Sunday 30 October 2011

Falsafah si Hai-O dalam Piala Malaysia

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Keputusan Akhir Piala Malaysia 2011 (29 Oktober 2011)
Terengganu 1 - Negeri Sembilan 2 

Erk? Untuk pengetahuan, saya bukanlah peminat bola sepak. Rasanya dah lama dah tinggalkan dunia ketagihan menonton 'live match'  tu. Cuma tadi, "tertengok" pula dek kerana Pa yang berminat nak tengok 'live match' Piala Malaysia nih. Jadi, layaaaann je lah...sambil-sambil membelek Reader's Digest tu, sambil telinga memasang pada topik rancangan di TV. Sambil menyelam minum air. Eh, membebel pula aku nih! 

Ok, apalah yang nak disibukkan sangat dengan falsafah Hai-O ni? Hmm...Jom baca!

"Ya, nampaknya sudah dua kali dalam tempoh 3 tahun berturut-turut pasukan Negeri Sembilan merangkul gelaran juara Piala Malaysia. Dan siapa kalau bukan Hairuddin Omar yang menjadi antara pemain penting skuad berjersi kuning itu? Hairuddin Omar yang lebih dikenali dengan panggilan Hai-O, boleh beri komen sikit tentang persembahan skuad Negeri Sembilan pada malam ini?"

"Pertama sekali, alhamdulillah dengan izin Allah kami berjaya menjuarai Piala Pusingan tahun ini. Memang pada mulanya, Terengganu telah mendahului kami dengan jaringan 1-0. Tetapi saya dan rakan sepasukan yang lain nampak bahawa yang sebenarnya kami mempunyai banyak peluang untuk menang. Jadi, kami teruskan juga hingga minit-minit akhir. Kami yakin yang kami mampu menang. Yang penting kita harus tetap percaya dan teruskan permainan dengan sebaik mungkin hingga saat wisel berbunyi. Akhirnya dengan izin Allah, kemenangan berpihak pada kami walaupun kelihatan sengit pada mulanya."

Hairuddin Omar  aka Hai-O (tengah, berjersi kuning)

Ya, begitulah lebih kurang kata-kata yang dilontarkan oleh Hai-O apabila ditemuramah oleh wartawan RTM.

Kalau dilihat semula dengan lebih mendalam, kata-kata si Hai-O itu tinggi falsafahnya. Manakan tidak, cuba kita fikir di luar kotak. Lihat melalui perspektif yang berbeza. Perspektif seorang Muslim super. Seorang mukmin. Bukankah dalam hidup ini "kita harus tetap percaya dan teruskan permainan sebaik mungkin hingga saat wisel berbunyi?" Hmm... sahabat semua nampak tak, apa yang saya nampak ini?

Sebagai mukmin, seharusnya individu itu berpegang teguh dan yakin pada janji-janji Allah. Bukankah Allah telah berjanji kepada kita dalam sebuah hadis qudsi (boleh dirujuk dalam Kitab Hadis 40 beserta syarahnya):-


On the authority of Anas (may Allah be pleased with him), who said: I heard the Messenger of Allah (peace and blessings of Allah be upon him) say:
“Allah the Almighty said:
‘O son of Adam, so long as you call upon Me and ask of Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds of the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I would forgive you. O son of Adam, were you to come to Me with sins nearly as great as the earth and were you then to face Me, ascribing no partner to Me, I would bring you forgiveness nearly as great as it.’”

[At-Tirmidhi (also by Ahmad ibn Hanbal). Its chain of authorities is sound.

Lihat! Bukankah Allah telah berjanji selagi kita tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu apa pun, maka apabila kita bertaubat kepadanya dengan bersungguh-sungguh, pasti akan diampuni segala dosa kita walau sebanyak manapun. Ini janji Allah!
Dan kita pula masih ada masa dan peluang sebelum 'wisel penamat' berbunyi. Bertaubatlah! Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Berusahalah menggapai redhaNya. Sesungguhnya rahmat Allah itu lebih luas daripada kemurkaanNya. Dialah yang Maha Penyayang. 
Untuk muhasabah diri yang kerdil ini, dan juga buat sahabat semua;
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.  Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."  [ Surah Yusuf 12: 87]

Allah masih sayangkan kita.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang banyak bertaubat, dan mencintai orang yang sentiasa menyucikan diri."  [Surah al-Baqarah 2: 222]

Berusahalah mendekatiNya sebelum 'wisel penamat' itu berbunyi. InsyaAllah, Dia akan lebih pantas mendekati kita. Allah tak pernah lupakan kita.
Ya Allah, ampunilah segala dosa hambaMu ini. Ya Ghafur arRahiim.

Credits to...
my Pa, for your stimulating question just now. "Apa falsafah di sebalik kata-kata dia (Hai-O) ?"
Also to Hilal Asyraf, in his book Fanzuru.
To RTM, for holding live coverage at Stadium Shah Alam.
But the most important thing, all praises are due to Allah the Almighty. Thank you, Allah!   :)

May Allah bless us.




~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

No comments:

Post a Comment