Thursday 16 February 2012

Apa Khabar Tiang Agama? Dah Kukuh?

Bismillah arRahman arRahiim...

Adakalanya kita terlalu sibuk membicarakan tentang hal itu dan ini, budak-budak sekarang kata "bajet bagus". Dan ada masa pula kita salah faham dengan maksud tugas seorang dai'e lalu terus-menerus menyepikan diri atas alasan aku tak layak menjalankan tugas dai'e ini kerana aku banyak dosa. Patut ke kita fikir begitu sedangkan kalau nak tunggu sampai diri itu sempurna macam Nabi atau para sahabat, itu umpama tunggu kucing bertanduk! Ingat, syaitan sentiasa menggunakan kelicikan tipu helahnya agar kita tinggalkan tugas dai'e menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Suka sekali saya nak 'quote' kata seorang teman di facebook, katanya berbunyi lebih kurang begini, "Pakai kopiah belum tentu baik akhlaknya, pandai bercakap belum tentu 'alim orangnya. Apa khabar tiang agama? Dah kukuh belum?"


Hmm...Ramai orang malah saya juga, adakalanya suka ambil mudah soal solat 5 waktu. Katanya, "Benda tu aku dah belajar dari darjah 1 lagi." Tapi cubalah fikir dan tanya iman, umur sekarang dah berapa? Adakah patut seseorang yang dah berumur 20 tahun tetapi solatnya masih seperti budak berumur 7 tahun? Solat lewat, wuduk tak sempurna, dan paling kerap dosa yang umat zaman ini lakukan ialah MELALAIKAN SOLAT SUBUH!

BANGUNLAH WAHAI SYABAB! Sampai bila kita mahu terus di zon selesa? Merasakan amal tu sudah sempurna asal terlaksana sahaja? Aku juga menyeru diri aku dan keluargaku, dan sahabat-sahabat yang aku kasihi, peliharalah solat pada awal waktu. Sempurnakanlah wuduk. Khusyukkanlah hati umpama ini adalah solat terakhirmu sebelum bertemu Illahi. Sungguh, aku tak tahu bila ajalku akan menjemput aku!

Yakinlah, andai kita selesaikan urusan kita dengan Allah, Allah pasti akan bantu kita selesaikan urusan dengan manusia. Yakinlah kerana yakin = iman. Audit diri setiap hari, jika ada urusan kita yang begitu banyak halangannya, begitu sukar dilaksanakan, sering tertangguh dan sering mendapat hasil yang mengecewakan, auditlah diri sendiri. Tentu ada dosa yang kita buat pada Illahi. Melewat-lewatkan solat adalah melewat-lewatkan kejayaan yang Allah ingin hadiahkan kepada kita. Mungkinkah selama ini, solatku masih belum sempurna dan tidak diterima Illahi???

"Allahu rabbi...Allahu. Kami mohon keampunanMu yang sangat luas dan rahmatMu yang tak terkira banyaknya. Sesungguhnya tiada daya mahupun kekuatan melainkan kekuatan daripadaMu. Kurniakanlah kami iman yang sebenar-benarnya, dan janganlah kau biarkan kami tentukan nasib kami sendiri walau dengan kadar sekelipan mata. Ya Allah, Ya Ghafur arRahiim."

Kepada sahabat maya yang sedang membaca post ini, ber-blog, ber-facebook bagai, dah solat ke belum??


Sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.






~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

No comments:

Post a Comment