Tuesday 15 June 2010

Engkau Adalah Mujahid Islam!

Assalamualaikum wbt. Apa khabar saudaraku semua? Apa khabar iman di dada? Moga sejahtera semuanya. Alhamdulillah, hari ini tatkala kita m'hirup hembusan bayu, ISLAM masih menjadi pegangan kita. Tatkala dunia sedang mengutuk kekejaman Israel di Gaza, kita masih lagi bernyawa. Tatkala saudara seagama kita 'menikmati' bunyi letupan dan bom dlm keheningan pagi, kita rakyat Malaysia masih berpeluang menikmati bunyi kicauan burung..

MAKA NIKMAT TUHAN-MU YG MANA LAGI YG INGIN KAMU DUSTAKAN???

(Surah Ar-Rahman)

Bersyukurlah kpd Allah kerana walau seberat manapun ujian yg menimpa kita pada hari ini..INGATLAH, ujian bagi saudara kita di sana jauh lebih berat lagi!

Apakah usaha kita utk bantu mereka?? Apakah daya kita utk perjuangkan hak mereka??

Ayuh, sahabat! Ayuh saudaraku! Kita bangkit berjihad meski hanya dgn JIHAD MENUNTUT ILMU!!! Kerana suatu hari nanti dengan ilmulah kita dapat melahirkan generasi yg celik IT, kreatif m'cipta teknologi & yg paling penting ialah SEMANGAT JIHAD YG TINGGI!

Dengan ilmu kita dapat cipta teknologi, dengan teknologi, kita pasti kuasai ekonomi, dan dengan ekonomi kita pasti menguasai dunia..ketika itu Islam pasti bergemerlapan kembali.

Jangan kita sekadar pandang dan mengatakan simpati. Sedangkan di hati ini tanyalah "ADAKAH AKU BENAR-BENAR MENGASIHI SAUDARAKU SPTMANA AKU MENGASIHI DIRIKU SENDIRI???" Ingat! Sabda baginda SAW, "Tidak sempurna iman sso itu sehingga dia mengasihi saudaranya sptmana dia mengasihi dirinya sendiri." Mukmin itu hidup bersaudara.

Jika benar kasih ukhwah islamiyyah ini tertanam dalam hati. Maka, BUKTIKAN!!!

Tuntutlah ilmu dgn b'sungguh-sungguh hanya kerana Allah. Agar suatu hari nanti akan muncul permata-permata Islam yg hebatnya sama seperti Umar Al-Khattab Reformis Islam, Salahuddin Ayyubi Penakluk Jerusalem dan Sultan Muhammad Al-Fatih yg turut pernah melakar sejarah menjadi pembela umat Islam di Palestin. Pejuang-pejuang seperti inilah yg ingin kita lahirkan agar kesucian Masjid Al-Aqsa itu akan terus terpelihara dan hak saudara kita berjaya kita kembalikan!

Maka, bangkitlah saudaraku! Bangkitlah sahabatku! Bangkit kita bersama ISLAM!!!

Sesungguhnya, Allah akan membantu hambaNya yg bergerak dlm saf yg teratur. (Surah As-Saff)

Bangkit ISLAM, BANGKIT!!! ALLAHUAKBAR! Jihad ilmu, jihad fi sabilillah!

Salam mujahadah.

No comments:

Post a Comment