Wednesday 16 December 2009

Produk Perangsang???

Assalamualaikum wbt.
Sengaja saya letakkan tajuk 'Produk Perangsang???' sebagai tajuk post saya kali ini. Pasti anda tertanya-tanya kenapa, bukan?

Hari ini saya ingin b'kongsi pengetahuan saya yang sedikit ini dgn pembaca sekalian. Ia berkenaan tentang persoalan yg sering b'legar di minda saya ttg kenapa kita mesti berwudhu sebelum melakukan ibadah khusus spt solat, membaca Al-Quran dan lain2?? Dan apa kena-mengenanya wudhu dengan tajuk saya hari ini... Jadi, apa tunggu lagi..jom baca perenggan seterusnya!!! :-)

Setiap kali saya berwudhu, setiap kali itu juga persoalan ini bermain di fikiran..namun saya masih belum ketemu jawapannya. Akhirnya, baru2 ini selepas membaca sebuah buku yg baru dibeli bertajuk 'Quran Saintifik' oleh Dr. Danial Zainal Abidin, saya mendapat jawapannya.

Allah itu Maha Bijaksana. Setiap suruhan dan laranganNya pasti mempunyai hikmah tertentu. Begitu juga dengan wudhu yang diwajibkan kepada kita.

Mengikut kajian perubatan Cina, badan kita mempunyai 700 bahagian aktif. 66 daripadanya sangat mudah terangsang dengan sentuhan.

Hebat tak hebat, kebijaksanaan Allah ini, sebenarnya kita tak perlu bersusah payah mencari pusat refleksologi lagi selepas ini kerana 61 bahagian daripada 66 bahagian tersebut terdapat pada bahagian yang disentuh ketika wudhu.

Oleh itu, untuk mendapatkan kesan refleksologi yang baik, kita mestilah berwudhu dengan sempurna, iaitu menggosok bahagian wudhu dengan sempurna termasuk pada kawasan yang sulit seperti celah-celah jari tangan dan jari kaki, melebihkan sapuan wudhu dengan melebihkan kawasan biasa seperti membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa, membasuh tangan melebihi kawasan siku, membasuh kaki melebihi kawasan buku lali.

Mengikut kajian Dr. Magomed Magomedov, apabila kawasan muka disentuh semasa berwudhu, ia merangsang saraf utk 'recharge' organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan dan saraf.

Kawasan kaki kanan pula merangsang saraf yang berhubung dengan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid dan kawasan pinggang.

Manakala, kaki kiri apabila digosok dan dibasuh, mengelokkan kelenjar pituitary dan merangsang bahagian otak yang mengawal sistem endokrin.

Sebenarnya, jika ingin diulas tentang Wudhu & Sains ini, terlalu banyak faedahnya! Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang islamic ritual & science, saya sarankan anda semua membeli buku Quran Saintifik ini. Ianya dah pun terjual lebih 30, 000 naskhah!!

Jadi, kenapa tidak kita cuba menghayati ibadah yang kita lakukan setiap hari ini melalui perspektif sains??? Rasanya, wang takkan terasa luak pun jika anda gunakannya utk menambah ilmu.

Teringat pula saya akan kata-kata Imam Syafie', "Ilmu itu lebih baik drpd harta kerana harta perlu dijaga sedangkan ilmu menjaga kita."

Sekianlah drpd saya. Semoga anda mendapat manfaat drpd ilmu yang sedikit yang saya ada ini.
Sama-samalah kita bermuhasabah & bermujahadah. Allah jugalah yang Maha Bijaksana.

Terima kasih.




Hasil ulasan,
QueeNischK
16 Disember 2009

No comments:

Post a Comment