Thursday 16 December 2010

Freemason vs. Islam



Bismillahirrahmanirrahiim.
SAMBUNGAN TAJUK TENTANG FREEMASON & ILLUMINATI...

Saya yakin bahawa majoriti kita pernah melihat atau meniru simbol tangan ini...



Saya yakin majoriti antara kita pernah melihat atau meniru 'hand sign' ini.
Simbol ini telah diterima secara universal membawa maksud sebagai I Love You sejak ia diperkenalkan oleh Hellen Keller, seorang pengasas bahasa isyarat.

Namun para penyelidik konspirasi telah menyimpulkan bahawa isyarat ini adalah adaptasi daripada isyarat berunsur kesyaitanan. Kesimpulan ini berdasarkan kenyataannya dalam bukunya Light in My Darkness. Helen menyebut bahawa beliau amat mengagumi Emanuel Swedenborg.

Ahli sejarah mengakui bahawa Emanuel ialah ahli akademik dari Sweden yang sangat fanatik dengan perkara-perkara mistik, tahyul dan kesyaitanan. Simbol ini sering ditonjolkan oleh penyanyi heavy metal dan rock dari Barat.

Amat menyedihkan apabila simbol tangan ini turut ditiru secara membabi buta oleh golongan artis dan remaja di Malaysia. Kadangkala kita tidak sedar unsur ini meresap ke dalam diri secara perlahan-lahan melalui filem-filem Barat yang ditayangkan. Buktinya??




Sedarkah kita selama ini??? Anak-anak kita saban hari disuapkan dengan hiburan Barat yang akhirnya menjadi sebati dalam hidup mereka? Kitalah yang sering melaungkan Islam sebagai cara hidup tetapi malang sekali kita jugalah yang mengagung-agungkan gaya Barat tanpa kita sedari.





Ini pula simbol OK. Bagi golongan Freemason ia bermaksud alat kelamin perempuan. Dalam pertubuhan Illuminati, ia bermaksud The Divine King @ Antichrist @ Dajjal. Simbol ini biasa dilakukan oleh golongan berpengaruh. Contohnya, Bill Clinton dan George W. Bush pernah dilihat membuat gaya ini ketika berpidato. Mereka ini adalah antara golongan yang terlibat dengan gerakan Freemason, Illuminati, Skull & Bones dan Council on Foreign Relation.

Hakikatnya, simbol tersirat ini membawa maksud yang sangat berbahaya kepada orang-orang Islam.





Ini pula simbol 'peace' yang sering dibuat oleh masyarakat seluruh dunia. Tanpa kita sedari simbol ini sebenarnya bermaksud kejayaan untuk syaitan. Ianya sering diperlihatkan oleh Winston Churchill tanpa mengira masa dan tempat. Ini sangat menimbulkan kesangsian terhadap ramai penyelidik. Mereka mengesyaki bahawa Churchill melakukannya atas tujuan yang sangat-sangat rahsia dan sulit.

Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan setiap gerak-geri yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Barat agar tidak secara taklid buta menirunya. Sedangkan mereka dengan senang hati mentertawakan kita kerana kita telah tertipu dengan mudahnya dek helah mereka yang berselindung di sebalik aktiviti kebajikan, kemanusiaan dan simbol komunikasi awam.

Semoga ALLAH membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya dan memberi kemenangan kepada kita. Amin.
InsyaAllah.

Berjumpa lagi dalam post seterusnya mengenai topik yang lebih menarik. Sebarang komen dan cadangan amatlah dihargai.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment