Saturday 24 December 2011

Mujahadah Tahap Alkali

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Minggu ini jadual sangat penuh sampai kadang-kadang tu rasa macam nak belah badan jadi dua supaya tugas akan lebih cepat dapat disiapkan. Akhirnya cuti yang ditunggu-tunggu untuk menguraikan segala neuron yang dah berserabut pun tiba. Senyum sampai ke telinga. :) Esok adalah hari penting untuk orang seperti penulis blog ini. Hamba yang sedang bermujahadah tahap alkali! Taman syurga di dunia - majlis ilmu di Muslim International Festival Twins of Faith di PICC.

Hmm... memang minggu ini minggu yang sangat menguji mental, fizikal dan IMAN terutamanya. Segalanya teruji dengan hebat. Speechless. Tetapi ada yang lebih hebat daripada itu, ALLAHU AKBAR. Namun wajah ini begitu sukar untuk mengukir senyuman dari hati. Mungkin ketara agaknya sehingga ramai sahabat yang kata lebih kurang beginilah bunyinya, "Kitorang nak tengok enti yang dulu balik. Yang suka usik kitorang dan yang ceria selalu." Huh? Tak cukup ceria ke muka ana ni? Hmm.. minta maaflah sahabat, kalau kesibukan ana menyebabkan ukhwah ini sedikit terabai. Salah ana sendiri. Aseef ya.

Ya, ana masih ingat kata-kata ana di status facebook, "Rasulullah yang sibuk tu pun masih sempat berbudi bahasa, kita ni siapa?" Oh, rasanya kali ni terkena pada batang hidung sendiri. Ya Allah ampunkanlah hambaMu yang fakir ini.

"Biar fakir di dunia, jangan fakir pahala. Biar kaya di dunia, jangan kaya dosa."

Memang mujahadah ini tersangat pahit kerana perlu meninggalkan segala perkara yang dicintai (tetapi melalaikan) demi mendapatkan cinta yang hakiki itu. Cinta Rabbul 'alamin. Kalau alkali tu pun masih boleh diukur dengan tahap maksimum pH 14, rasanya pahit mujahadah itu takkan mampu diukur dengan pH meter sekali pun.

Bertambah pahit apabila sahabat yang sentiasa 'mengingatkan' kita itu pergi... Terasa sangat kehilangan. Tetapi pesan seorang akhwat, "Kita ni selalu je harapkan sahabat selalu ada dengan kita supaya wujud bi'ah solehah dan kita akan jadi baik. Tapi Allah kan ada? Kenapa mesti kita bergantung pada manusia yang dirinya sendiri juga lemah? Kalau kita tak mampu nak cari suasana yang baik, kitalah yang CIPTAKAN suasana yang baik itu." Syukran ya ukht, atas peringatan itu. ^_^


"MUJAHADAH ITU PAHIT DAN SUKAR KERANA SYURGA ITU MANIS  DAN MAHAL."



Buku novel Matahari oleh Hilal Asyraf, hadiah seorang akhwat menjadi teman setia. Harap melaluinya akan kita temui sinar kekuatan yang dicari untuk teruskan mujahadah tahap alkali ini. Jazakillah khairan kathira, ya ukht!

Kadang-kadang apa yang kita sampaikan itu tak sampai pada hati mad'u bukan kerana dosa yang ada pada mad'u kita tapi mungkin kerana dosa yang ada pada hati kita yang menjadi hijabnya. 

"Ya Allah, Ya Ghafur, Ya Rahiim, ampunkanlah dosa kami. Janganlah dosa kami menjadi hijab untuk kami menerima hidayah taufiqMu dan jangan pula dosa ini menjadi hijab untuk kami menyebarkan keindahan Islam itu. Hanya Engkau tempat kami memohon keampunan. Bersihkanlah hati kami dan sinarilah ia dengan cahaya Nur-Mu."



Contengan hati oleh hamba Allah yang fakir.



~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

No comments:

Post a Comment