Wednesday 5 January 2011

BOLEH KE NI???

Maha Suci ALLAH Tuhan sekalian alam.

Ada masa ada ketika, pasti kita pernah merasa terlalu 'down' dek persekitaran kita yang begitu menekan. Ketika itu teman seperjuangan memainkan peranan besar dalam hidup kita. Merekalah yang akan membakar semula semangat kita. Tetapi pada masa yang sama kita juga perlui menyelidik apakah yang menyebabkan semangat kita semakin hari semakin pudar?

Langkah 1# Muhasabah diri. "Check" balik apa kekurangan dan kelebihan diri kita.

Langkah 2# Catat dengan jelas matlamat kita jangka pendek & panjang. Bayangkan setiap hari.

Langkah 3# Sentiasalah cuba mencari masa untuk membaca tafsir Al-Quran walau satu ayat sehari.

Langkah 4# Cari kawan-kawan yang positif.

Langkah 5# Banyakkan bergaul dengan orang pelbagai latar belakang dan selalu belajar dari kesilapan mereka. Ingat! Ciri-ciri orang bijaksana ialah dia belajar dari kesilapan orang lain untuk mengelakkan diri daripada tersalah langkah.

Langkah 6# Banyakkan membaca bahan-bahan ilmiah dan pengetahuan am supaya kita memiliki perspektif lebih terbuka tentang sesuatu.

Langkah 7# Lakukan semua perkara di atas dengan konsisten. Biar sedikit tetapi berterusan.


"Anda adalah orang yang sama 10 tahun lagi kecuali dengan apa yang anda baca dan siapa yang anda temui."

"Seorang bayi dilahirkan tak mampu berjalan. Sehingga dia meningkat usia, dia mula bertatih setapak demi setapak. Dia asyik terjatuh dan terjatuh hingga adakalanya lututnya berdarah dan dia menangis kesakitan. Tetapi dia tak pernah mengalah, setiap kali terjatuh, dia tetap bangkit semula dengan semangat yang baru kerana dia yakin jika ibu dan ayahnya mampu berjalan dan berlari, kenapa tidak dia??? TAHUKAH ANDA BAYI ITU ADALAH ANDA SUATU KETIKA DAHULU?? Kita adalah juara dan kita sentiasa menjadi juara sejak kecil lagi..jadikah apakah yang akan menghalang kita dari terus menjadi JUARA melainkan keyakinan diri kita sendiri???"

Yakin Diri = Yakin ALLAH,
Katakan BOLEH! AKU PASTI CEMERLANG UNTUK UMMAH INI!!!
Bangkit Islam, Bangkit!!!!

Nantikan post seterusnya tentang AKU PASTI CEMERLANG! Semoga Berjaya!

No comments:

Post a Comment