Monday 28 March 2011

MARI MENJADI INSAN PALING BAHAGIA (2)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH & MAHA PENGASIH.

Assalamualaikum wbt.

Entry kali ni, apa kata kita sama-sama meneroka alam..hehe..ini bukan alam biasa..ini alam C.I.N.T.A. <3

Alasan saya mudah saja..saya benar-benar tertarik dengan status kawan-kawan kat FB yang asyik menghebahkan kepada dunia betapa angaunya mereka. So, jom kita terokai bersama!

Ramai orang kata,
"Aku suka kat dialah..sebab dia LAWA. Dia KAYA..Dia segala-galanya."
"Aku rasa nak demam seminggu kalau tak jumpa dia..dengar suara dia sehari."
"Sayang sayang, sayang saaayang sayanngg..Sayang sayang sayang??"
"Papa, mama rindu papa lahh.."

Eeww...dah dah..cukup kot ayat jiwang aku tulis kat sini..kang termuntah hijau aku! :p
Hakikatnya, semua manusia itu mencari CINTA sama ada sedar atau tidak. Rindu yang berputik itu tanda cinta. Tapi apakah landasan cinta yang terbina itu? IMAN atau NAFSU semata-mata??

Sedarlah sahabatku yang kau rindu itu DIA...yang kau cinta itu DIA..dan yang kau cari itu DIA !!
DIA yang memiliki nama-nama yang INDAH.
DIA yang SETIA bersamamu setiap degup jantungmu.
DIA yang MAHA KUASA.

Apakah kau mahukan bukti baru kau mahu percaya?? Mahukah engkau dikhabarkan sesuatu yang bisa "meruntuhkan" keegoanmu tentang cinta dunia??

Sungguh tanpa kasihNYA Ar-Rahim; maka takkan tercipta kasih antara kita! Maka kasih siapakah yang kau dambakan???

Sungguh tanpa kekayaanNYA Al-Ghaniyy; maka takkan mungkin kau mampu memiliki harta yang bertimbun-timbun! Maka kekayaan siapakah yang kau gila-gilakan???

Sungguh tanpa keikhlasan dan kesucianNYA Al-Quddus; maka takkan wujud simpulan kasih yang penuh suci ini! Maka keikhlasan siapakah yang kau cari??

SIAPAKAH YANG KAU RINDUKAN SELAMA INI??
Katakanlah sahabatku, SIAPA???

Katakanlah sahabatku;
"Sungguh yang aku rindukan adalah ALLAH!"
"Yang aku cintakan adalah ALLAH!"
"Yang aku cari selama ini adalah ALLAH!!!"

ALLAH! ALLAH! ALLAH!

Sungguh bukan kepala matamu yang BUTA! Tapi mata hatimu yang BUTA!!!
Insaflah... ucapkan "ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIIM"


Hanya ini yang mampu saya kongsikan bersama pada hari ini. Yang baik itu datangnya daripada ALLAH dan yang buruk itu kelemahan diri saya sendiri. Hakikatnya, semuanya datang daripada DIA yang MAHA MENGETAHUI. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment