Wednesday 31 August 2011

MERDEKAKAN JIWAMU ~ KEMENANGAN BERGANDA

Assalamualaikum warahmatullah. ;)
Apa khabar iman, saudaraku sekalian? Semoga ibadah kita sepanjang Ramadhan yang lepas diterima Allah dan Aidilfitri ini kita raikan dengan keadaan kembali fitrah. InsyaAllah...Syawal ini kita sambut dengan kemenangan berganda. Kemenangan pertama, ialah kejayaan menjalani ibadah puasa. Kedua, kemenangan kita sempena kemerdekaan negara yang ke-54.

Raya raya juga, tapi biarlah bersederhana dan kita tetap menjaga batas-batas syariat. Perkara yang paling kerap kita sering terlepas pandang ialah soal aurat dan pergaulan dengan bukan mahram. Walaupun dalam keadaan beraya tapi itu tak bermakna kita boleh memandang enteng kewajipan yang diperintahkan ke atas kita.



Seperti yang kita ketahuI, sepupu sepapat tu semua tetap bukan mahram. Jadi hukum menjaga aurat antara sepupu lelaki dan perempuan tetap wajib dijaga. Walau bagaimanapun, ada rukhsah di sini sekiranya tidak dapat dilaksanakan dengan yang paling sempurna, maka aurat wanita seperti kaki dan lengan diberi keringanan. InsyaAllah. Maklumlah musim raya, tentulah yang perempuan akan sibuk di dapur, dan aurat kaki dan lengan ini agak sulit dijaga. Maka di sini Islam memberi keringanan kepada umatnya.  Namun, harus diingat ini bukanlah satu tiket bagi kita wahai wanita Muslimah untuk meremeh-temehkan soal aurat ini. Selagi termampu, laksanakanlah sesempurna mungkin. Persembahkanlah kepada Rabb kita yang tercinta dengan amal ibadah yang paling cantik dan sempurna sebagai bukti cinta kita kepadaNya.

Namun dalam kita sibuk beraya ni, jangan dilupa jasa dan pengorbanan patriot negara yang gugur di medan perang 54 tahun dahulu. Sempena tarikh keramat tanggal 31 Ogos 2011 ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi, tanah airku kepada semua warga Malaysia yang tercinta! Isu semangat patriotisme yang semakin terhakis mutakhir ini sewajarnya kita jadikan iktibar. Kita adalah anak watan yang bertanggungjawab kepada tanah pusaka tercinta ini. Isu yang memperkatakan komunis itu adalah pejuang sebenar tanah air semasa peristiwa Bukit Kepong adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan!

Ini kerana sudah terang lagi bersuluh, ideologi komunisme itu sememangnya benar-benar bertentangan dengan pegangan kita sebagai umat Islam dan bertentangan dengan prinsip Rukun Negara yang pertama; Kepercayaan kepada Tuhan. Mengapa pada zaman yang serba moden ini, ketika pelbagai bukti-bukti saintifik telah berjaya membuktikan kebenaran kewujudan Tuhan; masih wujud lagi manusia-manusia yang tidak tahu membezakan antara yang hak dan batil? Mengapa masih wujud lagi manusia yang tidak tahu mempelajari dari sejarah silam? Mengapa masih ada manusia yang tidak tahu berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin negara sedangkan tokoh-tokoh itu semua telah sanggup mempergadai nyawa demi tanah pusaka ini?

Di manakah wahai bangsaku, MELAYU? Di manakah kau yang mengaku dirimu ISLAM itu? Di mana kau campakkan maruah bangsamu? Engkau sanggup menjadi boneka bangsa asing yang memporak-perandakan kita semata-mata demi pangkat dan kuasa. Sungguh benar kata Tun Dr. Mahathir,"Melayu MUDAH LUPA!"

Sebagai anak muda pewaris bangsa, jadikanlah apa yang telah terjadi ini sebagai pengajaran. Kuasailah pelbagai bidang ilmu dan kembalikannya untuk pembangunan negara kita yang tercinta. Tiada guna kita bersorak gembira, melaungkan "MERDEKA !" jika hakikatnya jiwa ini masih terjajah dengan pemikiran komunisme dan hedonisme. Bangunlah, wahai anak bangsaku! Merdekakan Jiwamu!!!



Prof. Hamka pernah berkata, "Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara itu maka lihatlah siapakah pemuda-pemudinya."

John F. Kennedy pula berkata, "Jangan tanya apa yang negara boleh beri kepada kamu, tetapi tanya apa yang kamu boleh beri kepada negara."

Akhir kalam, ingin saya 'hadiahkan' sebuah lagu buat saudara pembaca, anak Malaysia...

Lagu Warisan 
(Klik sini untuk video lagu)



Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya

Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita

Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi

Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia.


(p/s: bagi bekas pelajar MRSM, tentu kita masih ingat bukan? Inilah lagu yang sering kita nyanyikan setiap hari Isnin dulu...)


No comments:

Post a Comment