Tuesday 25 October 2011

'Bebelanmu' Yang Ku Rindu Selalu

Tanpa arRahim-Nya maka takkan tercipta kasih antara kita. 

Aku cuma insan biasa yang lahir melalui rahimmu. Aku juga seperti anak yang lain. Adakala mengguris hatimu. Ada masa, aku terlupa bahawa syurga itu di bawah telapak kakimu. 

Ibu, aku mohon ampun darimu. Anakmu ini tidak sesempurna yang kau impikan.

Mungkin hari ini, kau, kau dan KAU di luar sana, yang membaca tulisanku ini, kau masih punya ibu yang sihat untuk terus membelaimu. Kau masih punya ibu yang ada kudrat bersisa untuk memasakkan hidangan kegemaranmu. Dan masih punya ibu yang tidak pernah bosan mengeluarkan 'mutiara' melalui lidahnya. Mungkin kau anggap itu satu bebelan yang begitu MEMBEBANKAN! Tetapi kau jangan lupa, kau juga akan lalui satu saat di mana kau sangat rindukan 'bebelan' itu.

Apa yang aku coretkan di sini adalah untuk berpesan-pesan. Kepada diri yang kerdil ini dan juga sahabat-sahabat yang aku kasihi. 

Hidupku mendidik aku untuk sentiasa menghargai kehadiran permaisuri hati ini setiap hari. Walaupun, adakalanya letih menjenguk diri tatkala harus berdepan dengan realiti. Ibuku bukan seperti ibu-ibu yang lain. Dia memerlukan perhatian sepenuhnya dan sokongan keluarga lantaran penyakit yang dihidapinya.

Walaupun dia masih mampu cergas ke sana ke mari dengan Kembara kesayangannya, itu tak bermakna aku dan adik-beradik yang lain boleh membiarkan ibu kami begitu sahaja. Sakitnya memerlukan kami membantunya dalam urusan seharian agar dia tidak melakukan kerja-kerja berat.

Dalam usia yang muda begini, ujian Allah ini sentiasa mentarbiyah aku untuk sentiasa gigih dan tabah menghadapinya. Malah ia buat aku tambah bersyukur kerana aku menjadi matang lantaran ujian ini. Terima kasih ya Allah.

Kepada sahabat-sahabatku di luar sana, janganlah sesekali kita menyangka usia muda adalah masa untuk ber'enjoy' sakan. Tetapi gunakanlah masa yang ada ini sebaik-baiknya untuk bersama dengan kedua ibu bapa kita. Entah esok, lusa, kita tak pasti siapakah yang "rumah kata pergi, kubur kata mari". Barangkali kita pergi dahulu sebelum sempat berbakti kepada ibu bapa. Nauzubillah minzalik. Semoga Allah golongkan kita dalam golongan anak-anak yang soleh dan solehah.

Kita tak tahu ada berapa jam lagi kita dapat bersama mereka. Gunakanlah saki baki usia mereka ini untuk kita menzahirkan kasih sayang kita kepada mereka. Kalau dengan "girlfriend" dan "boyfriend", boleh je nak sebut "I love you", kenapa tidak pada ibu sendiri? Jangan sampai ego yang berakar umbi itu menyebabkan diri menyesal di kemudian hari.

"Tadi mama jumpa doktor, doktor kata apa?"

"Itulah adalah sikit-sikit dokto kata. Kang bagitau anak, buat susah hati je baik tak payah. Tadi jumpa doktor tu praktikal rasanya. Biasanya student dari UM. Mama dah terbayang dah anak mama yang sorang ni pakai baju kot putih doktor, dengan gayanya. Dah dapat bayang dah rasanya macamana. Hmm..tapi entahlah, entah kan sempat, entah kan tidak. Mata ni pun dah kabur, tak berapa nak nampak. Dah 'tiba' dah agaknya."

Aku cuma tersenyum. Mendengar kata-kata itu membuatkan hatiku tambah sayu. Aku tak tahu apa yang akan terjadi 10 tahun lagi. Tetapi aku masih punya saat-saat yang berbaki ini untuk terus berbakti kepadanya.

Beloved Ma & Prof. Dr. Muhaya


Ibu, kaulah ratu hatiku.
'Bebelanmu' yang ku rindu selalu. Aku akan tetap menjadi pendengar setia.
Aku rindu padamu setiap waktu.
Ibu, semoga Allah merahmatimu dan memasukkanmu ke Jannatul Firdaus.

Terima kasih ya Allah. Ini adalah anugerahMu yang tak terhingga.


~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

No comments:

Post a Comment