Sunday 17 April 2011

MELAYU SELAYU NAMANYA

Dengan Nama ALLAH yang Maha Bijaksana.

Ya, aku juga insan berbangsa MELAYU! Tak mungkin aku sanggup untuk mengiakan "kelayuan" bangsaku itu! Tetapi apa yang terjadi baru-baru ini di UM benar-benar "memanaskan telinga"  aku. Tindakan Naib Canselor UM, Prof. Dato' Dr. Gauth Jasmon pada 14 Februari itu boleh dikatakan melampau! 

Beliau telah memanggil pelajar Melayu ke hadapan dan menyuruhnya berucap dalam bahasa Inggeris. Kemudian beliau memanggil pula pelajar asing dan disuruh berucap dalam bahasa Inggeris. Tindakan beliau itu bertujuan untuk memalukan pelajar Melayu tersebut yang berbahasa Inggeris dalam dialek negerinya. Lalu beliau membuat kenyataan bahawa fakulti Sastera dan Sains Sosial dan Akademi Pengajian Melayu "bermasalah besar" kerana paling kurang menyumbang mata dalam kenaikan ranking QS World University Ranking.


Semakin hari isu ini semakin hangat diperkatakan dalam kalangan pelajar dan pensyarah kerana ini seolah-olah merendah-rendahkan martabat orang Melayu dan kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan.

Namun, sedarkah kita wahai orang-orang MELAYU  ?! Di sebalik keburukan tindakan NC tersebut, sebenarnya ada baiknya kalau kita berfikir luar dari kotak..Jangan hanya menuding keburukan orang lain. Adakalanya teguran "musuh" itu lebih berguna daripada pujian melambung daripada seorang "teman".

Seharusnya kita jadikan ini satu titik permulaan untuk kita bangkitkan semula kegemilangan yang pernah kita capai suatu masa dahulu...ketika bahasa Melayu adalah lingua franca rantau ini. Ingatlah wahai orang-orang Melayu! Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa kitalah yang pertama mengelilingi dunia..bukannya Ferdinand Magelan tetapi dia Melayu, yang bernama Awang!!!

Butakah engkau orang-orang Melayu, bahawa suatu ketika dahulu bangsa kita pernah melayari samudera, mengelilingi dunia lalu menjadi bangsa yang terkemuka?? Atau engkau memang selayu namamu??

Mulai saat ini, sebagai Melayu elit, kita mesti kuasai bukan sahaja bahasa Inggeris tetapi pelbagai jenis bahasa dunia agar suatu hari nanti, jika ada yang cuba menggugat kedudukan bangsa kita dan bahasa ibunda, kita mampu 'menangkisnya' satu per satu dengan penuh yakin sekali.


Ingatlah, gemilangnya Melayu itu suatu ketika dahulu adalah kerana sinarnya Islam sebagai pegangan. Kembalilah pada agamamu yang sempurna nescaya engkau kan mampu menakluk semula dunia !!!


No comments:

Post a Comment