Friday, 20 January 2012

Ajaib Macam Lampu Aladdin

Bismillah arRahman arRahiim...

Alhamdulillah, nadi masih berdenyut, jantung masih berdetak, lidah masih lembut untuk menutur kalimah "La ila haillallah". Fuh, memang minggu ini minggu yang mencabar iman dan akal. Kalau bukan Allah yang beri kekuatan, tentu insan lemah macam kita ni dah tertumbang kat tengah jalan. Bersyukurlah, Allah masih izinkan kita menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah SAW.

Menguruskan banyak perkara dalam satu masa memang benar-benar memerlukan KESABARAN yang tinggi dan KECEKALAN jiwa. Mungkin kita bukan orang yang 'SUPER-skilled' atau 'multi-skilled' tetapi itu bukanlah alasan untuk menidakkan amanah yang diberi. Teringat pula nasihat seorang akhwat dalam halaqah semalam, "Amanah itu jangan dicari, tapi kalau orang beri hendaklah disimpan (dijaga) sebaik-baiknya." Ouch! menusuk betul rasanya. Alhamdulillah, masih ada sahabat yang saling mengingatkan diri yang mudah lupa ini. Maklumlah nama pun 'insan' kan? 

Alhamdulillah, tiba-tiba je hari ni dapat berita yang super ajaib macam lampu aladdin ajaibnya. Huhu... Allah lembutkan hati pihak kedua itu untuk setuju dengan bajet kami yang tersedia. Nak buat program, tapi kalau bajet tak cukup pun payah juga. Pening kepala fikir nak buat lagu manaa... Ahh, sudah...menangis lagi lah aku malam-malam buta mencari idea dan bermunajat kepadaNya. 

Allahu akbar, tak tau lah macam mana terkejutnya bila dapat tahu berita gembira ni pagi tadi. Mula-mula rasa macam impossible je. Tapi..."No, no, no.. Nothing is impossible!" Kan Allah ada?!

Cuba tengok dan renungkan ayat Surah Ali-Imran : 160. InsyaAllah, kita akan terkesan dengan kata-kata inspirasi si Dia yang Maha Hebat itu! Allah, all I need is just YOU.  :')

"If Allah should aid you, no one can overcome you; but if He should forsake you, who is there that can aid you after Him? And upon Allah let the believers rely."


Tersentuh dengan tulisan dalam laman web Imam Suhaib [click here], katanya, "It’s never easy to stand when the storm hits. And that’s exactly the point. By sending the wind, He brings us to our knees: the perfect position to pray." Ya Allah, I can't live if living is without you. I love you, Allah. Do you, readers?

Thank you, Allah.
Thank you, ya akhwat habibaty.  Uhibbukana fillah. ^_^




~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

Thursday, 12 January 2012

To Heal, You Must Believe.

Bismillah arRahman arRahiim.
Alhamdulillah, masih mampu tersenyum walau otak dah separa 'concentrated' dengan istilah-istilah pelik dan formula yang menegangkan segala neuron di kepala. Senyum aje lahh... Tak perlu kata apa-apa. Hadis Rasulullah yang begitu mengubat hati dijadikan 'healer' yang setia. "Barangsiapa yang memudahkan satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya satu jalan ke syurga." SENYUM lah hati... Kau sebenarnya sedang berlari menuju ke satu destinasi yang tak tergambar indahnya! ^_^

Bila badan mula terasa letih, jari pun apa lagi menekan kekunci telefon bimbit. Tuut..tuut...menanti si dia menyambut panggilanku. Ahh..ibu..Tabib hatiku. Mulalah 'banjir' kat tepi gagang tu, tetapi bercakap dengan insan setabah ibu, sehebat ayah, pasti akan menggegarkan semula semangat pemudaku! Ayuh, syabab! Kita gegarkan dunia! 

Kadang-kadang Allah hilangkan mentari, lalu turunkan hujan petir dan kilat. Puas kita mencari ke mana hilangnya mentari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah! Subhanallah !

Haih..cita-cita menggunung nak jadi macam alFateh, perlulah kuat semangat macam dia juga. Haih..cita-cita mulia nak sehebat Imam Syafie', perlulah segigih macam dia. Haih..cita-cita tinggi nak jadi pakar macam Ibn Sina dan arRazi, apalagi, perlulah sanggup berkorban jiwa dan raga macam mereka! Haih...apalah yang aku duduk diam kat sini..Perlu bangun dan teruskan usaha!!!

