Monday, 26 December 2011

Twins of Faith : You Are The Best of Nations!

Bismillah arRahman arRahiim...

Sekali lagi jiwa ini meronta-ronta minta dihidangkan dengan makanan rohani. Memang hati bila tak diisi, emosi pun jadi tak stabil macam penulis blog ni. Huhu.. teringat pula lagu Maher Zain - InsyaAllah. 

"Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way"

Alhamdulillah, 24 dan 25 Disember 2011, atas izin Allah, ana berjaya menjejakkan kaki ke Festival Islam terbesar dan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Twins of Faith - International Conference & Islamic Family Festival di Putrajaya International Convention Centre. With my adorable hero, beloved Papa, I really enjoyed the journey. Special credits to my sister in Islam, Zahidah binti Azman (my senior at UiTM) for helping me buying the tickets. Jazakillah khairan kathira. ^_^



The first topic is 'You Are The Best of Nations' by Sheikh Yahya Ibrahim


Surah Ali-Imran 3:110
You are the best nation produced [as an example] for mankind. You enjoin what is right and forbid what is wrong and believe in Allah . If only the People of the Scripture had believed, it would have been better for them. Among them are believers, but most of them are defiantly disobedient. 



Ringkasnya, pengisiannya lebih berkisar tentang kita (umat Islam) hanya akan menjadi mulia jika kita benar-benar beriman dengan apa yang diajarkan dalam Al-Quran yakni mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Di saat seseorang itu berpaling daripada kebenaran Al-Quran, maka Allah juga akan berpaling daripadanya. Cuba bayangkan, apa yang akan jadi andai Allah Tuhan kita benar-benar murka begitu sekali kepada kita? Na'uzubillah min zaalik.

Namun menjadi umat yang terbaik ini perlukan pelan tindakan yang bijak agar misi tercapai. Antaranya, kita hendaklah bergaul dengan orang yang baik akhlaknya, yang tinggi ilmunya. Tetapi pada era globalisasi yang penuh hipokrisi ini, mampukah insan macam kita bertemu dengan sahabat sehebat itu???

Ketahuilah, yang terbaik di kalangan kamu itu adalah apabila kamu melihatnya, kamu akan berasa malu untuk melakukan kejahatan (walau sekecil-kecil dosa sekalipun).

Dalam ayat tersebut, ada diterangkan tentang DUA perkara yang perlu kita laksanakan agar menjadi UMAT TERBAIK. Pertama, amal makruf. Kedua, nahi mungkar.  Tetapi bagaimana kita ingin laksanakannya andai iman yang ada dalam dada lebih nipis dari kulit bawang?

"Nahi mungkar is not you do it in violence. BUT you SHOW them the right way. Then, they'll choose to do the right before they choose to do the wrong." - Sheikh Yahya Ibrahim

Tetapi lihatlah apa yang terjadi dalam masyarakat Islam hari ini? Kita lebih banyak 'menghukum' (judge) orang sebelum kita benar-benar selidik apa yang terjadi. Pantang lihat orang buat salah sikit, pantang lihat ada yang tak kena pada ketua kita, atau orang 'alim kat kawasan perumahan kita, dengan mudah kita 'menghukum'nya sesedap mulut kita.

"Kenapa ustaz tu jarang pergi solat jemaah?"


"Kenapa orang yang pakai tudung labuh tu nampak sombong sangat? Senyum pun susah?"


"Kamu ni nama je belajar kat Timur Tengah, takkan benda basic macam ni pun tak tau?"

Mungkin itu yang pernah terlontar dari bibir kita, atau pernah terlintas di hati kita. Astaghfirullahal 'aziim.

That is not the right way, my dear brothers and sisters. Cara itu hanya akan merosakkan nilai-nilai Islam yang indah dan melemahkan semangat mereka yang ingin berubah! Gunakanlah cara yang penuh kasih sayang dan hikmah. Jangan sekali-kali kita merasakan diri kita ini lebih baik daripada mereka. Boleh jadi di saat hati terlintas sebegitu, yang hina itu bukan dia tetapi kita kerana kita fikir seolah-olah kita sudah pasti tempat kita di syurga.

Bersabarlah dalam mendidik jiwa. Dan bersabarlah dalam bersabar. You can talk, but don't hurt (by your negative words).


When you're feeling down while trying to portray the good image of Islam,
always remember WHO YOU ARE? 


YOU'RE THE BEST OF NATIONS!!! 


Wabillahi taufiq wal hidayah.


Coming up next : Twins of Faith : The Building Blocks (by Sheikh Alaa ElSayed)

~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

Saturday, 24 December 2011

Mujahadah Tahap Alkali

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Minggu ini jadual sangat penuh sampai kadang-kadang tu rasa macam nak belah badan jadi dua supaya tugas akan lebih cepat dapat disiapkan. Akhirnya cuti yang ditunggu-tunggu untuk menguraikan segala neuron yang dah berserabut pun tiba. Senyum sampai ke telinga. :) Esok adalah hari penting untuk orang seperti penulis blog ini. Hamba yang sedang bermujahadah tahap alkali! Taman syurga di dunia - majlis ilmu di Muslim International Festival Twins of Faith di PICC.

Hmm... memang minggu ini minggu yang sangat menguji mental, fizikal dan IMAN terutamanya. Segalanya teruji dengan hebat. Speechless. Tetapi ada yang lebih hebat daripada itu, ALLAHU AKBAR. Namun wajah ini begitu sukar untuk mengukir senyuman dari hati. Mungkin ketara agaknya sehingga ramai sahabat yang kata lebih kurang beginilah bunyinya, "Kitorang nak tengok enti yang dulu balik. Yang suka usik kitorang dan yang ceria selalu." Huh? Tak cukup ceria ke muka ana ni? Hmm.. minta maaflah sahabat, kalau kesibukan ana menyebabkan ukhwah ini sedikit terabai. Salah ana sendiri. Aseef ya.

Ya, ana masih ingat kata-kata ana di status facebook, "Rasulullah yang sibuk tu pun masih sempat berbudi bahasa, kita ni siapa?" Oh, rasanya kali ni terkena pada batang hidung sendiri. Ya Allah ampunkanlah hambaMu yang fakir ini.

"Biar fakir di dunia, jangan fakir pahala. Biar kaya di dunia, jangan kaya dosa."

Memang mujahadah ini tersangat pahit kerana perlu meninggalkan segala perkara yang dicintai (tetapi melalaikan) demi mendapatkan cinta yang hakiki itu. Cinta Rabbul 'alamin. Kalau alkali tu pun masih boleh diukur dengan tahap maksimum pH 14, rasanya pahit mujahadah itu takkan mampu diukur dengan pH meter sekali pun.

Bertambah pahit apabila sahabat yang sentiasa 'mengingatkan' kita itu pergi... Terasa sangat kehilangan. Tetapi pesan seorang akhwat, "Kita ni selalu je harapkan sahabat selalu ada dengan kita supaya wujud bi'ah solehah dan kita akan jadi baik. Tapi Allah kan ada? Kenapa mesti kita bergantung pada manusia yang dirinya sendiri juga lemah? Kalau kita tak mampu nak cari suasana yang baik, kitalah yang CIPTAKAN suasana yang baik itu." Syukran ya ukht, atas peringatan itu. ^_^


"MUJAHADAH ITU PAHIT DAN SUKAR KERANA SYURGA ITU MANIS  DAN MAHAL."



Buku novel Matahari oleh Hilal Asyraf, hadiah seorang akhwat menjadi teman setia. Harap melaluinya akan kita temui sinar kekuatan yang dicari untuk teruskan mujahadah tahap alkali ini. Jazakillah khairan kathira, ya ukht!

Kadang-kadang apa yang kita sampaikan itu tak sampai pada hati mad'u bukan kerana dosa yang ada pada mad'u kita tapi mungkin kerana dosa yang ada pada hati kita yang menjadi hijabnya. 

"Ya Allah, Ya Ghafur, Ya Rahiim, ampunkanlah dosa kami. Janganlah dosa kami menjadi hijab untuk kami menerima hidayah taufiqMu dan jangan pula dosa ini menjadi hijab untuk kami menyebarkan keindahan Islam itu. Hanya Engkau tempat kami memohon keampunan. Bersihkanlah hati kami dan sinarilah ia dengan cahaya Nur-Mu."



