Thursday 10 November 2011

Lorong Rahsia Menuju Angkasa

Dengan nama Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya saya mengumpul kekuatan kembali untuk melalui hari ini dengan penuh bersemangat! Rasa agak janggal kalau dah lama sangat tak singgah di "Taman Syurga" ni. Yelah, kan Nabi Muhammad SAW pernah kata, majlis ilmu itu adalah taman syurga di dunia!


Disebabkan semangat yang berkobar-kobar ni, saya terpanggil pula untuk berkongsi cerita tentang katanya ada satu lorong rahsia kat muka bumi ni yang menuju ke angkasa. Eh, betul ke? Ce citer..ce citer..  :-p


Angkasa adalah sangat sinonim dengan simbol kejayaan seseorang. Betul tak? Saya yakin sahabat semua pasti pernah dengar lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir.


"Gemuruh jiwa semangat membara,
Dari puncak ingin ke angkasa,
Berkalungkan bintang berkerlipan,
Menyerlah jauh dari yang biasa..."


Bukankah lagu itu menceritakan tentang semangat pemuda yang luar biasa yang ingin berjaya sebagai insan terbilang? Hmm..untuk berjaya secara luar biasa tentulah seseorang itu memerlukan strategi yang juga luar biasa!






Winners don't do different things; they DO things DIFFERENTLY .  - Anonymous


Tak lama lagi saya dan kebanyakan pelajar UiTM yang lain akan menempuh semester baru. Tentunya semester yang baru ini kita semua target sesuatu yang lebih tinggi. Untuk capai sesuatu yang hebat perlukan strategi. Pesan Saidina Ali karamallahu wajhah: "Kebenaran tanpa perancangan akan dapat ditewaskan oleh kebatilan yang terancang."  Ingat tu!


Jadi apa yang patut kita lakukan ialah :-


1. Set target secara spesifik dan realistik.
Contoh: Aku mahu capai CGPA 4.00 dalam jangka masa 6 bulan ini.


2. Lakukan 'baby step' :-
Contoh: Untuk capai CGPA 4.00 aku perlu lakukan beberapa langkah kecil dahulu seperti membersihkan hati dengan memperbanyak zikrullah, membuat preview teks sebelum mula kuliah dan memastikan segala perkara yang aku tidak faham ketika sesi syarahan diselesaikan pada hari itu juga dengan cara bertanya pada pensyarah dan kawan-kawan.


3. Buat check list hujung minggu.
Contoh: Apabila tiba setiap hari Jumaat dan Sabtu, aku mestilah selesaikan segera segala tutorial dan perkara-perkara yang kurang faham ketika kuliah. Selesaikan juga kerja-kerja peribadi seperti membersihkan bilik dan pakaian. Dengan itu apabila tiba hari Ahad, aku boleh merehatkan tubuh dan minda.


4. Leaders are READERS.
Contoh: Untuk jadi orang hebat, aku juga mesti banyak MEMBACA bahan ilmiah. BUANG semua majalah gossip dan buku yang sia-sia. Aku hanya baca buku / majalah yang menambah ilmu aku dan membuka minda.


5. Sharing is loving.
Contoh: Pastikan aku mampu ajarkan balik kepada kawan-kawan topik yang dipelajari. Itu sebagai penanda aras bahawa aku sudah cukup faham dan mahir topik tersebut.


Lagi???


Nanti akan saya kongsikan lagi. Ada beberapa tugasan sedang menunggu saya ni...Ngee...


Sebelum itu, saya nak kongsikan sedikit kata-kata inspirasi yang telah membuat saya bersemangat hari ini:-


"Lorong ke syurga dipenuhi dengan duri-duri, lorong ke neraka dipenuhi dengan keseronokan dunia." (Hadis yang saya dapati melalui radio Ikim.fm)


Berusahalah walaupun mencabar! Selamat beramal! 

Semoga Allah memberi banyak kebaikan kepada kita. Amin.  :))  









~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

No comments:

Post a Comment