Tuesday, 28 December 2010

NAK PAKAI BAJU APA LEPAS NI?

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini tinggal lagi hanya beberapa hari menjelang tahun 2011. Kebetulan kita juga telah pun menyambut Maal Hijrah 1432H baru-baru ini. Musim persekolahan bakal bermula tetapi bagi para lepasan SPM sudah tiada lagi istilah "uniform sekolah yang tak ikut fesyen, bunyi loceng yang memekakkan telinga, warden yang garang dan homework yang bertimbun!" Ah, masa berlalu dengan pantas sekali!!
Tak dapat dinafikan, sebagai salah seorang yang juga menanti saat yang mendebarkan; pengumuman keputusan SPM, saya juga merasakan degup jantung yang semakin kencang dek kerana memikirkan ke manakah saya selepas ini. Tapi bukan itu yang dibincangkan di sini. Pokoknya ialah ke manakah KITA selepas ini???
Kepada sahabat-sahabat, sekadar nasihat untuk diri sendiri dan sahabat semua, cuba renungkan bersama persoalan ini...
1) APA AGAKNYA KEPUTUSAN SPM AKU YANG BAKAL MENJADI TITIK TOLAK PERMULAAN YANG BARU?
2) ADA KAWAN-KAWAN AKU YANG DAH NAK FLY KE LUAR NEGARA, AKU NI? KE MANA?
3) BIDANG APA YANG AKU NAK CEBURI LEPAS NI? SESUAI TAK AGAKNYA DENGAN KEPUTUSAN DAN MINAT AKU?
4) APA YANG AKU NAK BUAT SEPANJANG CUTI NI? KURSUS VS. LEPAK ? KE AKU NAK KERJA UNTUK TAMBAH DUIT POKET?
5) ADAKAH APA YANG AKU BUAT NI AKAN DAPAT BANTU PROSPEK KERJAYA MASA DEPAN AKU?
6) DAH CUKUP KE ILMU AGAMA SEBELUM NAK FLY NIH? KANG BALIK TAK PASAL-PASAL JADI MAT SALLEH TAPI TAK SOLEH PUN! =p
7) APA NAK BUAT NI..RASA DOWN JE TGK KAWAN-KAWAN LAIN DAH CONFIRM DIORANG SCORE SPM..TAPI AKU??? hmm.. =\
Ok, sahabat semua, walau apapun jawapan kita pada persoalan di atas, kita mesti kuatkan semangat untuk terus berjuang! SPM sudah berlalu, menangis air mata darah sekalipun kita tak mampu nak ubah apa-apa melainkan istiqamah berdoa kepada ALLAH moga dikurniakan keputusan cemerlang.
Masa yang ada harus digunakan sebaik-baiknya untuk menampal segala kecacatan masa lalu. Jadi sekadar ingin berkongsi pandangan, apa kata kalau kita gunakan masa yang ada ini untuk menambah skil baru (seperti, skil komputer, public speaking, memasak, menjahit, dll.) atau boleh juga digunakan untuk memperdalam pengetahuan sedia ada (seperti menghadiri tazkirah, mentadabbur Al-Quran, mengkaji berkenaan kerjaya masa depan tentang kelulusan yang diperlukan, kemahiran dan cabaran-cabarannya).
Ini bukan kata-kata kosong kerana ada pepatah Arab menyebut, "Air yang tenang akan mudah menjadi keruh sama seperti pemuda yang banyak masa lapang akan mudah terlibat dengan keburukan."
Oleh itu, kita mesti mengambil ini sebagai suatu cabaran. Biarkan masa lampau itu berlalu kerana kita takkan mampu mengubahnya tetapi laluilah saat ini dengan penuh bermakna kerana ia penentu siapa kita pada masa depan. Anda pilih..
CEMERLANG atau...
BIASA-BIASA SAJE atau...
GAGAL!
Jadi, daripada kita duk melepak tak tentu hala, bercouple sesuka hati macam dunia ana yang punya, atau qada' tidur 24 jam LEBIH BAIK lah kita ganti dengan sesuatu yang dapat menjamin masa depan. Kerana waktu muda hanya sekali, gunakan sebaik-baiknya sementara kudrat ini masih "hebbaat!" supaya tak menyesal di kala 'senja' menjenguk kita.
Ingin saya kongsi di sini, kata-kata yang begitu menyuntik semangat saya selama ini...
"IF YOU WANT TO BE AN ENGINEER, DON'T JUST BE AN ENGINEER AMONG THOUSANDS OF ENGINEERS BUT BE THE BEST ENGINEERS IN MALAYSIA,
IF YOU WANT TO BE A DOCTOR, DON'T JUST BE A DOCTOR AMONG THOUSANDS OF DOCTORS, BUT BE THE BEST DOCTOR IN ASIA. WHATEVER YOU WANT TO BE, BE THE BEST ONE!" - Prof. Dr. Lokman Saim (Malaysian pioneer doctor in ENT)
"OPPORTUNITY COMES KNOCKING AT OUR DOOR ONLY ONCE, IF YOU DON'T GRAB IT, YOU'LL LOSE IT! "- Tuan Hj. Yussoff b. Hassan (Principal of MRSM Bentong TAR)
"Anda bakal tetap sama 10 tahun akan datang melainkan apa yang anda BACA dan siapa yang anda TEMUI." - Sarjana Barat
"Gantunglah azammu setinggi bintang di langit akan tetapi rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan" - Mutiara Kata
Sekian, semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu ini. InsyaAllah.
Wassalam.

