Tuesday 19 April 2011

JANGAN PERASAN DIRI KAU SUCI !

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dengan izin ALLAH, hari ini jari-jemari ini masih mampu menari di atas keyboard untuk mencoret seuntai kata untuk dirasa. Agar apabila dibaca, dari skrin >> mata >> mata hati >> ZUPP!! menyerap ke dalam jiwa, menyentuh hati yang 'mencari'. InsyaAllah.

Baru-baru ini, saya ada terbaca komen seorang rakan di FB yang berbunyi lebih kurang beginilah... "Tak semestinya orang yang tak pakai tudung tu tak sembahyang; yang kawan dengan ramai lelaki itu dah hilang maruah..sedangkan ada gak orang yang pakai tudung labuh tapi buat maksiat gak lagi teruk adalah..dalam pakai salib..luar macam baik. Don't judge a book by its cover laa! Aku benci arr orang yang suka judge sesuka hati nih!" (Ayat ini telah di-edit untuk tujuan privacy). 

Wall post ini adalah antara yang HOT masa tuh..Bukan tujuan aku untuk menjatuhkan air muka mana-mana pihak tetapi ini lebih kepada untuk introspeksi diri bersama.

Dulu aku juga pernah jahil tentang hukum agama ini. Bukan sebab aku tak tahu tapi lebih kepada kerana sifat aku yang terlalu suka "mengkaji" yang mana telah memberi kesan kepada hidup aku sampai saat ini. Ada pro dan kontranyalah...

Dulu aku biasa berkawan dengan ramai lelaki (p/s: jangan salah faham..aku berkawan tu gaya gangster dengan diorang bukannya kes romen-romen macam budak-budak sekarang ye!) Kalau jumpa diorang siap boleh aku tumbuk-tumbuk lagi punyalah "ganas" aku dulu. Macam ala 'terrorist' je..hahah..semua orang tak berani kacau.

Lepas tu, biasa gak aku buat kerja-kerja nakal ni..maksud aku main-main dalam kelas (kira tak retilah nak hormat cikgu). Aku buat semua tu sebab aku "memberontak" lah apsal orang ingat perempuan ni lemah ke? boleh buli-buli camtu..Sebab dulu aku pernah le sekali jadi mangsa buli masa kecik-kecik. Lagipun, aku bengang arr sebab aku pernah ada pengalaman tengok orang yang pakai tudung labuh tapi cakap mencarut dan tak tahu hormat orang lain..Perangai mengalahkan minah seksi.

Aku persoalkanlah buat apalah nak sibuk-sibuk pakai tudung labuh tapi perangai tak betul. Jadi fitnah agama. Buat apalah nak sibuk-sibuk solat tonggang-tonggek, tapi curi kasut orang,  jaket orang kat surau. Hey, ini bukan cerita rekaan TAPI ini adalah pengalaman aku sebagai anak kota metropolitan ini. Huh! Makin hari aku makin meluat...Dan aku TAK SUKA orang paksa-paksa aku buat itu ini dengan alasan tak buat DOSA! Hipokrit je semua tuh! (jangan marah dengan ayat aku yang pedas ini !)

Tapi, walaupun "senakal-nakal" perangai pun, satu benda yang aku tak pernah tinggal sejak baligh ialah SOLAT 5 WAKTU setiap hari. Tapi dalam diam, aku selalu tertanya-tanya apakah benar SOLAT ITU MAMPU MENCEGAH KEMUNGKARAN ???







Akhirnya, pada satu tahun tu bulan Ramadhan, Allah mencampakkan ke dalam hatiku cahaya taufiqnya sehingga aku benar-benar bersujud kepadaNya dan terlalu bersyukur atas kurniaan itu. Sejuk menyentuh kalbu. Sejak saat itu aku berjanji bahawa aku akan terus "mencari"Nya dengan sesungguh-sungguhnya...

Sahabat semua tahu tak apa sebenarnya yang buat aku berubah?! Ia adalah semata-mata kerana aku tersentuh dengan kelembutan kasih sayang ALLAH. Walaupun aku dah banyak melakukan dosa sama ada dengan sengaja atau tidak..aku hairan kenapa ALLAH tak hukum-hukum aku?? Sebaliknya makin "jauh" aku dari DIA, makin seolah-olah DIA berkejar memberiku cahaya kehidupan. DIA tak pernah hukum aku macam manusia hukum aku bila aku buat salah..

