Thursday 14 April 2011

Rumah Mesti Bertiang

Bacalah dengan nama TuhanMu...


Saat saya menaip di sini, saya yakin sahabat di luar sana ramai yang masih tertunggu-tunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam mahupun luar negara. Saya pun macam tu! ;) Mungkin ada yang mohon bidang perubatan, farmasi, sastera ikhtisas atau mungkin juga ada yang pilih bidang kejuruteraan. Ya, bidang yang tak kurang pentingnya bagi negara membangun seperti Malaysia kita yang tercinta.

Nak bina bangunan tinggi-tinggi, rumah besar-besar mesti ada engineer yang hebat-hebat! Yelah, kalau tak tentu binaan tu takkan dapat bertahan lama kerana kualitinya ZERO je..mungkin akan jadi macam ni..

  

Haa...sesiapa yang biasa lalu di Highway KL - Karak tentu tahu kat mana tempat ni..Inilah maktab saya yang tercinta..tapi dah runtuh. MRSM Bentong, Pahang. Sebabnya, struktur pembinaan yang kurang kukuh menyebabkan apabila hujan tanah tak mampu mencengkam lalu terhakis. Akhirnya, kami semua 804 orang pelajar terpaksa berpindah ke MRSM TAR, Pekan.

Bila "tiang" sesuatu "binaan" itu tidak kukuh, itulah jadinya..Jadi, moral of the story, kita kenalah bina basement yang kukuh dulu baru boleh membina IMPIAN yang setinggi gunung! Tiang kita, apa dia???

AGAMA! Dan tiang agama, apa dia??
of course, SOLAT!!!

Jadi di sini saya nak share sikit tentang satu isu yang agak penting untuk dihujahkan. But firstly, I should give credits to the author of AEZU IN THE BLOG for giving me a "kick-start" to write this.

Isu: Wajarkah seseorang itu keluar dari majlis ilmu kalau sudah masuk waktu solat?

Jawapan: Sejujurnya saya bukanlah orang yang pakar fiqh untuk menjawab soalan ini. Tetapi atas kesedaran bahawa hal ini juga amat penting bagi kita semua untuk tahu yang mana satu lebih awla' (utama), maka alhamdulillah, dengan izin Allah saya ada membuat beberapa rujukan daripada buku-buku agama tulisan pakar fiqh. 

Sebelum saya menjawab dengan lebih mendalam, lebih utama untuk kita ketahui terlebih dahulu ketahui bahawa maslahat ini termasuk dalam kategori Fiqh Alawlawiyat. (Fiqh Mengikut Keutamaan).

Berikut adalah beberapa kaedah yang terdapat dalam Fiqh Awlawiyat:-


1- Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa panjang berbanding larangan yang mafsadatnya memberi kesan jangka masa pendek.
2-  Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya memberi kesan kepada orang yang besar jumlahnya berbanding larangan yang mafsadatnya memberi kesan kepada orang yang kecil jumlahnya.
3-  Lebih utama untuk menjauhkan larangan yang mafsadatnya bersifat pasti berbanding larangan yang mafsadatnya bersifat kemungkinan.

Dalam hal ini menuntut ilmu itu wajib, solat 5 waktu juga wajib. Jadi yang mana satu lebih utama? Jawapannya akan berbeza-beza mengikut situasi seseorang. 
1- Majlis ilmu, yakni ilmu akan memberi kesan jangka panjang. Tanpa ilmu, sesuatu amal itu tidak diterima. Tetapi menuntut ilmu di sini bukanlah maksudnya sehingga perlu mengqadha'  solat, cukuplah sekadar melewatkan beberapa ketika sehingga habis kuliah (selagi masih dalam waktu solat). Sila rujuk kaedah no. 1.
2- Tetapi jika kuliah tersebut berlangsung tanpa henti sehingga habis waktu solat, maka yang lebih utama adalah solat.  Ini kerana kuliah itu bersifat pasti (aturcara yang berlangsung tanpa henti). Manakala solat bersifat kemungkinan (yakni mungkin perlu diqadha' kan jika dilewatkan sehingga habis kuliah). Maka di sini sila rujuk kaedah no. 3 tadi.
3- Berbeza pula halnya tentang melaungkan azan apabila masuk waktu. Situasi ini memerlukan penggunaan kaedah no. 2 untuk diselesaikan maslahatnya. Iaitu azan itu lebih utama, perlu dihentikan seketika kuliah itu untuk memberi laluan muazzin melaungkan azan kerana azan memberi kesan kepada jumlah orang yang lebih ramai (yakni orang awam) berbanding majlis ilmu yang hanya memberi kesan kepada bilangan yang hadir sahaja. 