Contengan hati oleh hamba Allah yang fakir.



~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

Sunday, 18 December 2011

Aku Sang Kerdil Yang Tak Sedar Diri Kerdil

Dengan nama Allah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat Islam dan moga-moga nikmat iman juga. Melihat mereka yang semakin jauh dari nilai Islam membuatkan hati ini bergetar. Gentar. Dunia tanpa sempadan membuatkan manusia semakin hilang nilai-nilai insaniah. Memegang taklif sebagai khalifah bukanlah mudah. "Entah chief iblis mana pulak 'diorang' nak hantar kat aku nak goda iman?!" Acap kali hati ini berbisik begitu. Terasa diri terlalu kerdil untuk menghadapi ujian iman ini.



Setiap kali aku 'terlena' lalu tersentak dengan 'balingan batu-batu kecil' daripada Illahi, setiap kali itu juga rasa syukur yang tak terhingga kerana hingga saat ini aku masih bernyawa untuk memohon taubat kepadaNya. Tidakkah kau berasa malu kepada yang Maha Pemberi? Tak terhitung anugerahNya kepada kita, tetapi sedarlah semua itu pinjaman belaka. APA YANG KITA ADA?

"APA YANG KITA ADA?"

Kita tak ada apa-apa. Semuanya datang dari Allah. Milik Allah. Kita cuma ada satu sahaja...
Apa dia?

"DOSA!"

Tetapi sayang, adakalanya dosa dan maksiat yang dilakukan itu sudah dianggap perkara biasa. Hingga hati langsung tidak bergetar. Lebih dahsyat apabila seseorang itu meninggalkan dosa tersebut, dia dianggap kolot, tak up-to-date dan macam-macam istilah lagi yang digunakan untuk menghina. Contoh dosa yang dianggap biasa??

*Membuka aurat.
*Couple
*Ber-SMS dengan bukan mahram (tanpa sebarang keperluan PENTING)
*Pakai tudung tapi berbaju jarang, berseluar sendat.
*Etc. (tengok cermin, auditlah diri...)

Pada yang dah sedia 'menjaga', terlalu sibuk dengan sikap 'judgemental' nya hingga langsung tidak memberi ruang untuk orang lain berubah sedikit demi sedikit.


TAHU siapa Tuhan tapi tak SEDAR hidup bertuhan!
TAHU bersentuhan dengan bukan mahram itu lebih jijik dari menyentuh babi, tapi tak SEDAR kejijikan dosa itu.
TAHU diri itu cuma hamba, tapi tak SEDAR kewajipannya sebagai hamba.
TAHU mati itu datang bila-bila, tapi tak pernah SEDAR untuk bersedia menghadapinya.

TAHU tak pernah sama dengan SEDAR. Semua orang TAHU. Perlu lagikah aku beritahu? (Nanti dikatanya membebel.)
Tapi belum tentu semua orang SEDAR, mungkinkah aku yang tak SEDAR. 


Macam mana hidayah itu nak sampai kalau hati tu dah kuning berkarat, 'oxidised', kata budak Sains. Hidayah perlu dicari bukan ditunggu macam durian runtuh. Kalau kita mandi perlu disental dengan Dettol supaya hilang daki, hati juga perlu 'disental' dengan Kalamullah supaya cantik berseri-seri.


"La ilaha illallah" bukan sekadar pada lidah tapi pada hati yang sentiasa SEDAR bahawa "Aku hanyalah HAMBA DIA."


Segeralah bertaubat, saudaraku fillah! Aku sangat sedih melihat dirimu yang semakin jauh. Aku menasihati engkau bukan tanda aku yang terbaik, tetapi aku menasihati kerana kasihku kepada saudara fillah ku. Perbaikilah diri dan ajaklah kepada kebaikan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan mencintai hambaNya yang sering bertaubat.

“Apakah engkau tidak perhatikan orang yang telah menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Apakah engkau akan dapat menjadi pelindungnya. Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi.” 
(Qs. Al Furqan: 43-44)

Mari kita kembali bersujud kepada yang Maha Esa...





Wallahu'alam.








~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."