Friday 1 April 2011

KEMBARA

KEMBARA SEORANG HAMBA

Ketika jasadku berdiri di sini,
Hati dan fikiran ini nyata telah terbang tinggi,
Kembara mencari erti hidup sebagai hamba;

Resah melanda sukma,
Tak mampu ku ungkapkan lagi,
Betapa jiwa ini dahagakan tarbiyahNYA;

Namun mampukah aku lalui lorong yang ku pilih ini,
Seorang diri mengembara di benua asing,
Benar! Aku telah jatuh cinta pada keindahannya,
Namun KEINDAHAN siapakah sebenarnya yang aku terpesona itu?

Lorong ini yang ku pilih penuh yakin,
Demi cinta yang ku cari bukan cinta biasa,
Lorong ini yang ku tempuhi tajam sungguh duri-durinya,
Kerana manusia tanpa henti melontar padaku kata-kata yang mengguris kalbu,

Lorong ini aku pilih hanya kerana CINTA,
Cintaku pada ilmu itu,
Ilmu yang akan menjadi nadiku selagi jantung ini berdegup,
Tapi ilmu siapa sebenarnya yang aku cinta itu?

Lorong ini aku singgah walau penghujungnya masih takku pasti,
Akan membawa ku ke mana,
Kerana yang ku cari bukan sanjungan manusia,
Aku cari kedudukanku di hadapanNYA;

Teguh pendirianku pada yang SATU,
Tetap keputusan ini yang aku mahu,
Aku mahu kembara jauh...
Jauh ke benua yang bisa mengajarku tentang "itu",
Erti hidup sebagai hamba...

Maka izinkanlah aku pergi wahai insan-insan yang ku cinta,
Aku pastikan kembali dengan ilmu penuh di dada,
Dan cinta pada yang ESA,
Restuilah pemergianku,
Kembara seorang hamba.


Karya Asli Oleh:-
QueeNischK
01 APRIL 2011

No comments:

Post a Comment