Sunday 18 December 2011

Aku Sang Kerdil Yang Tak Sedar Diri Kerdil

Dengan nama Allah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat Islam dan moga-moga nikmat iman juga. Melihat mereka yang semakin jauh dari nilai Islam membuatkan hati ini bergetar. Gentar. Dunia tanpa sempadan membuatkan manusia semakin hilang nilai-nilai insaniah. Memegang taklif sebagai khalifah bukanlah mudah. "Entah chief iblis mana pulak 'diorang' nak hantar kat aku nak goda iman?!" Acap kali hati ini berbisik begitu. Terasa diri terlalu kerdil untuk menghadapi ujian iman ini.



Setiap kali aku 'terlena' lalu tersentak dengan 'balingan batu-batu kecil' daripada Illahi, setiap kali itu juga rasa syukur yang tak terhingga kerana hingga saat ini aku masih bernyawa untuk memohon taubat kepadaNya. Tidakkah kau berasa malu kepada yang Maha Pemberi? Tak terhitung anugerahNya kepada kita, tetapi sedarlah semua itu pinjaman belaka. APA YANG KITA ADA?

"APA YANG KITA ADA?"

Kita tak ada apa-apa. Semuanya datang dari Allah. Milik Allah. Kita cuma ada satu sahaja...
Apa dia?

"DOSA!"

Tetapi sayang, adakalanya dosa dan maksiat yang dilakukan itu sudah dianggap perkara biasa. Hingga hati langsung tidak bergetar. Lebih dahsyat apabila seseorang itu meninggalkan dosa tersebut, dia dianggap kolot, tak up-to-date dan macam-macam istilah lagi yang digunakan untuk menghina. Contoh dosa yang dianggap biasa??

*Membuka aurat.
*Couple
*Ber-SMS dengan bukan mahram (tanpa sebarang keperluan PENTING)
*Pakai tudung tapi berbaju jarang, berseluar sendat.
*Etc. (tengok cermin, auditlah diri...)

Pada yang dah sedia 'menjaga', terlalu sibuk dengan sikap 'judgemental' nya hingga langsung tidak memberi ruang untuk orang lain berubah sedikit demi sedikit.


TAHU siapa Tuhan tapi tak SEDAR hidup bertuhan!
TAHU bersentuhan dengan bukan mahram itu lebih jijik dari menyentuh babi, tapi tak SEDAR kejijikan dosa itu.
TAHU diri itu cuma hamba, tapi tak SEDAR kewajipannya sebagai hamba.
TAHU mati itu datang bila-bila, tapi tak pernah SEDAR untuk bersedia menghadapinya.

TAHU tak pernah sama dengan SEDAR. Semua orang TAHU. Perlu lagikah aku beritahu? (Nanti dikatanya membebel.)
Tapi belum tentu semua orang SEDAR, mungkinkah aku yang tak SEDAR


Macam mana hidayah itu nak sampai kalau hati tu dah kuning berkarat, 'oxidised', kata budak Sains. Hidayah perlu dicari bukan ditunggu macam durian runtuh. Kalau kita mandi perlu disental dengan Dettol supaya hilang daki, hati juga perlu 'disental' dengan Kalamullah supaya cantik berseri-seri.


"La ilaha illallah" bukan sekadar pada lidah tapi pada hati yang sentiasa SEDAR bahawa "Aku hanyalah HAMBA DIA."


Segeralah bertaubat, saudaraku fillah! Aku sangat sedih melihat dirimu yang semakin jauh. Aku menasihati engkau bukan tanda aku yang terbaik, tetapi aku menasihati kerana kasihku kepada saudara fillah ku. Perbaikilah diri dan ajaklah kepada kebaikan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan mencintai hambaNya yang sering bertaubat.

“Apakah engkau tidak perhatikan orang yang telah menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Apakah engkau akan dapat menjadi pelindungnya. Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi.” 
(Qs. Al Furqan: 43-44)

Mari kita kembali bersujud kepada yang Maha Esa...





Wallahu'alam.








~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

No comments:

Post a Comment