Tuesday 28 December 2010

NAK PAKAI BAJU APA LEPAS NI?

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini tinggal lagi hanya beberapa hari menjelang tahun 2011. Kebetulan kita juga telah pun menyambut Maal Hijrah 1432H baru-baru ini. Musim persekolahan bakal bermula tetapi bagi para lepasan SPM sudah tiada lagi istilah "uniform sekolah yang tak ikut fesyen, bunyi loceng yang memekakkan telinga, warden yang garang dan homework yang bertimbun!" Ah, masa berlalu dengan pantas sekali!!
Tak dapat dinafikan, sebagai salah seorang yang juga menanti saat yang mendebarkan; pengumuman keputusan SPM, saya juga merasakan degup jantung yang semakin kencang dek kerana memikirkan ke manakah saya selepas ini. Tapi bukan itu yang dibincangkan di sini. Pokoknya ialah ke manakah KITA selepas ini???
Kepada sahabat-sahabat, sekadar nasihat untuk diri sendiri dan sahabat semua, cuba renungkan bersama persoalan ini...
1) APA AGAKNYA KEPUTUSAN SPM AKU YANG BAKAL MENJADI TITIK TOLAK PERMULAAN YANG BARU?
2) ADA KAWAN-KAWAN AKU YANG DAH NAK FLY KE LUAR NEGARA, AKU NI? KE MANA?
3) BIDANG APA YANG AKU NAK CEBURI LEPAS NI? SESUAI TAK AGAKNYA DENGAN KEPUTUSAN DAN MINAT AKU?
4) APA YANG AKU NAK BUAT SEPANJANG CUTI NI? KURSUS VS. LEPAK ? KE AKU NAK KERJA UNTUK TAMBAH DUIT POKET?
5) ADAKAH APA YANG AKU BUAT NI AKAN DAPAT BANTU PROSPEK KERJAYA MASA DEPAN AKU?
6) DAH CUKUP KE ILMU AGAMA SEBELUM NAK FLY NIH? KANG BALIK TAK PASAL-PASAL JADI MAT SALLEH TAPI TAK SOLEH PUN! =p
7) APA NAK BUAT NI..RASA DOWN JE TGK KAWAN-KAWAN LAIN DAH CONFIRM DIORANG SCORE SPM..TAPI AKU??? hmm.. =\
Ok, sahabat semua, walau apapun jawapan kita pada persoalan di atas, kita mesti kuatkan semangat untuk terus berjuang! SPM sudah berlalu, menangis air mata darah sekalipun kita tak mampu nak ubah apa-apa melainkan istiqamah berdoa kepada ALLAH moga dikurniakan keputusan cemerlang.
Masa yang ada harus digunakan sebaik-baiknya untuk menampal segala kecacatan masa lalu. Jadi sekadar ingin berkongsi pandangan, apa kata kalau kita gunakan masa yang ada ini untuk menambah skil baru (seperti, skil komputer, public speaking, memasak, menjahit, dll.) atau boleh juga digunakan untuk memperdalam pengetahuan sedia ada (seperti menghadiri tazkirah, mentadabbur Al-Quran, mengkaji berkenaan kerjaya masa depan tentang kelulusan yang diperlukan, kemahiran dan cabaran-cabarannya).
Ini bukan kata-kata kosong kerana ada pepatah Arab menyebut, "Air yang tenang akan mudah menjadi keruh sama seperti pemuda yang banyak masa lapang akan mudah terlibat dengan keburukan."
Oleh itu, kita mesti mengambil ini sebagai suatu cabaran. Biarkan masa lampau itu berlalu kerana kita takkan mampu mengubahnya tetapi laluilah saat ini dengan penuh bermakna kerana ia penentu siapa kita pada masa depan. Anda pilih..
CEMERLANG atau...
BIASA-BIASA SAJE atau...
GAGAL!
Jadi, daripada kita duk melepak tak tentu hala, bercouple sesuka hati macam dunia ana yang punya, atau qada' tidur 24 jam LEBIH BAIK lah kita ganti dengan sesuatu yang dapat menjamin masa depan. Kerana waktu muda hanya sekali, gunakan sebaik-baiknya sementara kudrat ini masih "hebbaat!" supaya tak menyesal di kala 'senja' menjenguk kita.
Ingin saya kongsi di sini, kata-kata yang begitu menyuntik semangat saya selama ini...
"IF YOU WANT TO BE AN ENGINEER, DON'T JUST BE AN ENGINEER AMONG THOUSANDS OF ENGINEERS BUT BE THE BEST ENGINEERS IN MALAYSIA,
IF YOU WANT TO BE A DOCTOR, DON'T JUST BE A DOCTOR AMONG THOUSANDS OF DOCTORS, BUT BE THE BEST DOCTOR IN ASIA. WHATEVER YOU WANT TO BE, BE THE BEST ONE!" - Prof. Dr. Lokman Saim (Malaysian pioneer doctor in ENT)
"OPPORTUNITY COMES KNOCKING AT OUR DOOR ONLY ONCE, IF YOU DON'T GRAB IT, YOU'LL LOSE IT! "- Tuan Hj. Yussoff b. Hassan (Principal of MRSM Bentong TAR)
"Anda bakal tetap sama 10 tahun akan datang melainkan apa yang anda BACA dan siapa yang anda TEMUI." - Sarjana Barat
"Gantunglah azammu setinggi bintang di langit akan tetapi rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan" - Mutiara Kata
Sekian, semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu ini. InsyaAllah.
Wassalam.

P/S: Tajuk tu sengaja saya letakkan 'Nak Pakai Baju Apa Lepas Ni?' supaya kita sama-sama berfikir adakah selepas puas kita pakai uniform sekolah, lepas ni kita akan mampu pula menyarung jubah graduasi di universiti terkemuka? atau kot putih doktor? atau kot hitam seorang ahli korporat? atau baju selekeh yang sama kita pakai setiap hari??? TAPI INGAT, mungkin juga kita akan menyarung kain putih si kain kafan dalam beberapa detik lagi!!! Sudahkah kita bersedia???

No comments:

Post a Comment