Sunday 1 January 2012

Twins of Faith : I'm Muslim and I'm Proud !

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.

"Baaang!! Woosshhh!!!"
Darah berpercikan. Jelas kelihatan usus yang bersepai keluar. Tiba-tiba suasana menjadi kucar-kacir dibanjiri darah mujahidin dan mereka yang tidak berdosa. Wanita diperkosa dan dibunuh tanpa belas ihsan. Awan biru bertukar kelabu, dipenuhi asap berkepul-kepul. Serangan hendap daripada pihak musuh terlaknat!

Di suatu pelusuk yang lain...
Muzik dimainkan tanpa henti. Lirik yang penuh seksual itu ibarat 'zikir' bagi anak-anak hedonisme itu. Sang lelaki dengan rokok di jari, ber-shisha, kononnya tanda 'macho'. Si perempuan pula dengan baju tak cukup kainnya, t-shirt sendat, jeans ber-legging dan tudung pendeknya, konon ayu lah sangat! Masing-masing terkinja-kinja mengikut rentak muzik anak iblis itu. Berpuluh-puluh kondom bersepah di jalanan. Manusia sudah bertukar menjadi binatang atau lebih sesat lagi! Istilah zina diganti dengan 'TER-lanjur'  sedangkan yang melakukannya itu semuanya atas sedar dan punya akal bukan ter-ter lagi. Ter-  hanya untuk ketidak sengajaan.

Engkau, di mana wahai Muslim dan Muslimah???
Aku di sini dengan bangga menyatakan I'm Muslim and I'm Proud!


I'm proud to be a Muslim. Do you?


Kita hanya mulia dengan Islam. Tanpa Islam sebagai cara hidup kita, maka kita tak ubah seperti binatang malah lebih sesat lagi! Saudaraku fillah, aku dan kau umpama bulan yang memantulkan cahaya Islam. Tanpa cahaya itu, bulan tak berseri lagi. 

Aku tak kata, "SALAH!" untuk meraikan tahun baru masihi ini, tetapi raikanlah dengan cara Islamik. Bukankah kau dan aku mengaku yang kita ni Islam? Atau Islam nya engkau hanya pada IC? 

"YA, aku tahu tentunya menjadikan Islam sebagai cara hidup pada zaman globalisasi ini sangat sukar dan dipandang asing. Tetapi ingatlah Rasulullah SAW pernah bersabda, "Islam itu datang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing. Maka berbahagialah bagi mereka yang dianggap asing (kerana Islam)." (Hadith Muslim. no 145)

Sempena tahun 2012 ini, didoakan semoga kita dilimpahi rahmat dan keampunan Allah. Jangan jadi manusia aneh yang semangatnya hanya berkobar-kobar pada setiap 1 Januari tetapi mati separuh jalan. Ingatlah, setiap hari adalah lembaran baru buat seorang Muslim untuk sentiasa menyebut-nyebut nama Kekasih Agungnya tanpa jemu. Tanda syukur tak terhingga.

Auditlah diri tu...

Udara yang aku sedut hari ni udara siapa?
Mata yang mampu melihat ini milik siapa?
Jantung yang berdegup ini atas kuasa siapa?
Hidangan yang aku suap ke mulut ini, rezeki daripada siapa?

Bumi yang aku pijak ini, BUMI SIAPA???

Kalau bukan Allah, siapa lagi? Jadi kenapa masih diri menderhaka kepada Dia yang sentiasa memberi tanpa henti? Tak malu ke???

Janji dengan kawan sentiasa ditepati...bila janji dengan pasangan tak pernah tak dipenuhi, TETAPI janji dengan ALLAHU RABBI, kenapa kau masih abaikannya sampai saat ini??? Kenapa??? Bila mahu kau kotakan? Atau kau dah terlupa yang kau pernah berjanji dengan Dia?

Dan [menyebut] ketika Tuhanmu mengambil dari anak-anak Adam- dari pinggangnya mereka - keturunan mereka dan menjadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, [dan berkata kepada mereka], "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka (roh-roh itu) berkata, "Ya, kami bersaksi sesungguhnya Engkaulah Tuhan kami". [Ini] - supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat, "Sesungguhnya, kami ini tidak sedar".
[QS 7 : 172]

"Bukankah lembu dipegang pada talinya dan manusia dipegang pada janjinya? Adakah kau lembu?" Maaf, kalau terasa. Peringatan untuk ana juga.

Dalam syarahan di Festival Twins of Faith tempoh hari, antara perkara yang amat dititikberatkan ialah hal menjadikan Islam sebagai cara hidup. Dan antara perkara yang perlu dipelihara sentiasa sebagai Muslim ialah ikatan ukhwah. Ukhwah fillah ini sangat utama untuk dijaga. Dan tiadalah cara lain untuk menjaga ukhwah melainkan dengan sentiasa berlapang dada memaafkan serta menjaga maruah sebagai Muslim itu sendiri.


