Tuesday 27 December 2011

Kerana Dia Ibuku

Bismillah arRahman arRahiim...

Saje je nak berehat sekejap selepas buat assignment. Seronoknya bila belajar benda yang kita cinta, walau mencabar, hati tak pernah merungut. Kerana cinta pada ilmu itu. Ilmu Allah sebenarnya, kan?! :)

Tiba-tiba sedang otak ligat berfikir, dan hormon choline sedang sibuk bekerja dengan setia bersama neuron - neuron nya, Mama pun tanya, "Ok ke? Kot lah ada apa - apa yang jadi..." Hmm.. aku cuma senyum dan kata "Takde apa-apalah. Ok je." Dalam hati menggumam sendiri, "Obvious sangat ke lainnya aku ni? Mama ni macam tau-tau je. Tak boleh nak sorok betul lah." Haih...

Kalau kawan pun boleh nampak, ibu yang mengandungkan kau 7 bulan takkan tak perasan yang kau tu ada something tersimpan kat 'dalam tu' kan?! Haih..kerana dia ibuku..tentu dia lebih tahu tentang aku. Hmm..tapi takkan semua benda kita nak cerita. Kadang-kadang lebih baik simpan seorang. Online dengan Allah. Jauh lebih menenangkan hati. Agaknya sebab kejutan nerve impulse yang aku terima sejak akhir-akhir ni membuatkan muka sedikit berkerut. Hoho.. teringat pula kata-kata seorang panel dalam Twins of Faith hari tu. Lebih kurang macam ni lah bunyinya, "I wonder why Muslims frown a lot. I hope after this, when we meet each other we'll greet with SALAAM and SMILE."


********************************************************************************


Hmm..kan itu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ? Dalam satu riwayat ada disebutkan (boleh rujuk Kitab Hadis 40 dan Syarahnya) , Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat, "Mahukah kamu aku tunjukkan satu perkara yang jika kamu lakukannya kamu akan dapat menumbuhkan perasaan kasih sayang antara kamu?" Lalu sahabat pun berkata, "Apakah ia, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Sebarkanlah salam."  ^_^

Dalam Twins of Faith, kami dididik dengan menjawab salam dengan bersemangat. Nasihat Sheikh Hussein Yee, "Jika orang memberi salam 'Assalamualaikum', jawablah 'Wa'alaikumussalam warahmatullah'. Jika dia berkata, 'Assalamualaikum warahmatullah', jawablah dengan lebih baik iaitu 'Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh'. Dan jika dia memberi salam 'Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh', jawablah dengan salam yang sama baiknya tetapi lebih kuat dan semangat daripada pemberi salam tadi.

Semoga dengan amalan sunnah yang kecil ini, dapat kita sebarkan kasih sayang sesama umat Islam. Sabda Nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Imam Bukhari & Muslim)


Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat yang banyak kepada sahabat pembaca yang ana kasihi kerana Allah. Wallahu 'alam. :)


P/S: Tentang post yang dijanjikan mengenai pengisian Twins of Faith itu, masih dalam proses. Mohon maaf ya, sebab perlukan sedikit masa untuk menghuraikannya dengan gaya tersendiri. Isinya terlalu banyak dan semuanya hebat-hebat belaka. :) InsyaAllah.



~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

No comments:

Post a Comment