Saturday 12 November 2011

A+ Bukan Untuk Si Genius Yang "Dungu"

Segala pujian hanya milik Allah penguasa sekalian alam.

Sambungan entry terdahulu...Click [HERE] for the previous entry.

Entry sebelum ini, saya ada berkongsi tentang bagaimana untuk menyerlahkan potensi diri dan tingkatkan momentum persembahan. InsyaAllah, entry kali ini adalah serba sedikit perkongsian buah fikiran saya untuk 'dihadam' bersama.  :))

Ramai orang bercita-cita tinggi, tetapi tak ramai yang sanggup berkorban demi mencapai cita-citanya itu. Kadang-kadang kita tak sedar potensi yang ada dalam diri kita sehinggalah seseorang 'menjeritkannya' pada telinga kita hingga menggerakkan segala neuron-neuron yang 'tertidur' untuk bangun semula dan bekerja merembeskan neurotransmitter ke otak. Heh..Lalu dengan spontannya lidah ini pun menyebut, "Ya, aku memang BOLEH!"

Sahabat semua pernah tak dengar cerita pasal macam mana patung Buddha emas di Thailand ditemui semula  setelah misteri beberapa abad lamanya? Haa...ni yang che' nak habaq mai nih! ^_^

Pada suatu ketika, tahun 1957, sekumpulan ahli biara di Thailand telah ditugaskan untuk mengalihkan sebuah patung Buddha tanah liat yang besar ke lokasi yang baru. Ketika kren itu mula mengangkat patung besar tersebut, ia terlalu berat hingga hampir-hampir retak. Keadaan bertambah buruk lagi apabila hujan mulai turun . Dek kerana takutkan ia akan merosakkan patung itu, mereka pun menghentikan kerja-kerja pengalihan itu sementara waktu. Mereka memutuskan untuk menyambung kerja tersebut pada keesokan hari.

Pada malam itu, salah seorang ahli biara itu keluar untuk memastikan keselamatan patung Buddha. Ketika menyuluh ke arah patung tersebut, dia terlihat suatu pantulan yang bersinar daripada retakan patung tersebut. Dek daya ingin tahu yang sangat tinggi, dia pun mengambil alatan tukang untuk memeriksa patung Buddha itu. Akhirnya, setelah membersihkan segala lumpur tanah liat yang terdapat pada patung itu, si ahli biara itu pun sangat terkejut kerana mendapati yang diangkat oleh mereka selama ini bukanlah patung tanah liat yang disangka-sangka. Rupa-rupanya ia adalah patung emas Buddha yang telah disaluti lumpur tanah liat.

Ramai sejarawan yakin bahawa beberapa ratus tahun dahulu, ahli biara Thai telah menyaluti patung Buddha emas itu dengan lumpur tanah liat bagi melindunginya daripada ancaman tentera Burma. Pertarungan berlangsung lalu tentera Thai kalah teruk. Sehinggalah pada tahun 1957, akhirnya barulah rupa sebenar patung Buddha itu dapat diketahui ramai.

Lihat! Begitu juga dengan diri kita, adakalanya kita memerlukan seseorang untuk 'brainwash' kita, barulah kita dapat berfikir dengan maju dan luar biasa hebat! Adakalanya kita perlukan pengorbanan yang besar untuk mencapai cita-cita kita yang menggunung itu. Semuanya adalah MUNGKIN - POSSIBLE , selagi mana kita berusaha keras dan konsisten. Tiada kejayaan yang datang bergolek. Bahkan si genius pun akan menjadi 'dungu' kalau dibiarkan mindanya 'mati' tak berfikir.

Minda kita ni, ibarat enjin kereta. Makin lama tak diguna, makin berkaratlah dia. Perlu diservis selalu, barulah dapat bekerja pada tahap optimum.

Kalau diceritakan pengalaman saya (yang bukanlah seorang genius ini), alhamdulillah, rasa sangat bersyukur apabila saat keputusan final exam keluar, keputusannya mampu membuat saya tersenyum di hadapan skrin laptop. Manakan tidak, bagi seorang budak (oppss..budak lagi ke?!) yang sememangnya bakat saya lebih terserlah dalam hal-hal pemikiran kritis dan bahasa, tentulah saya tidak terlalu mengharap untuk mendapatkan A+ dalam subjek Pre-Calculus saya. Mungkin sahabat pembaca, orang yang jauh lebih bijak dari saya, jadi sahabat tak terasa sangat, setakat A+ tu petik jari pun dah dapat betul tak? Tapi untuk orang macam saya, tentulah perlu kerja lebih sikit supaya keputusannya pun jauh lebih terkedepan. 