P/S: Tajuk tu sengaja saya letakkan 'Nak Pakai Baju Apa Lepas Ni?' supaya kita sama-sama berfikir adakah selepas puas kita pakai uniform sekolah, lepas ni kita akan mampu pula menyarung jubah graduasi di universiti terkemuka? atau kot putih doktor? atau kot hitam seorang ahli korporat? atau baju selekeh yang sama kita pakai setiap hari??? TAPI INGAT, mungkin juga kita akan menyarung kain putih si kain kafan dalam beberapa detik lagi!!! Sudahkah kita bersedia???

Monday, 27 December 2010

Hadiah Krismas!

Salam muhibbah.
Maaf, tak update post berhari-hari. Perlu menguruskan beberapa urusan penting yang agak menyukarkan untuk saya update blog di sini.
Sebagai hadiah untuk pembaca budiman, terimalah dari saya karya seni yang tak seberapa ini. Semoga kita sentiasa berusaha untuk mencari ruang dan masa untuk bermuhasabah. Hidup ini sesungguhnya penuh dosa dan nista belaka.


HIDUP SATU PENCARIAN
Dalam pencarian yang penuh kekeliruan,
Aku bertanya pada diriku sendiri,
Adakah ini nikmat atau ujian?
Aku buntu,
Di persimpangan maut ini yang manakah yang akan menuju,
Ke destinasi bernama "Redha Illahi".
Lamaku terhenti dan bermonolog sendiri...
Kanankah atau kiri?
Nun sana saujana memukau hati,
Tapi aku gentar andai itu hanya fatamorgana duniawi.
Langkah demi langkah ku orak,
Bermacam rupa yang ku temui; seputih merpati mahupun sehitam gagak,
Lalu ku berhenti sejenak,
Kata Hassan Al-Basri ku fikir dalam-dalam,
"Berfikir sesaat itu lebih baik dari solat sunat sehari semalam".
Adakah aku pasti dengan jalan yang ku pilih ini?
Oh ILLAHI,
Bimbinglah hambaMu yang jahil ini,
Sungguh tidak sama antara yang buta dengan yang celik,
Sungguh tidak sama andai cinta kudusMu bisa kumilik.
Wassalam.
Nukilan,
QueeNischK

Tuesday, 21 December 2010

Monolog Di Tengah Pencarian

Bismillahirrahmanirrahiim.

Hidup ini suatu perjalanan yang amat panjang. Perhitungannya juga seringkali merumitkan kotak fikiran ini. Kadangkala aku terfikir apakah erti hidupku sebagai seorang Muslim? Sedangkan segalanya di sekelilingku, jiwaku, jasadku semuanya lebih dipengaruhi budaya kuning Barat, budaya si Yahudi Jahannam itu!

Aku???

Tak ubah seperti seorang 'hunter' dalam pertandingan 'treasure hunt' yang tiada penghujungnya. Mencari apa? Aku pun tak pasti...yang pasti cuma dewasa ini, jiwa ini semakin suka memberontak, dipinta untuk diisi..Aku rasa seolah-olah duniaku terlalu sepi walau hakikatnya aku berada di tengah-tengah ramai orang, ramai kawan dan ramai teman berhibur.
LONELINESS WITHIN THE CROWD. Sesuatu yang tidak mampu aku nafikan lagi!

Maka apakah yang aku cari? Cinta? Harta? atau nama? Ahhh... lupakan segalanya! Aku bingung!
Puas ku cari merata tempat, dan puas ku temui segala jauhari, tetapi HAMPA sahaja jawapannya.

Suatu hari, aku bermimpi...
MIMPI NGERI. aku mimpi segala keaibanku terbongkar! Ahh...TOLONG!!!
Jiwaku terasa sempit! Dadaku sesak..sukarnya untuk bernafas..Degupan jantung mampu ku rasai satu per satu..Aku..aku...erk!
Nafasku tersekat di kerongkong. Hanya air mata yang mampu mentafsir segalanya.
APAKAH INI?! BALA kah???
Ergh...TOLONG AKU!!!
Hanya satu yang terlintas di fikiranku..
..
...
MATI...MATI...MATI...
Baru sekarang lidah ini lentur untuk menyebut nama-Nya.
ALLAH..ALLAH..ALLAH!!!


“Bagi Allah adalah segenap apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Jika kamu semua memperlihatkan apa-apa yang ada di dalam hatimu atau kamu semua menyembunyikannya, niscaya Allah akan memperhitungkan itu semua pada dirimu. Maka dari itu Allah mengampuni orang yang dikehendaki dan menyiksa orang yang dikehendaki pula. Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
(Q.S. Al-Baqarah:284)


"Woi! Bangun! Tak reti-reti nak pergi sembahyang Maghrib ke?" suatu suara menerjah.
Erk. Aku tersedar. "Membuta pulak dia senja-senja ni!"

Bingkas aku bangun. Terasa wudhuk kali ini menambah kegigilanku.
Ya Allah, aku tak faham apakah erti ini semua? Masuk hari ini sudah lebih 3 kali aku bermimpikan yang sama. Aku takut Ya ALLAH. Jangan kau matikan aku dalam kufur.
Aku bertaubat kepadaMu, ya Ghaffur. Untuk sekian kalinya, air mata ini diseka. Mata dan hidung mula terasa panas dan sembab kerana sudah berhari-hari aku begini.

"Ya ALLAH jika ini petunjuk daripadaMu. Aku pohon keampunanMu. Jangan biarkan aku hanyut lagi ya ALLAH dalam kehinaan ini..jangan biarkan aku termasuk dalam golongan orang yang engkau murkai. Ya ALLAH, Ya Ghafur Rahim, terimalah taubat hambaMu yang kerdil dan hina ini."

Dalam solat itu aku temui ketenangan. Dalam Al-Quran, aku temui pengisi jiwa yang kekosongan. Panduan hidup bagi orang yang beriman.

Rasulullah Shallaallohu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقّهْهُ فِى الدّيْنِ
"Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan, maka difaqihkan (diberi pendalaman) ia tentang ilmu agama."
[HR Bukhari, Muslim: 3/175]


Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Dari hati untuk hati yang sedang mencari-cari sinar hakiki.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita.Amin.

Dengan ini, saya dedikasikan lagu Thank You Allah - Maher Zain untuk pembaca sekalian dan orang-orang yang telah banyak membimbing saya selama ini. InsyaAllah.