dan darjatnya, nama dan sanjungan manusia, malah lebih hina dari itu apabila dia bertuhankan nafsu yang tak pernah puas pada keseronokan dunia yang penuh tipu daya. Apakah itu yang dikatakan TIADA TUHAN SELAIN ALLAH?
Ya Ghafur, kami merayu dan mengharap akan teduhan maghfirahMu...
Wahai permata-permata Islami, janganlah kita biarkan diri yang berharga ini hina diselaputi debu dan lumpur. Kerana itu akan menghilangkan sinar yang ada padamu, wahai si permata Islam. Bersihkanlah hatimu dengan selalu memohon ampun dan mendekati majlis-majlis ilmu. Engkau ibarat permata yang seandainya dicampak ke lubang yang paling hina sekalipun, pasti berkerumun jutaan manusia ingin merebutmu kerana dirimu terlalu berharga. Tetapi INGAT, engkau hanya akan menjadi permata yang bersinar itu hanya dengan Islam sebagai cara hidupmu.
Suluhlah hatimu dengan 'spotlight iman', agar langkahmu lebih tersusun dan terarah menghala ke Jannah.
Suluhlah hatimu dengan 'spotlight iman', agar langkahmu lebih tersusun dan terarah menghala ke Jannah.
Semoga apabila tiba hari yang tiada naungan melainkan naungan daripadaNya, engkau dan aku akan menerima buku catatan amal yang 'tertulis'...
imAAn...
bukannya,
EEman...
Kerana cinta fillah yang mendalam ini, aku pohon agar kau doakan kesejahteraan kita bersama di dunia dan di akhirat. Semoga kita berjiran di syurgaNya nanti. InsyaAllah. :)
~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."
Subscribe to:
Posts (Atom)



