Bagi info tambahan: -
Menurut sesetengah ulama' dibolehkan jama' solat (tetapi mestilah tidak diqasar) , atas sebab:-
1- Hujan lebat (ada syarat-syaratnya). 
(Tetapi dilarang sama sekali menjamakkan solat bagi orang yang solat jemaah di rumah, orang yang tinggal dalam masjid ataupun orang yang rumahnya dekat dengan masjid. )
(Sumber: Kitab Al-Imla tulisan Imam Syafie')

2- Terdapat juga beberapa perselisihan pendapat tentang tidak dibolehkan jamak' lantaran uzur, sakit atau takut. Tetapi Imam Ahmad membolehkan. Pendapat Ahmad ini telah dipilih oleh golongan mutakhireen dari ashab As-Syafie'. Kata Imam Nawawi dalam syarah Al-Muhadzdzab: Pendapat ini kuat sekali.
Ibnu Sirin membolehkan jama', bukan kerana ketakutan atau sakit, sekiranya diperlukan asal tidak dijadikan adat kebiasaan dan terus-menerus dikerjakan. Ibnu Mundzir dan segolongan ulama' membolehkan kita jama' solat di kawasan tempat tinggal dengan ketiadaan takut, sakit atau hujan. Asal syaratnya ialah hanya apabila ada keperluan yang tidak boleh dielakkan.
Contoh: 
1- Kesesakan lalu-lintas yang berjam-jam dan tak boleh lari darinya;
2- Bagi para doktor yang melaksanakan operasi pembedahan yang melibatkan jangka masa yang panjang sedangkan dia bukan musafir.
3- Sakit kronik.
4- Jama' kerana ada kepayahan yang timbul yang tidak dapat dielakkan.

Ini berdasarkan hadis. Ibn Abbas berkata: Nabi Muhammad pernah menjamakkan antara Zuhur dan Asar serta antara maghrib dan isyak di Madinah bukan sebab musafir dan hujan. Apabila ditanya, baginda berkata baginda mahu memberi kelapangan kepada umatnya. (Sahih Muslim)

Walau bagaimanapun, hendaklah kita berlapang dada dan saling menghormati dalam perselisihan pendapat tentang hukum fiqah. Pilihlah mana yang paling kuat dalilnya untuk diamalkan tanpa mencerca amalan orang lain selagi mereka juga berpijak atas hujah.
Semoga ALLAH SWT meredhai ibadah dan usaha kita serta mengampunkan segala dosa kita. Amiin.
Sekiranya ada yang salah dan silap, saya mohon pembaca memperbetulkan kesilapan saya itu. Wallahua'lam.

RUJUKAN:-
i) Terjemahan Kitab Al-Umm oleh Imam Syafie'
ii) Hukum - hukum Fiqh Islam oleh Prof. Dr. Hasbi Ash Shiddiqiey terbitan Penerbit Bulan Bintang Jakarta : Cetakan Tahun 1983
iii) Fikah Luar Negara oleh Maszlee Malik dan Hamidah Mat, terbitan PTS Millenia.
iv) Novel Denyut Kasih Medik oleh Dr. Farhan Hadi terbitan Telaga Biru

4 comments:

  1. Alhamdulillah. semoga Allah bantu kita.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..hafizah,gambar maktab tu..hehe...

    ReplyDelete
  3. huhu...gambar tu ada maksud yg tersirat kalau kita lihat dgn mata hati...dan kisah yg sgt menyentuh hati..(saya jelah yg tau apa kisahnya..hehe) ;)

    ReplyDelete