Wednesday 16 March 2011

MARI MENJADI INSAN PALING BAHAGIA

Bacalah dengan nama Tuhanmu...

Pada 14 dan 15 Mac 2011, dengan izin ALLAH, saya telah menghadiri ESQ Leadership Training buat pertama kalinya di UEM Academy, PJ. Awal-awal pagi sudah bertolak supaya tak "tersangkut" dalam "traffic jam".

SUBHANALLAH! Sungguh saya begitu bersyukur kerana menjadi hambaNYA yang terpilih ke program ini. Tatkala dibacakan ayat Al-Quran dan ditunjukkan segala kebesaranNYA, sungguh diri ini merasa kerdil dan hina di sisiNya.

Diriku benar-benar terpempan dengan segala bukti yang penuh saintifik ditunjukkan di hadapan mata kepalaku. Dengan aplikasi sound system yang berteknologi tinggi, pendekatannya berjaya menyentuh hati dan lain dari yang lain. Seolah-olah berada di panggung wayang bertaraf 5 bintang...Sungguh ilmu ini hanyalah pinjaman daripada ALLAH semata-mata.

Kalau nak diceritakan di sini apa yang didapati melalui ESQ, rasanya sampai esok diri ini takkan mampu menulis, kerana walau dikumpul seluruh lautan menjadi dakwat dan pepohon menjadi penanya, nescaya aku terlalu lemah untuk mengira-ngira segala ilmu yang tersebut dalam QalamNYA.

ESQ Training menekankan aspek IQ, EQ & SQ (Spiritual Quotient). Ramai orang punya IQ, Jarang orang miliki EQ, dan paling sedikit orang kuasai SQ. Kekuatan training ini terletak pada hari ke-2. Ketika majlis mula menutup tirai, ternyata hati ini merasa sayu mahu meninggalkan sahabat-sahabat yang bertemu kerana ALLAH. Saat ini diriku merasa kita semua benar-benar satu keluarga & bersaudara walaupun baru 2 hari berkenalan. Sayu rasanya...

Tak dapat dinafikan, dalam majlis ilmu yang penuh barakah ini, aku benar-benar menemui dengan "ketenangan yang sejati" dan "kebahagiaan abadi" yang ku cari selama ini. Jujur sekali dikatakan, selama ini diri ini benar-benar merasa "kosong" kerana walau punya wang yang bertimbun, teman yang ramai, pelajaran yang baik, tetapi jauh di sudut hati, aku merasa sunyi sekali tanpa ku ketahui apa puncanya...

Rupa-rupanya, memang benar apa yang dikata; "Sungguh bukan mata kepalamu yang buta tapi mata hatimu yang buta!!" Dan hari ini, syukur kepada ILLAHI kerana mengizinkan diri yang kerdil ini mengenal cintaNYA yang sebenar-benarnya..

Mengenal diri..SIAPA AKU? dan APA YANG KU MAHU?

ALLAHU AKBAR! Saya sungguh-sungguh ingin mengajak sahabat semua, hadirlah ke ESQ. Moga kalian juga temui "sinar" yang ku temui. Hidayah itu milik ALLAH. Mohonlah kepadaNya, moga diberikan petunjuk yang benar.

Sesungguhnya kasih sayang yang tercipta antara kita adalah bukti kasih sayang ALLAH. DIA telah mencampakkan ke dalam hati kita sifat Ar-Rahim NYA agar dengan itu kita akan berkasih sayang keranaNYA semata-mata.

Maka kepada siapakah kasih sayang yang kita dambakan? Pencipta kasih sayang itu atau "Penyampai" nya???

Ilmu yang disampaikan ini hanyalah setitis dari lautan ilmu ALLAH. Hanya DIA yang berhak diberi pujian dan pengagungan. Moga ALLAH ampunkan dosa kita semua. InsyaALLAH.

Wallahua'lam. =)



2 comments:

  1. kalau ada masa nanti cerita kt aku blh x apa yg ko belajar kt ctu,,,,mslh aku sama cm ko......MASIH RASA KOSONG..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..kita sama2 berkongsi apa yg baik utk kita. :) buat masa ni, aku perlu uruskan bbrp hal yg urgent..aku akan cuba sedaya upaya utk ringkaskan cerita itu dlm post aku nnt. insyaAllah. :)

    ReplyDelete