Monday 3 January 2011

Moh Kita Belajar Dari Si Penguin Comel!

Maha Suci Allah yang menciptakan kejadian langit dan bumi.

Sepanjang hidup ini adakalanya, kita manusia terlalu angkuh hingga enggan belajar daripada penciptaan alam ini. Kita merasakan diri ini terlalu mulia dek kerana memiliki akal yang dapat membezakan antara manusia dan haiwan. Namun, sedarkah kita bahawa kita juga pada masa yang sama adalah makhluk yang paling bodoh kerana seringkali terpedaya dengan akal dan nafsu yang tidak berlandaskan iman.

Setuju atau tidak, hari ini cuba kita lihat masyarakat di sekeliling kita...apakah agaknya racun yang mengakar dalam diri kerana saban hari kita pasti disuapkan dengan berita-berita pembunuhan, rompakan, rogol dan yang paling menyedihkan ialah kes buang bayi! Sesuatu yang amat memalukan bagi umat ISLAM di Malaysia hari ini! Di manakah nilai kasih sayang kita sesama saudara se-Islam???

MUNGKINKAH AKU JUGA TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG MENYALAH LETAKKAN NILAI KASIH SAYANG ITU???

INDIVIDUALISTIK!!! itulah racun ummah ini yang paling bahaya!

Hanya kerana perkara kecil kita sanggup berpatah arang, berkerat rotan.Terserempak di tepi jalan pun kita buat tak endah je duk tunggu siapa yang nak beri salam dulu. Salahkah kita menghulurkan tangan terlebih dahulu? Mengaku saja kita sememangnya ego tak bertempat!

Apalah salahnya sempena tahun baru ni, kita tutup buku lama dan buka buku baru. Amalkan sunnah nabi SAW, memberi salam tak kira tua dan muda..atau paling kurang pun kita buat iklan Colgate dengan kawan-kawan yang kita terserempak kat tepi jalan atau mungkin juga dengan makcik pakcik jiran sebelah semasa kita duk siram pokok..atau boleh juga pada pelayan yang menghantar menu pesanan kita. Sekadar senyum dan ucap salam pun jadilah..

Jadi, pendek kata, tambahlah satu sahaja lagi azam kita tahun ni...
>>> Ucap salam bila bertemu dan terima kasih kepada sesiapa yang memberi/membantu.

Semoga dengan sunnah Nabi yang kecil ini, dapat juga kita tingkatkan kualiti servis dan kemahiran komunikasi. Ingatlah, setiap manusia suka dihargai. Inikan pula nikmat Tuhan perlulah kita selalu syukuri. Nikmat lidah, gunakanlah untuk ukhwah fillah.

Jadi, apa lagi jom kita belajar daripada kisah penguin yang comel ini! Semoga peringatan ini memberi manfaat terutamanya untuk diri saya sendiri juga. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment