Wednesday, 9 November 2011

Jawapan Allah Dalam Munajatku

Dengan nama Allah yang Maha Kaya, Maha Bijaksana.

Segala pujian hanya kepada Allah Tuhan sekalian alam. Hari ini aku masih hidup sebagai Muslim dengan izinNya. Masih mampu menghirup udara segar di pagi hari. Lidah ini masih mampu mengucap Asma'Nya. Wajah ini masih mampu sujud kepadaNya. Tubuh ini cukup kuat dan sihat untuk terus bekerja keranaNya.

Maka nikmat TuhanMu yang mana lagi yang ingin kamu dustakan?

Anugerah demi anugerahMu yang aku terima menjadi amanah yang wajib aku pikul sebaiknya. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan aku memikul beban yang tidak mampu aku pikul. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Adil. Entah kenapa anugerah yang aku terima kali ini sedikitpun tidak membuat aku teruja malah menambah ketakutanku kepada yang Maha Esa. Aku takut andai kebijaksanaan yang Kau beri ini menjauhkan aku dariMu. Aku lihat begitu ramai orang di luar sana yang sering merasa dunia ini "Aku yang punya". Sedangkan sekali Engkau tarik ya Allah, tiada apa lagi yang tinggal pada kami melainkan mengharap belas kasihMu.

Ya Allah, ampunkan hambaMu ini...

Adakalanya, aku meragui keputusan yang aku buat ini. Patutkah aku terima amanah ini sedangkan aku tak pernah sekalipun meminta diberikan amanah yang begitu besar ini. Malah dalam setiap doaku, akan ku pohon supaya Kau jauhkan aku dari segala kemasyhuran dunia yang melalaikan dan amanah yang begitu besar ini. Aku ini terlalu banyak yang masih perlu aku pelajari, sedangkan mereka manusia-manusia itu mudah pula  "menghadiahkan" aku dengan taklifan ini. Ya Allah, peliharalah dakwahku daripada fitnah.

Aku ingin sekali meluahkannya agar hilang segala yang terbuku terbeban dalam dada. Tetapi aku sedar, aku mesti dan MESTI tetap yakin bahawa ini adalah takdirMu yang terbaik untuk masa depanku. Kata seorang kakak yang aku kasihi, Kak Liyana: "Kita ini patut bersyukur bila Allah sibukkan kita dengan kerja dakwah kerana itu lebih baik daripada Allah membiarkan kita, lalu kita 'sibuk' dengan kerja-kerja lagha (sia-sia)." Kata-kata itu aku 'gamkan' kukuh-kukuh dalam hypothalamus. Dan aku yakin ini adalah salah satu cara Engkau memakbulkan doaku itu. Mungkin aku yang tak tahu apa yang tersirat di sebalik takdir ini.

Ya Allah, pasti aku usaha sedaya upayaku agar Engkau redha dengan aku. Tetapi Engkau juga yang lebih mengetahui andai menurut ilmuMu, urusan ini baik bagiku, maka takdirkanlah ia untukku dan bukakanlah dan mudahkanlah jalan bagiku. Andai ia buruk bagiku, Engkau jauhkanlah aku daripadanya dan ia daripadaku. Tentukanlah segala kebaikan bagiku di mana adanya dan jadikanlah aku redha dan bersyukur denganMu. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui, Maha Kuasa.

Kalau bukan kerana AYAT-AYAT CINTA-MU ini, pasti aku sudah rebah ke bumi apabila mendapat tahu tentang taklifan ini.

"Barangsiapa yang memberi pinjaman yang baik kepada Allah nescaya akan dibalas pinjaman yang lipat kali ganda olehNya beserta pahala yang mulia." (Surah alHadid : 11)

"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar( dari perkara yang menyusahkannya). Serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan( ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepadaAllah, maka Allah cukuplah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."   ( Surah At-Talaaq, ayat 2-3 )


Ya Allah, kuatkan kaki ini untuk terus melangkah berjuang di jalanMu. Tetapkan hati ini agar ikhlas hanya keranaMu. Tambahkan ilmu kami seperti mana yang Kau tambahkan kepada Saidina Ali. Kuatkan daya ingatan kami sekuat daya ingatan Imam Syafie'. Berikanlah kami kekuatan semangat juang yang tinggi seperti mana kuatnya semangat juang Saidina Umar alKhattab dan Salahuddin Ayyubi. Satukanlah hati-hati ini pada jalan dakwahMu dan kekalkanlah kemesraannya. Sesungguhnya tiada kekuatan melainkan kekuatan daripadaMu, Ya Allah...

Sahabat-sahabatku, aku ingin kalian tahu aku bukan sesempurna yang kalian lihat aku. Maafkanlah aku andai dalam jauh perjalanan ini, kekuranganku menyebabkan kalian terpaksa bersusah payah kerananya. Nasihatlah aku dengan hikmah dan kasih sayang. Bukankah sahabat yang sejati itu takkan membiarkan saudaranya terjerumus ke dalam jurang neraka? Kalian adalah sahabatku umpama pasir yang menutup lubang-lubang jerlus.