Korang cakap sahaja apa yang aku tak ada dalam hidup ini?! Bukan nak berlagak, tapi aku nak tunjukkan betapa ALLAH itu terlalu Pemurah dan Penyayang kepada kita semua! Aku ada keluarga yang bahagia, aku ada rumah yang selesa, duit yang cukup, kawan yang ramai...semua aku ada..bahkan semakin aku "jauh" makin banyak pula DIA memberi nikmat kepadaku..contohnya, sepanjang zaman aku bersekolah hampir setiap tahun aku dapat Anugerah Cemerlang..

Tapi sahabat semua, sedarlah akan tiba satu saat nanti di mana korang akan merasa KOSONG. Tak ada apa-apa..rasa macam korang keseorangan sangat di tengah-tengah keriuhan ramai orang. Sebabnya, material yang kita ada tu semua hanya dapat memberi kebahagiaan sesaat dua je..tak caya contoh paling simple ialah cuba korang beli handphone baru hari ni, confirm dalam 3-4 bulan lagi korang dah bosan dengan handphone tu..paling koman tahan setahun..pastu mulalah nak merengek beli handphone baru (sibuk nak BB lah, iPhone lah, apa lagi?), laptop baru, kereta baru, baju baru...semua nak baru..last sekali, kebahagiaan yang korang dapat tu hanya bertahan sesaat dua je..betul tak?!

Sebab tulah kat sini, aku bukanlah nak mengutuk orang yang bertudung labuh, jauh sekali memuji orang yang membuka aurat..tapi yang paling penting di sini ialah CARA kita mendekati dan menegur seseorang itu..bukannya main tibai je nak kutuk-kutuk. Ingat diri tu dah SUCI sangat ke??

Adakalanya kelembutan itu lebih BERKUASA dan lebih MENYENGAT daripada hukuman kasar lagi melulu. Kita manusia tak berhak nak menghakimi sesiapa, hanya ALLAH yang Maha Menghakimi. Mana tau orang yang kita kutuk-kutuk itu lebih mulia di sisi ALLAH berbanding kita yang nampak 'alim nih..Masih ingat lagi tak cerita pelacur yang bagi anjing minum lalu masuk syurga tu??? Hmm...

Fikir-fikirkanlah..nasihat dari seorang sahabat ini. Aku sendiri bukanlah insan yang suci dari dosa. Mohon maaf kalau terkasar bahasa. Cuma pesan aku buat para daie' muda di luar sana, bersabarlah ketika mendekati mad'u kita sepertimana sabarnya ALLAH melayani karenah kita yang tak reti-reti bersyukur ini. Moga-moga dengan kelembutan itu berjayalah  kita menyentuh hati mereka.

Salam ukhwah, salam mujahadah!


- QueeNischK -

4 comments:

  1. emm.saya rasa saya tahu siapa yang buat post tu.

    terkejut jugak mula mula baca.tak patutlah kan tulis macam tu.dah tahu tak pakai tudung tu dosa buat lagi.and dah tahu bergaul dengan lelaki tu membuat orang memandang serong,tak payah lah.agak agak jelah nak berkawan.

    just opinion :)

    ReplyDelete
  2. ye memang betul..tapi kita juga tak seharusnya memandang serong terhadap penulis komen tersebut sbb kita takde hak utk judge org. lebih baik kalau kita memberi contoh yg baik dan b'lemah lembut. sbb tu lebih berhikmah.

    well, action speaks louder than words right?! :) maafkan saya psl post itu. takde niat utk mengaibkan mana2 pihak.

    ReplyDelete
  3. betul betul.

    its okayy.jadikan post ni untuk renungan bersama. :)

    btw,check out this video.taktaulah kalau fizah dah tengok.tapi agak related lah dengan post ni,, :D

    http://www.youtube.com/watch?v=VRipa6KII-0&feature=channel_video_title

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing the link, FANA! ;)

    ReplyDelete