*******************************************************************************


Sheikh Navaid Aziz ketika Twins of Faith, ada menceritakan tentang suatu kisah yang menyentuh hati. Diceritakan suatu hari ketika zaman khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW., ada terjadi suatu kes pembunuhan dilakukan oleh seorang budak lelaki. Budak itu dibawa ke muka pengadilan. Khalifah yang memerintah ketika itu sangat adil. Lalu setelah menjalankan soal siasat, budak itu disabitkan hukuman qisas. Ketika hukuman ingin dijalankan, budak lelaki itu merayu supaya diizinkan pulang sekejap beberapa hari bagi melangsaikan hutang-hutangnya terdahulu.

Memandangkan rumah budak lelaki itu jauh dan dikhuatiri budak lelaki itu melarikan diri, jadi khalifah pun memerintahkan supaya dicarikan penjamin. Ketika itu orang ramai sedang mengerumuni budak itu, namun tidak ada sesiapa pun yang sanggup untuk menjamin budak itu. Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan orang ramai, muncul seorang lelaki yang merelakan dirinya untuk menjadi penjamin budak itu. Dia sedar risikonya. Andai budak lelaki itu melarikan diri, dialah yang bakal dipertanggung jawabkan atas hukuman itu. Tetapi lelaki itu dengan beraninya tampil ke hadapan sebagai penjamin. Dia adalah Abu Dzar r.a.

Setelah beberapa hari seperti yang dijanjikan, orang ramai pun berkumpul semula untuk melaksanakan hukuman qisas. Namun budak lelaki itu masih belum muncul-muncul. Orang ramai mula gelisah, adakah Abu Dzar bakal menjadi pengganti tempatnya? Ketika semua orang sedang tertanya-tanya, tiba-tiba muncul budak lelaki itu dalam keadaan yang letih seolah-olah daripada perjalanan jauh. Orang ramai pun lega apabila melihatnya tiba.

Khalifah yang berada di situ terus ingin menjalankan tugasnya. Namun, dia berasa pelik dengan tindakan budak itu lalu bertanya, "Wahai budak, kenapa kau tidak melepaskan diri kau sahaja sedangkan sudah diketahui bahawa kami tidak menghantar orang untuk mengekorimu? Kalau engkau melarikan diri, pasti engkau terselamat daripada hukuman ini dan tiada siapa yang dapat menemuimu." 

Budak itu pun menjawab, "Benar, tetapi aku malu sekiranya nanti dalam sejarah Islam, ada tersebut orang Muslim itu memungkiri janji kerana kepentingan dirinya dan tidak menjaga harga dirinya sebagai Muslim." Ternyata tindakannya kembali untuk dihukum adalah atas dasar ingin menjaga maruah Islam.

Khalifah tak menyangka dengan jawapan yang diberikan. Setelah itu, khalifah ingin meneruskan hukuman qisas seperti yang ditetapkan. Tetapi tiba-tiba keluarga si mati menarik balik tuntutan mereka lalu berkata, "Wahai khalifah, kami memaafkan budak itu." sambil menunjuk kepada si pesalah.

Khalifah terkejut lalu bertanya, "Apakah yang menyebabkan kamu berkata sedemikian sedangkan dia telah membunuh saudaramu?"

Mereka menjawab, "Sebagai Muslim, kami malu sekiranya dalam sejarah nanti terdapat seorang Muslim yang tidak mahu memaafkan kesalahan saudaranya sesama Muslim."

Kemudian khalifah bertanya pula kepada si penjamin, "Wahai Abu Dzar, kamu pula kenapa menyanggupkan dirimu sebagai penjamin sedangkan kamu tahu akibatnya jika budak itu tidak kembali?"

Abu Dzar menjawab, "Sebagai Muslim, aku malu sekiranya nanti sejarah Islam mencatat dahulunya ada seorang Muslim yang sedang kesulitan dan meminta bantuan namun tidak ada seorang pun yang bersedia untuk meringankan bebannya."


**********************************************************************************

Kisah tersebut amat terkesan di hati saya kerana ia menonjolkan nilai-nilai yang sepatutnya ada dalam diri seorang Muslim yakni berbangga menjadi Muslim dan sanggup berkorban demi mempertahankan maruah sebagai Muslim.

Pesan seorang akhwat yang amat saya kasihi, "Kalau kita tak mampu nak jadi matahari yang menjadi sumber tenaga seluruh alam, jadilah bulan yang memantulkan cahaya Islam."

Semoga kisah yang dibawakan kali ini menjadi teladan yang berjaya dicontohi. Berbanggalah menjadi seorang Muslim! Kita hebat selagi Islam adalah cara hidup kita! InsyaAllah. 


Sanah Jadidah! Selamat Tahun Baru! Jom kita perbaharui iman?  ^_^



Rujukan:
www.saifulislam.com






~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

1 comment:

  1. Em. about your reply on FB, can you please repost it. i can't find it anywhere. sorry and thank you. may this brand new year make our faith grow stronger than the year before.

    ReplyDelete