Saturday 7 January 2012

Bila Allah Tolong Kita...

 Bismillah arRahman arRahiim...

Apa khabar ikhwah dan akhwat? Apa khabar iman di dada? Semoga setiap hela nafas dan kerlipan mata digunakan sebaiknya untuk mendapatkan redha Allah. Kalau tak, kembalilah muhasabah diri. Maut semakin menghampiri setiap saat.

Alhamdulillah, ana masih mampu bernafas sebagai hamba Allah yang mengucap syahadah. Nikmat paling besar yang kita ada. Akhir-akhir ini memang diri agak sibuk dengan pelbagai tugasan akademik dan persatuan. Kadang-kadang tu memang terasa macam tak cukup nafas dibuatnya, asyik berkejar ke sana ke mari. Lepas siap satu tugasan, perlu siapkan yang satu lagi. Tak mungkin ana dapat lalui semua ini melainkan daripada kekuatan yang Allah berikan. Alhamdulillah.

Walaupun pada mulanya, terasa berat dan mencabar, tetapi dengan pertolongan Allah semuanya terasa indah. Pengurusan masa itu adalah perkara pokoknya. Kalau tak pandai urus masa, alamatnya ketinggalanlah dalam pelajaran dan persatuan pula akan bergerak 'lembab'. Hmm..tapi nak kata diri ni pandai urus masa..haha..takdelah sangat. Cuma daripada tarbiah Allah kepada ana selama ini, ana banyak mempelajari hakikat solat yang sebenarnya. Mulakanlah dengan memperbaiki solat, insyaAllah yang lain akan turut berubah. Kena faham apa itu solat yang sebenarnya..hakikat dan penghayatan. Pada solat itu, terdapat banyak hikmah yang tersirat.

Paling ketara ialah tentang KETEPATAN MASA dan SISTEMATIK. Bukankah solat itu diwajibkan ke atas orang yang beriman pada waktu-waktu yang telah ditetapkan? Dan solat itu juga perlu dilakukan dengan tertib, barulah sah solatnya. Jadi di sini, bila dipraktikkan memang banyak membantu ana menguruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi. Bukanlah ana ini seorang faqih agama, tapi sekadar berkongsi cerita untuk dijadikan ibrah.

Alhamdulillah, walaupun diuji dengan sesuatu yang tak dapat diceritakan kepada umum, entah bagaimana hati ini tetap berasa tenang. Apa yang membuatkan ana berasa begitu adalah kerana ana rasa dah banyak sangat Allah bagi kat kita ni anugerahNya. Jadi, apalah sangat kalau dia tarik satu sahaja daripada 99 anugerahNya? Tentu tak terasa kurang, kerana walau ditarik satu tapi digantiNya dengan seribu ganda kebaikan. Sebab tu, ana tenang aje, walaupun hakikatnya logik akal, apa yang ana lalui ini tentu akan merisaukan ramai orang. Sebab tu tak diceritakan kepada umum, sebab nak buat apa cerita kalau tak dapat nak diselesaikan pun? Serahkan saje kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai penolong kita.

Tetapi yang pasti, bila Allah tolong kita, takkan ada sesiapa yang akan dapat mengalahkan kita! Yakinlah pada Allah walau apapun yang terjadi. Teruskan berusaha, cari penyelesaian, dan tawakal kepada Allah. Bila Allah bagi ketenangan hati, itulah kekayaan yang sebenarnya. Tipu kalau kata ana tak takut langsung dengan ujian Allah yang satu ni. Tapi bila fikir tentang 1001 nikmat Allah yang lain yang masih ana kecapi sampai saat ini, rasanya kalau ana hilang yang satu ini pun, ana masih mampu tersenyum dengan gigi 'Colgate' nya..hehe.. :)

Semoga Allah mudahkan semua urusan kita. Senyumlah, kan Allah ada?! ^_^








~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

No comments:

Post a Comment