19 tahun sahaja lagi masa yang tinggal untuk realisasikan cita-cita 'itu'. Kalau bukan kerana gambaran yang hebat dalam minda ni, nak tubuhkan Ibn Sina Islamic Foundation. Nak lahirkan ramai saintis hebat yang juga faqih agama..tentunya tak sekuat ini.

Mata dah makin kuyu..Tapi seruan jihad itu sedang memanggil-manggil aku. Dan KAU juga!
Bangkitlah, dan teruskan berlari menggapai cita-cita!!! ALLAHU AKBAR!
To heal, you must believe. "Hasbunallah wa ni'mal wakil." Cukuplah Allah bagi kita sebagai penolong. :) SENYUM, tak perlu kata apa-apa.

Sama-sama kita doakan kejayaan kita dunia akhirat.





~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."

Saturday, 7 January 2012

Bila Allah Tolong Kita...

 Bismillah arRahman arRahiim...

Apa khabar ikhwah dan akhwat? Apa khabar iman di dada? Semoga setiap hela nafas dan kerlipan mata digunakan sebaiknya untuk mendapatkan redha Allah. Kalau tak, kembalilah muhasabah diri. Maut semakin menghampiri setiap saat.

Alhamdulillah, ana masih mampu bernafas sebagai hamba Allah yang mengucap syahadah. Nikmat paling besar yang kita ada. Akhir-akhir ini memang diri agak sibuk dengan pelbagai tugasan akademik dan persatuan. Kadang-kadang tu memang terasa macam tak cukup nafas dibuatnya, asyik berkejar ke sana ke mari. Lepas siap satu tugasan, perlu siapkan yang satu lagi. Tak mungkin ana dapat lalui semua ini melainkan daripada kekuatan yang Allah berikan. Alhamdulillah.

Walaupun pada mulanya, terasa berat dan mencabar, tetapi dengan pertolongan Allah semuanya terasa indah. Pengurusan masa itu adalah perkara pokoknya. Kalau tak pandai urus masa, alamatnya ketinggalanlah dalam pelajaran dan persatuan pula akan bergerak 'lembab'. Hmm..tapi nak kata diri ni pandai urus masa..haha..takdelah sangat. Cuma daripada tarbiah Allah kepada ana selama ini, ana banyak mempelajari hakikat solat yang sebenarnya. Mulakanlah dengan memperbaiki solat, insyaAllah yang lain akan turut berubah. Kena faham apa itu solat yang sebenarnya..hakikat dan penghayatan. Pada solat itu, terdapat banyak hikmah yang tersirat.

Paling ketara ialah tentang KETEPATAN MASA dan SISTEMATIK. Bukankah solat itu diwajibkan ke atas orang yang beriman pada waktu-waktu yang telah ditetapkan? Dan solat itu juga perlu dilakukan dengan tertib, barulah sah solatnya. Jadi di sini, bila dipraktikkan memang banyak membantu ana menguruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi. Bukanlah ana ini seorang faqih agama, tapi sekadar berkongsi cerita untuk dijadikan ibrah.

Alhamdulillah, walaupun diuji dengan sesuatu yang tak dapat diceritakan kepada umum, entah bagaimana hati ini tetap berasa tenang. Apa yang membuatkan ana berasa begitu adalah kerana ana rasa dah banyak sangat Allah bagi kat kita ni anugerahNya. Jadi, apalah sangat kalau dia tarik satu sahaja daripada 99 anugerahNya? Tentu tak terasa kurang, kerana walau ditarik satu tapi digantiNya dengan seribu ganda kebaikan. Sebab tu, ana tenang aje, walaupun hakikatnya logik akal, apa yang ana lalui ini tentu akan merisaukan ramai orang. Sebab tu tak diceritakan kepada umum, sebab nak buat apa cerita kalau tak dapat nak diselesaikan pun? Serahkan saje kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai penolong kita.

Tetapi yang pasti, bila Allah tolong kita, takkan ada sesiapa yang akan dapat mengalahkan kita! Yakinlah pada Allah walau apapun yang terjadi. Teruskan berusaha, cari penyelesaian, dan tawakal kepada Allah. Bila Allah bagi ketenangan hati, itulah kekayaan yang sebenarnya. Tipu kalau kata ana tak takut langsung dengan ujian Allah yang satu ni. Tapi bila fikir tentang 1001 nikmat Allah yang lain yang masih ana kecapi sampai saat ini, rasanya kalau ana hilang yang satu ini pun, ana masih mampu tersenyum dengan gigi 'Colgate' nya..hehe.. :)

Semoga Allah mudahkan semua urusan kita. Senyumlah, kan Allah ada?! ^_^








~QueeNischK~ "My Lord show me right from wrong, Give me light make me strong, I know the road is long, Make me strong."