- Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Sedangkan berhala Latta & Uzza mempunyai anak-anak berhala dan mereka pula 'dijadikan' (diukir/dicipta) oleh makhluk (manusia). Scr logiknya, Tuhan sepatutnya bersifat Esa (tunggal) dan Maha Berkuasa kerana Tuhan itu disembah kerana keagungan & kekuasaanNya maka tidak perlulah ada pewaris.
2. Allah tidak bergantung kpd makhlukNya malah Dialah pemberi rezeki kpd makhlukNya. Berbeza dgn berhala, mereka 'diberi makan' oleh manusia dgn hidangan buah-buahan BUKAN mereka yg memberi makan dan melindungi manusia. Bukankah Tuhan itu sepatutnya bersifat Maha Kaya & Maha Berdiri Sendiri?? Mengapa mesti manusia yg 'menjamu' mereka sedangkan berhala-berhala itu tidak mampu memberi apa-apa manfaat / mudarat kepada manusia?
Ini membuktikan dalil naqli dalam Al-Quran tersebut ternyata logik dek akal dan benar pula!
Melihat Allah itu memerlukan keimanan yg sangat tinggi kerana melihatnya perlu melalui mata iman bukannya mata kasar. Jika diberi analogi, kita tidak mampu melihat dan mengira bulu mata kita sendiri kecuali dengan bantuan cermin sedangkan bulu mata itu adalah benda yg paling hampir dengan mata kita. Boleh tak kita kata kita takde bulu mata kerana kita tak nampak pun bulu mata kita. Pastinya tidak, bukan?! MENGAPA?
Sebabnya ialah samalah seperti bila ingin melihat Allah. "Sesungguhnya Allah itu di mana-mana sahaja kamu berada." (Surah Al-Hadid) Tetapi kita tak mampu lihat Dia secara terus melainkan apabila hati kita dipenuhi dengan benih iman maka kita akan sentiasa merasakan kewujudan dan kehadiranNya walaupun tidak dapat dibuktikan dgn mata kasar. Hanya orang-orang yg beriman sahaja akan diberi nikmat melihat 'wajah Allah' di Hari Kiamat kelak.
Iman itu ibarat bantuan cermin bagi kita melihat bulu mata tadi tu...Sekarang, dah terjawab ke persoalan di minda ini sama ada Allah itu benar-benar wujud atau tidak? Masakan alam semesta ini tercipta sendiri melainkan ada sesuatu yg Maha Agung di sebalik penciptaannya. Maka marilah kita sama mentadabbur alam demi meraih cintaNya.
Kita akan semakin mengenali ALLAH apabila kita semakin mengenali asal usul penciptaan kita sendiri. INGAT!
"AWAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH."
Akhir kalam, sesungguhnya ilmu yg sedikit hanyalah setitis drpd lautan ilmu milik ILLAHI. Semoga kita menjadi hambaNya yg sentiasa bersyukur dan berusaha mengejar cinta agungNya. Amiin.
Wassalam.