Tuesday 24 January 2012

Pautlah Dahan Yang Kukuh, Kau Takkan Jatuh

Segala puji-pujian bagi Allah sekalian alam...

Jam 01:23 am,
Tit..tit..You've got 1 message. [From: Sahabat]

"Assalam. sy lupa nak bgthu. sy ada simpan lagi semua surat2 awk dulu. bila baca balik semua tadi rasa semangat ja. mulai saat ni sy nak jadi lebih baik utk Allah. byk kata2 awk dlm surat tu yg bagi motivasi. mnusia lalai lupa jika x diingatkan. rasa macam best ja kita main tulis surat..hehe..kenangan manis. all da best. berpegang dan berserah diri kpd Allah ibarat berpaut pada dahan yg kukuh. ini kata2 awk dlm salah satu surat."

Allah, rindunya pada sahabatku yang seorang ni. Mesej yang dihantar pagi-pagi buta ini membuka kembali lembaran lamaku, kenangan manis ukhwah fillah bersamanya. Allah, aku rindu padanya...Kebetulan mesej yang dihantar sangat sesuai pada waktunya.

Semalam aku bersama seorang sahabat melawat tempat program di Seri Menanti. Punyalah bersesak-sesak di dalam bas. Bermandi peluh menapak ke Istana Lama Seri Menanti pula akibat tersesat beberapa kilometer. Pengalaman yang tak mungkin aku lupa. Suka, duka, kelakar, geram dan marah pun ada. Macam-macam yang aku rasa. Tarbiyah Allah mungkin. Aku sabarkan hati dengan mengingatkan diri, kalau bukan kerana pemandu teksi itu seorang Muslim, pasti sudah aku 'hamuk' dia dan minta balik duit aku dan sahabatku yang telah 'di-pau' sewenang-wenangnya. Tatkala api kemarahan itu mula menyala, aku teringat kata seorang professor dalam satu seminar yang kami hadiri bersama; katanya, "Kalau kita nampak pencuci tandas atau cleaner, jangan kita kedekut nak bantu dia walau hanya dengan membayar servis lebih sedikit seringgit, dua. Mungkin dia lebih memerlukan." Kata cikgu pula, "Tolong orang, Allah tolong kita."

Saat itu, marah pun tiada gunanya kerana itu sahaja satu-satunya teksi yang dapat kami tahan di tengah jalan yang berhutan itu. Aku fikir mungkin dia dalam kesusahan, sebab itu dia mengambil caj 'aniaya' terlampau itu. Pesan ayah, "Jangan gaduh dengan orang kurang akal nanti kau pun sama jadi kurang berakal." Ahh..biarlah...ada urusan yang lebih penting untuk difikirkan.

Kami berdua akhirnya, hanya menggantungkan pengharapan kami kepada Allah. Semoga urusan kami dengan pihak kampungstay itu berjalan lancar dan program ini berjaya mencapai objektifnya. InsyaAllah.

Ketika ingin pulang, tiba-tiba Puan Sarimah (pemilik kampungstay) yang baik hati menawarkan untuk menghantar kami sehingga ke kampus. Aduhai, ikutkan hati memang segan. Tapi badan pun dah lembik semacam, perut dah berkeroncong. Kami pun terima tawaran itu dengan penuh rasa terima kasih. Sesampainya di kampus, kami menghulurkan 2 keping not RM 10 kepada anak kecil pakcik (suami Pn. Sarimah) yang menghantar kami itu. Menyedari hal demikian, pakcik itu beria-ria menolak pemberian itu. Rasa bersalah pula, kerana kami tidak berniat pun untuk dilayan seperti VIP hari ini. Dihantar tanpa bayaran. Sudahlah tu, siap bekalkan kami dengan buah-buahan segar yang baru dipetik dari dusun. MasyaAllah.

Malunya ya Allah...Sedikitnya aku memberi, sedikitnya aku bersyukur. Tetapi acap kali nikmat Allah itu bagai hujan yang turun. Tak terhitung. Sujud syukur pada Illahi. Mungkin inilah yang ingin Dia didik kami...tentang erti keindahan tawakal kepadaNya.

Jangan sesekali bergantung harap pada manusia yang juga makhluk Allah yang lemah. Tapi bergantunglah hanya kepada Allah kerana "Berpegang dan berserah diri kepada Allah ibarat berpaut pada dahan yang kukuh."  Kau pasti takkan jatuh. Allahu akbar. Allah Maha Besar.   

Tarbiyah Allah buat aku dan sahabat tercinta. Tarbiyah - tanda kasih sayangNya. :')
Alhamdulillahi rabbal 'alamin.

Semoga misi perjuangan baginda SAW ini dapat kami teruskan dengan jayanya. Melahirkan mujahid Islam yang terbilang! Amiin.






~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

2 comments:

  1. I almost cried after reading this entry. Ya Allah...

    ReplyDelete
  2. kekadang bole nanges bila kita rindukan sahabat kita, yang slalu ngn kita waktu kita susa dan senang.. (:

    ReplyDelete