Sunday 30 January 2011

Perjalanan yang Menakjubkan!

Assalamualaikum warahmatullah.

Semalam, saya menghadiri International Conference di PWTC. Tajuknya, Signs of Creator 2 dengan kerjasama Harun Yahya Foundation atas kelolaan IKIM.fm, SABA Islamic dan iluvislam.com

Sehari sebelum ke sana, saya memang risau sebab tak pernah ke sana seorang diri menaiki pengangkutan awam. Puas saya 'google' map untuk ke sana supaya tak tersesat. Maklumlah, dahlah tak biasa, saya ni memang jenis mudah terlupa laluan jalan. Pernah suatu ketika, saya boleh tersesat dalam sekolah sendiri, nampak macam pelik tapi ia benar. Saya pun tak faham kenapa saya macam ni.Hehe...

Punyalah risau, dalam hati saya tak putus-putus berdoa supaya ALLAH mudahkan urusan saya. Apa tidaknya, saya dimaklumkan yang conference tu akan berakhir jam 5.30 petang. Sementara nak tunggu KTM lagi, stesen Putra (stesen yang terhampir) tu memang sunyi mengikut maklumat yang saya 'google'. Dalam hati ni ALLAH sahaja yang tahu. Ajak ramai kawan tapi seorang pun tak boleh nak ikut atas sebab sibuk dengan urusan masing-masing.

Tiba-tiba, sewaktu sibuk 'google' peta, seorang sahabat saya telefon dan beritahu dia juga akan pergi ke conference tu dan nak pastikan sama ada saya jadi pergi atau tak. Ya ALLAH, waktu tu, rasa macam lega tak terkira, hilanglah segala risau di hati. Lagipun, kebetulan sahabat saya tu memang orang KL. Jadi apa lagi, esoknya jam 10.30 pagi saya dah bertolak dari stesen Padang Jawa ke Stesen Putra,KL.

Saya tiba awal giler, kalau tak silap dalam pukul 12.00 pm macam tu. Kaunter pendaftaran pun tak buka lagi. Diorang masih lagi dalam preparation. Jadi, kami pun pergi jalan-jalan cari makanlah.Haha...

Punyalah excited, tepat pukul 1.00pm kami berdua dah 'terpacak' kat depan kaunter, jadi orang pertama mendaftar. Hanya dengan bayaran RM35, kami pun melangkah masuk ke Dewan Tun Hussein Onn dan duduk di bahagian depan sekali selepas barisan VIP. Waktu tu, belum ada orang yang sampai kecuali kami dan krew-krew organizer. :-D

Conference bermula jam 2.30pm selepas ketibaan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan speaker dari Harun Yahya Foundation. Mereka diterbangkan terus dari Istanbul, Turki. Selepas tamat, kami pun bergambar dan membeli beberapa buah buku sebagai buah tangan dari majlis ilmu yang HEBAT ini! Terima kasih kepada sahabat saya, Nurfatin 'Afikah bt. Shahrom!

Sewaktu balik, sekali lagi saya begitu takjub dengan pertolongan ILLAHI ini. Saya terlepas train yang pertama dan terpaksa tunggu train seterusnya untuk ke Shah Alam. Sementara menunggu, dalam hati ni berdebar-debar, sahabat saya dah balik dijemput ayahnya. Saya masih di Stesen Putra dengan entah siapa-siapa. Huhu..

Waktu tu, hanya zikrullah yang menemani diri. Risau tak terkata, apa tidaknya, seorang gadis berjalan seorang diri di tengah kota jam 8.00 pm. Siapa tak risau? Tapi saya pujuk hati, "ALLAH kan ada?!" Tiba-tiba ketika diri jauh mengelamun, seorang wanita muda berhijab menegur saya. Agaknya sebab terpandang saya bawa beg plastik Karangkraf yang didapati ketika di PWTC. Dia pun tanya,"Dari conference ke?" Saya pun tersenyum dan mengiyakan. Kami berborak beberapa lama sebelum tren menghala ke Seremban tiba.

Di dalam tren, kami sambung lagi celoteh yang penuh isi. Kakak tu rupanya bekas pelajar MRSM Kuantan dan pernah datang ke MRSM Bentong ketika Ting. 5 dan waktu tu saya Ting. 4. Dia sertai Debat MRSM Se-Malaysia 2009. Cerita punya cerita pengalaman dia di universiti, (sedang belajar dalam bidang Asasi Sains) banyak yang kami sama-sama belajar dan bertukar cerita. Akhirnya, tren pun tiba di KL Sentral.

Tiba-tiba dia tanya, "Awak tak turun kat sini ke? Bukan awak nak balik Shah Alam ke?"

"Eh, kena turun kat sini ke? Bukan tren ni terus ke Shah Alam ke?"

"Awak jangan buat main. Tren ni terus ke Seremban tau. Aje tersesat awak nanti."

"Serius?? Biar betul??"

"Iya. Baik awak turun sekarang."

"Oh, OK, kak, terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumussalam."


Ya ALLAH, terima kasih banyak-banyak...nasib baiklah ada orang baik hati nak tunjukkan aku jalan balik. Kalau tak nyaris ke Seremban lah aku ni. Dahlah lewat malam. Bersyukur tak terkira. Alhamdulillah.

Aku melambai-lambai padanya sambil mengucapkan terima kasih berkali-kali walaupun kakak tu mungkin hanya mampu membaca dari bibirku kerana tren pun mula bergerak menghala ke selatan. Rasa terkilan pulak, tak sempat nak tanya nama. Baik hati betul dia.

Kepada kakak yang baik hati, semoga ALLAH mudahkan segala urusan akak juga dan melimpahkan rahmat dan keberkatannya kepada akak sekeluarga. Amiin.

Aku pun tukar tren untuk ke Shah Alam. Dan pulang dengan hati yang penuh tanda tanya dan rasa takjub. Sesungguhnya janji ALLAH itu MAHA BENAR!!!

Ada disebutkan dalam satu hadith, (maaf saya terlupa riwayatnya), yang bermaksud,"Seandainya hambaKu mencariKu dengan 'berjalan', Aku akan datang kepadanya dengan seolah-olah 'berlari'. Seandainya dia datang kepadaKu seolah-olah 'berlari', maka Aku akan menghampirinya seolah-olah 'sepantas kilat' malah lebih cepat daripada itu."

Dalam hadith yang lain ada menyebut, "Aku adalah mengikut persangkaan hambaKu". Maksudnya, sekiranya kita bersangka baik kepada ALLAH, maka ALLAH juga akan memberi kebaikan seperti yang kita sangkakan cuma mungkin adakalanya ianya cepat atau lambat, kita perasan atau pun tidak. Hakikatnya, kasih sayang ALLAH itu sangat halus.

Sampai sini sahaja, semoga pengalaman saya ini, dapat selalu saling mengingatkan kita semua tentang indahnya tawakkal kepada ALLAH. Wassalam.


No comments:

Post a Comment