Jazakumullah khairan kathira. :))




~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

Friday, 4 November 2011

Anugerah Dekan Hanya Untuk Orang Gila

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Dengan izinNya juga, jari ini masih mampu menari di atas keyboard , tatkala ramai orang kat luar sana sibuk melayan Anugerah Skrin 2011 pada malam ini di TV 3, sedarkah kita yang esok ada hari yang lebih penting dan berprestij untuk kekal diingati sepanjang zaman? Mengambil ibrah daripada kisah anbiya'. Ya, esoklah hari yang mana para jemaah haji akan wukuf di Arafah. Dan bagi mereka yang tidak menunaikan haji pula, amat digalakkan untuk berpuasa sunat.

Sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim dan at-Tirmidzi, Daripada Abi Qatadah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya oleh para sahabat tentang puasa hari Arafah, "Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa pada setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."

Jom puasa ?!

Saya fikir anugerah pengampunan daripada Raja sekalian alam ini lebih berprestij daripada sebarang anugerah yang ada di dunia ini. Anugerah Nobel yang tahap antarabangsa tu pun tak mungkin dapat mengalahkan hebatnya anugerah Raja yang Satu ini !

Hmm..bercakap pasal anugerah ni, teringat pula saya. Hari ini 4 November 2011 merupakan "the red day" bagi pelajar diploma UiTM. Sebab result exam keluar hari ni kan? Macam-macam karenah yang ada. Ada yang melonjak excited, ada yang sujud syukur menyembah bumi, dan ada pula yang menangis menyesal tak sudah... Kenapa, tak percaya? Cer tengok nih.. Mereka semua sangat gembira lalu menjangkitkan 'virus' euphoria tu kat saya pula. Huhu~



Apapun, Tahniah, Mabrouk and Congrats to my high school mate, saudari Ezzaty Hanan yang dapat result da' bomb! Semoga Allah memelihara hati kita agar tetap tunduk dan bersyukur kepadaNya. Tak lupa juga kepada kawan-kawan yang lain yang dapat Dean List semester baru-baru ni.

Kepada yang memperoleh result yang sederhana itu, la tahzan! (Jangan bersedih!) There's a lot more rooms of opportunity for us to keep trying and standing at the top. Life is not about competition. It's about satisfaction. Kalau kita hidup atas dasar bersaing, maka selama-lamanya kita takkan pernah bahagia kerana selama-lamanya hidup ini akan ada orang yang lebih hebat daripada kita. Tetapi jika kita hidup atas dasar prinsip kepuasan - untuk mendapatkan redha Allah; maka apapun yang terjadi dalam hidup ini akan tetap kita mampu laluinya dengan berlapang dada dan penuh motivasi! Orang Terengganu kata, "Senyum sokmo". :-) 

Jadi mengapa mesti berhenti di sini?. Tak kiralah anda sedang menjadi juara atau belum lagi menjadi juara. Kita perlu semat dalam kotak fikiran, "Success is a journey, not a destination." Maksudnya, kejayaan itu adalah suatu pengalaman yang berterusan bukannya suatu destinasi yang mana apabila telah tiba di suatu tempat, kita pun berhenti. Ada faham? Memang tinggi falsafahnya. Ini pesan seorang tokoh ilmuwan ketika saya menghadiri Hi-Tea High Sky Motivation 2010, untuk pelajar Anugerah Pengetua MRSM BenTAR.

Dalam doa seorang 'alim katanya,"Ya Allah, jadikanlah dunia ini di tangan kami, tetapi jangan Kau jadikan dunia ini dalam hati kami." Amiin.



Mungkin kata-kata hamba Allah di atas ini, harus kita renungkan bersama. So that those who got result with flying colours would be more down-to-earth and grateful to the Almighty Allah. 

Aku mungkin tak sehebat kamu, kamu dan KAMU pembaca yang bijaksana! Tetapi aku fikir, tiada gunanya anugerah penghormatan daripada manusia andai ilmu yang dikecapi tiada berkat daripada Illahi. Aku hidup bukan untuk hari ini. Aku hidup dan berjuang untuk hari esok, hari yang mana tiada naungan melainkan naungan daripada yang Maha Esa. Bukankah kita anak-anak akhirat? Kampung kita di syurga sana...

Aku tinggalkan ini sebagai baris ayatku yang terakhir untuk tatapan dan renungan saudara-saudari yang amat aku cintai kerana Allah. "Manusia yang bebas adalah manusia yang bebas daripada penghargaan manusia." - Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Teruskan usaha anda sehingga saat 'wisel penamat' berbunyi ! - Falsafah Hai-O click here

Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang diredhaiNya. Amiin. ;-)





~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

Sunday, 30 October 2011

Falsafah si Hai-O dalam Piala Malaysia

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Keputusan Akhir Piala Malaysia 2011 (29 Oktober 2011)
Terengganu 1 - Negeri Sembilan 2 

Erk? Untuk pengetahuan, saya bukanlah peminat bola sepak. Rasanya dah lama dah tinggalkan dunia ketagihan menonton 'live match'  tu. Cuma tadi, "tertengok" pula dek kerana Pa yang berminat nak tengok 'live match' Piala Malaysia nih. Jadi, layaaaann je lah...sambil-sambil membelek Reader's Digest tu, sambil telinga memasang pada topik rancangan di TV. Sambil menyelam minum air. Eh, membebel pula aku nih! 

Ok, apalah yang nak disibukkan sangat dengan falsafah Hai-O ni? Hmm...Jom baca!

"Ya, nampaknya sudah dua kali dalam tempoh 3 tahun berturut-turut pasukan Negeri Sembilan merangkul gelaran juara Piala Malaysia. Dan siapa kalau bukan Hairuddin Omar yang menjadi antara pemain penting skuad berjersi kuning itu? Hairuddin Omar yang lebih dikenali dengan panggilan Hai-O, boleh beri komen sikit tentang persembahan skuad Negeri Sembilan pada malam ini?"

"Pertama sekali, alhamdulillah dengan izin Allah kami berjaya menjuarai Piala Pusingan tahun ini. Memang pada mulanya, Terengganu telah mendahului kami dengan jaringan 1-0. Tetapi saya dan rakan sepasukan yang lain nampak bahawa yang sebenarnya kami mempunyai banyak peluang untuk menang. Jadi, kami teruskan juga hingga minit-minit akhir. Kami yakin yang kami mampu menang. Yang penting kita harus tetap percaya dan teruskan permainan dengan sebaik mungkin hingga saat wisel berbunyi. Akhirnya dengan izin Allah, kemenangan berpihak pada kami walaupun kelihatan sengit pada mulanya."

Hairuddin Omar  aka Hai-O (tengah, berjersi kuning)

Ya, begitulah lebih kurang kata-kata yang dilontarkan oleh Hai-O apabila ditemuramah oleh wartawan RTM.

Kalau dilihat semula dengan lebih mendalam, kata-kata si Hai-O itu tinggi falsafahnya. Manakan tidak, cuba kita fikir di luar kotak. Lihat melalui perspektif yang berbeza. Perspektif seorang Muslim super. Seorang mukmin. Bukankah dalam hidup ini "kita harus tetap percaya dan teruskan permainan sebaik mungkin hingga saat wisel berbunyi?" Hmm... sahabat semua nampak tak, apa yang saya nampak ini?

Sebagai mukmin, seharusnya individu itu berpegang teguh dan yakin pada janji-janji Allah. Bukankah Allah telah berjanji kepada kita dalam sebuah hadis qudsi (boleh dirujuk dalam Kitab Hadis 40 beserta syarahnya):-


On the authority of Anas (may Allah be pleased with him), who said: I heard the Messenger of Allah (peace and blessings of Allah be upon him) say:
“Allah the Almighty said:
‘O son of Adam, so long as you call upon Me and ask of Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds of the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I would forgive you. O son of Adam, were you to come to Me with sins nearly as great as the earth and were you then to face Me, ascribing no partner to Me, I would bring you forgiveness nearly as great as it.’”

[At-Tirmidhi (also by Ahmad ibn Hanbal). Its chain of authorities is sound.

Lihat! Bukankah Allah telah berjanji selagi kita tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu apa pun, maka apabila kita bertaubat kepadanya dengan bersungguh-sungguh, pasti akan diampuni segala dosa kita walau sebanyak manapun. Ini janji Allah!
Dan kita pula masih ada masa dan peluang sebelum 'wisel penamat' berbunyi. Bertaubatlah! Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Berusahalah menggapai redhaNya. Sesungguhnya rahmat Allah itu lebih luas daripada kemurkaanNya. Dialah yang Maha Penyayang. 
Untuk muhasabah diri yang kerdil ini, dan juga buat sahabat semua;
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.  Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."  [ Surah Yusuf 12: 87]

Allah masih sayangkan kita.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang banyak bertaubat, dan mencintai orang yang sentiasa menyucikan diri."  [Surah al-Baqarah 2: 222]

Berusahalah mendekatiNya sebelum 'wisel penamat' itu berbunyi. InsyaAllah, Dia akan lebih pantas mendekati kita. Allah tak pernah lupakan kita.
Ya Allah, ampunilah segala dosa hambaMu ini. Ya Ghafur arRahiim.

Credits to...
my Pa, for your stimulating question just now. "Apa falsafah di sebalik kata-kata dia (Hai-O) ?"
Also to Hilal Asyraf, in his book Fanzuru.
To RTM, for holding live coverage at Stadium Shah Alam.
But the most important thing, all praises are due to Allah the Almighty. Thank you, Allah!   :)

May Allah bless us.




~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."