Friday 19 August 2011

Manual Lab Cinta


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Baru-baru ini pada 16 Ogos 2011 bertempat di Anjung Pepatih, UiTM Negeri Sembilan (Kampus Beting), telah diadakan satu program anjuran Persatuan Pembangunan Insaniah (PPI) sempena malam Nuzul Quran. Penceramah jemputannya adalah insan yang tidak asing lagi dalam arena dakwah dan tarbiah di Malaysia, Ustazah Asni Al-Hafizah  (hos program TV 9 dan pendakwah bebas). Ceramahnya yang berjaya menarik hati ramai golongan siswa dan siswi di sini bertajuk "Manual Memburu Cinta Illahi".

Kalau nak diceritakan satu per satu, memang panjang ceritanya. Saya tak dapat untuk berkongsi secara detail di sini tetapi dalam banyak- banyak isinya, ada satu yang benar-benar menyentuh hati saya. Ia diceritakan dengan gaya santai tetapi sangat menyentuh sanubari yang dahagakan cinta.

Kata Ustazah Asni,"Saya ada seorang sahabat yang kisah hidupnya sangat hebat. Namanya Kak Fatimah. Dia seorang yang dilahirkan sihat dan sempurna fizikal seperti kita semua tetapi ditakdirkan Allah setelah 17 tahun menikmati keindahan dunia, tiba-tiba Allah telah menarik nikmat penglihatannya (kesan dari penyakit yang dihidapinya ketika berumur 17 tahun - barah otak).

Siapa yang tak sedih kalau dah 17 tahun mampu lihat dunia yang indah ini, tiba-tiba menjadi BUTA? Kak Fatimah mengambil masa setahun untuk adapt dengan "hidup baru" nya. Dia benar-benar sedih. Namun harus diteruskan juga hidup ini. Lalu dia mengambil keputusan untuk menjalani latihan Braille di pusat latihan orang buta. Di sana dia dan kawan-kawannya ditawarkan mempelajari Al-Quran Braille yang ketika itu baru sahaja dicipta oleh seorang rakyat Malaysia.

Selama 7 tahun dia mengambil masa untuk belajar Al-Quran Braille, akhirnya dengan izin Allah, Kak Fatimah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran berkat kesungguhannya itu. Apabila ditanya, tidakkah dia merasa sedih ditakdirkan buta? Jawapannya sungguh menyentuh hati, "Ya benar memang saya sangata sedih masa mula-mula bula. Tapi sekarang saya sedar Allah tarik nikmat mata saya kerana Allah nak beri nikmat yang lebih HEBAT dari itu kepada saya, iaitu nikmat mukjizat agung 30 juzu' Al-Quran dalam hati saya. InsyaAllah."

Sebelum Kak Fatimah menghembuskan nafasnya yang terakhir dia sempat berpesan kepada Ustazah Asni, sahabatnya itu, "Tetaplah jadi ahlul Quran."

Semoga ceritanya ini menjadi santapan rohani yang bermakna buat kita semua. InsyaAllah.

Barakallahufik. :)

No comments:

Post a Comment