Sekadar berkongsi pengalaman, saya sememangnya bersungguh-sungguh tahap gaban orang kata sejak melangkah masuk ke universiti ini. Sebab dah lama dah saya impikan untuk sambung belajar dalam bidang Sains yang saya cintai. Tentulah saya akan buat yang terbaik untuk perkara yang dicintai. Jadi, boleh kata hampir setiap hari saya akan buat latihan tutorial Pre-Calculus dengan bersungguh-sungguh. Ditambah pula dengan menyelak nota-nota senior yang baik hati, setiap kali ada yang saya tak faham, segera saya selesaikannya dengan bertanya pensyarah atau kakak senior. Memang mula-mula rasa tercabar juga keimanan ini apabila melihat kawan-kawan yang lain keluar berseronok hujung minggu. Tetapi saya dah nekad separuh mati, kalau tak siap kerja jangan harap nak keluar. Bagi saya keluar itu hanya apabila ada tujuan dan juga sebagai 'rewards' setelah berhempas-pulas sepanjang minggu. Kalau tidak, saya akan teruskan bekerja. Tetapi pada masa yang sama masih mengambil berat soal kesihatan dan rehat. Takdelah macam orang gila..haha  :-p

Kalau subjek lain pun, saya sungguh-sungguh juga, cuma rasanya yang paling saya konsisten ialah subjek Pre-Calculus. Saya sangat khuatir kerana pensyarah awal-awal lagi telah memberi amaran bahawa subjek ini adalah subjek yang paling ramai pelajar 'sangkut'. Memang pulun habis, saya buat latihan, cuma bila last minute tu, tinggal formula Trigonometry je yang bukan main payah lagi nak lekat kat kepala ni. Apapun alhamdulillah A+ juga akhirnya! :))

Pernah juga suatu ketika, saya terpaksa mengikat perut demi nak menyimpan duit untuk beli buku teks yang beratus harganya. Tak sampai hati pula rasanya, asyik nak kena minta pada mak dan ayah. Jadi, saya tahankan nafsu makan ni untuk beberapa hari. Memang perit masa tu. Seumur hidup saya, tak pernah saya cuma makan biskut oat beberapa keping selama 3 hari berturut-turut. Tiba hari yang ketiga, balik kelas, saya memang dah 'lembik' habis dah. Bukan 'housemates' tak ambil berat, tapi saya yang segan untuk meminta-minta. Bila ditanya "Dah makan?" Saya cuma menjawab "Dah." sambil tersenyum dengan harapan mereka tak tanya saya apa yang saya makan tadi. Jadi saya takdelah dapat dosa free menipu. Heh... :-p

Alhamdulillah juga, ada kakak senior yang sangat bermurah hati belanja saya makan hampir setiap hari. Entahlah, dia seakan tahu saja bila waktu yang saya lapar, dia pasti muncul. Mungkin juga berkat doa. Orang kata kalau kita menuntut ilmu kerana Allah, Allah akan permudahkan jalan untuk kita. Begitulah ceritanya. Tapi malulah kalau tiap-tiap hari orang belanja kan? Kadang-kadang tu saya menyorok kat bilik tak mau keluar sebab takut terserempak dengan kakak-kakak yang baik hati itu. Saya malu sendiri. Ya Allah, betapa pemurahnya Engkau kepada aku yang banyak dosa ini.

Oklah, rasanya ni pun dah cukup panjang berceloteh. Harapan saya hanya semoga cerita-cerita ini menjadi inspirasi sahabat semua untuk terus berjaya dan menempa nama di persada dunia. Untuk Islam, korbanlah jiwa dan ragamu wahai pemuda!

Sungguh ayat-ayat cintaMu benar-benar telah memujuk hatiku, Ya Rabbi. ^_^

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." 
(At-Taubah 9 : 111)


Tulisan ini hanya secebis perkongsian pengalaman daripada seorang insan kerdil seperti saya, sesungguhnya segala pujian hanya milik Allah. Kebijaksanaan ini, adalah bukti kebijaksanaanNYA ! Klik [SINI] untuk tonton video 2 minit yang menyentuh hati dan membuka minda kita. :) InsyaAllah.

Jazakumullah khairan kathira.  :))



~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

2 comments:

  1. nice work.... wahh.kagum. sebb sy sdri x mampu nak buat mcm yg awk sggup buat.

    insyaAllah..pengorbanan msa skrg akan dibalas dgn kemudhan di sekian hari.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, hakikatnya semuanya datang daripada Allah juga kan?!

    "Apabila Allah menolong kamu, maka tiada yang akan dapat mengalahkan kamu. Tetapi jika Allah membiarkan kamu tanpa pertolonganNya, maka siapakah yang dapat menolong kamu selain Allah? Sesungguhnya, hanya kepada Allah tempat orang-orang beriman itu bertawakal." -Surah Ali Imran: 160

    Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada awak juga, sahabat! ainSH. :))

    ReplyDelete