Wednesday 24 August 2011

Calculate Your Imaan - Theory of Infinity Happiness

Bismillah rahman rahim.

Ketak..ketik...ketak..ketik..masa terus berlalu dan manusia itu terus-menerus dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan bagi mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran. Ramadhan mula melabuhkan tirainya membuatkan hati ini merasa sayu sekali. Andai ini Ramadhan ku yang terakhir, layakkah aku berhari raya? Lailatul qadr belum lagi ku temui, tetapi sisa usiaku semakin memendek tiap saat... Apakah kita sudah mempersiap diri mencapai KPI (Key Performance Indicator) Fitrah seperti mana yang disasarkan sepanjang mendapat didikan di Universiti Ramadhan? Apa khabar iman, wahai saudaraku?

Pabila berbicara tentang fitrah, tentu ramai antara kita yang akan merujuknya kepada sesuatu yang dimaksudkan sebagai kembali kepada fitrah atau kembali "bersih". Sejauh mana kita berusaha untuk membersihkan hati yang penuh noda ini sepanjang Ramadhan ini? Atau Ramadhan ini kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi hingga terlupa untuk mengkoreksi diri? Tepuk dada, tanyalah iman!




"Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran, jika kau tak temui carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika kau tak temui carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati, jika kau tak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru." - Solusi Mei 2009-



Hati kita cuma SATU (1). Dan cuba bayangkan hati orang yang terlalu banyak titik hitamnya, pasti ruang putih bersih itu semakin berkurang, ruang-ruang kebahagiaan dan ketenangan dalam hatinya juga akan semakin menyempit. Maka bagaimana mungkin insan itu mampu mengecap kebahagiaan infinity dalam hidupnya? Kerana hatinya sudah disempitkan dengan titik-titik hitam, yang semakin hari semakin bertambah, menyesakkan dada, menyempitkan akal fikiran. Hatinya tidak betah melihat orang lain mendapat lebih daripadanya. Ada sahaja yang dihasadkannya..Mungkinkah ini semua berpunca daripada tuan empunya hati yang tidak mengerti dan tidak menghayati teori INFINITY ???


(Erk?? Teori apa pulak ni? Apa kena-mengena teori Calculus yang kau cuba masukkan kat sini nih, QueeNischK? Ce citer..ce citer...)

"Ok, 1st meh aku nak tanya kamu yang setia di depan skrin komputer membaca blog Eye of Mind ni...cuba kamu jawab soalan ini:- "

1/0 (or 1 divided by 0) is equivalent to ... ???


ANSWER THE QUESTION ABOVE...

"Dah?? Hang dah pikiaq dah ka? Haa..kalau hang duk klik..klik...calculator tuu memang ler Math Error cik adik sayang oii..hehe..UNDEFINED kan??? sebab jawapannya INFINITY !!! Haa..hang masih ingat lagi tak belajar infinity time Form 5 dulu??"

(Ape lah kau nih?! Dah bertahun aku tinggal SPM, bukunya pun aku dah bagi kat pak cik surat khabar lama tu dah..mana ler aku ingat)..


"Ok..ok..lek lu brother! Infinity tuu..ialah something yang kau TAK TERKIRAAAA banyaaaaknyaaa....haa...itu ler dia maksud infinity.."


So, kesimpulannya..cuba kita bayangkan, HATI yang kotor tu kalau dah berjuta-juta titik hitamnya..tentulah bila dibahagi nilainya akan jadi kecil betul tak? 

Hypothesis: Semakin banyak titik hitam dalam hati, semakin kecil nilai kebahagiaan hati yang diperolehi.
Explanation: Kerana formula kebahagiaan hati = TEORI INFINITY = 1 divided by 0 = 1 hati dibahagi dengan 0 titik hitam = INFINITY KEBAHAGIAAN ! :-D

So, kalau kamu, kamu, kamu yang ada kat depan skrin nih, pembaca setia coretan aku ni; nak kebahagiaan yang sejati yang INFINITY lah orang kata..apply lah teori Calculus ni dalam hidup kamu...

Eh..eh..silap plak..bukan KAMU ! Tapi KITA!!! Ya, KITA bersama berubah ke arah lebih baik...

Teringat pulak saya dalam post yang sebelum ni...
Surah Al- Baqarah:44"Would you ask others to be righteous and forget yourselves? Even though you read your Holy Book? Have you no sense?"


Istighfar...sungguh hati ini telah banyak melakukan dosa. Semoga Ramadhan kali ini menjadi universiti yang terbaik buat mendidik iman kita kepada RABB.


In advanced, I'd like to wish Happy Eid Mubarak, Selamat Hari Raya Aidilfitri to all my supportive blog readers. I'm always hoping for your doa' for my success in the world and the hereafter. I'm writing this post while I'm quite busy preparing for my final exam which is just around the corner. Frankly, I'm feeling quite joyless when realizing that our sacred month of Ramadhan is coming to an end. Hopefully we will have the opportunity to be in the next Ramadhan. 


Till here. May ALLAH bless all of us. Ameen. :)



2 comments: